THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

May 13, 2012

Semangat Muhibbah Masih Wujud ^_^

"Bos-bos, nanti jemput makan aa kat rumah saya..jgn risau..semua makanan boleh makan maa..kami jemput orang Melayu masak..jemput mai aaa.." sapa jiran baruku yang berbangsa cina itu ketika aku sampai ke rumah setelah pulang dari masjid sebentar tadi. Aku hampir tergelak kerana dia memanggil aku bos padahal aku ni budak lagi but at the same time rasa terharu gak sebab dia sudi jemput kami jiran2 yang bukan sebangsa dengan dia untuk hadir sama ke jamuan sempena perpindahan dia ke rumah barunya. Tak sangka dia jugak cukup sensitif dengan cara pemakanan orang Melayu amnya dan Islam khasnya sehingga dia sanggup mengupah tukang masak Melayu untuk memasak untuk kami. Ini rasanya pengalaman pertama aku dijemput ke majlis orang bukan Melayu sebab sblm ni jiran2 aku majoriti Melayu n kalau ada bangsa lain pun jauh-jauh dari rumah aku.Sejak dok rumah baru ni rasa bebaslah..walaupun rumah ni sempit sikit tapi kalau pergi luar rasa bebas sangat..tak rasa macam dok dalam kuaters dulu..rasa terkongkong je...mgkn sebab dulu pun kenderaan yang aku boleh bawak cumalah basikal ja tapi sejak ada lesen motor ni Parit Buntar tu dah jadi macam tempat aku main ronda-ronda pulak..huhu!! Berbalik pada cerita asal, dipendekkan sedikit, aku pun pergilah ke jamuan jiran aku tu menemani mama sebab abah tak mau pi..penat gotong-royong katanya. Sampai rumah Cina tu dalam jarak selang dua rumah ja dia terus sapa kami..naseb bek orang ramai dah balik masa tu..mama memang cadang nak pi lambat sikit sebab sebelum tu rumah jiran aku tu penuh dengan kaum kerabat yang sebangsa dengan dia...paham kan? haha!! Peramah gak cina ni..dia cakap jangan risau..semua makanan boleh makan maa.."owh, kalau semua boleh makan ok la tu;" aku berfikir. Tengok makanan dia macam-macam jugak ada. Aku ternampak makanan feveret aku, sosej, huhu!! Baru je fikir nak amik benda tu mama tegur aku senyap-senyap, "Ambik buah dengan kek aje..benda lain tak payah amik." Mama menjeling padaku dan aku faham maksud jelingan mama itu. Angpa semua paham ka mesej yang cuba nak disampaikan mama pada aku di sini? Haa..pandai..walaupun dia cakap makanan dia tu orang Melayu yang masak tapi kita tak tahu bahan apa yang dia beli n bagi pada orang Melayu tu masak..boleh jadi dia main beli ja..cthnya sosej tu la tapi x dak tanda halal pun..kan berat tu...lagipun kami tak tahu mana satu makanan yang Melayu tu masak..takkan nak tanya dia..ni sapa masak ea? Aduh segan ar macam tu..ok sekarang untuk menjaga adab sebagai tetamu kami pun ambiklah makanan yang kami rasa boleh dimakan dan tawakal sajalah semoga makanan kami itu semuanya halal. Kami pun duduklah makan ape yang kami ambik dan tak lama selepas itu aku nampak adik aku yang kecik yang umur lima tahun pergi ke meja yang tersedianya hidangan. Mama mula menjeling padaku dan aku faham benar maksud renungan tajam itu. Puas dipanggil dia tak mau jugak mai balik kat kami tapi syukurlah dengaq jugak kata ang ni ea Husaini..dia cakap kat aku bila dia mai balik tu, "angah nak hotdog." Memang tepat jangkaan aku, dia nak benda tu. Aku cakap kat dia, "kita tak boleh makanlah benda tu Husaini." Tiba-tiba dia menjawab dengan kuat, "Owh kita tak boleh makan hotdog cina ea?" Aduh!! Pening kepala aku...nasib baek tak ada yang dengar apa yang dia cakap...hahaha!! Macam tu lah hidup berjiran, macam-macam perkara akan kita jumpa, tambah-tambah lagi dengan jiran berlainan bangsa ni, kita kena jaga senstiviti kaum agar kita sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Akhirul kalam, renung-renungkanlah ayat Al-Quran di bawah:


"Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu daripada berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan amal kamu)".(al-Hujurat: 13)

p/s: Arigato Gozaimaso kerana sudi membaca entri ini. ^_^









No comments:

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)