THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

June 26, 2012

Projek Pemurnian Manga Versi Hafiz : Kewajipan Jihad Fisabilillah

Projek Pemurnian Manga Versi Hafiz : Kewajipan Jihad Fisabilillah

Assalamualaikum, alhamdulillah hari ni aku cuti dan aku berpeluang nak update blog ni..actually entri kali ini agak istimewa sebab aku rasa entri ini adalah entri paling lama aku ambik masa nak buat...aku habiskan cuti aku untuk buat benda ni je hari ni...idea asal entri kali ini adalah dari kawan aku iaitu Abdul Majid Abdul Aziz di mana beliau telah menggunakan kreativiti beliau untuk menjadikan komik-komik yang popular di dunia ini sebagai cara untuk berdakwah & aku rasa cara ini amat menarik untuk dimasukkan dalam blog aku...sebarang kelemahan aku mohon segala kemaafan dan semoga angpa dapat hayati segala isi yang cuba aku sampaikan dalam komik ini, terimalah projek pemurnian manga versi Mohamad Hafiz =) baca dari kanan ke kiri ea...


















Begitulah sedikit sebanyak projek pemurnian manga aku setakat ini, hope angpa dapatlah ambik mana-mana pengajaran yang baik dari komik ini, arigato gozaimaso kerana membaca, ada umur jumpa lagi dalam entri seterusnya. =)

komik asal: Naruto
idea asal: Mashashi Kishimoto
idea secondhand: Abdul Majid
idea thirdhand: Mohamad Hafiz







June 21, 2012

Kenapa Aku Minat Team Selangor??

Assalamualaikum...hari ni ingat nak update blog pasal bola boleh tak? Hehe...bukan nak cakap pasal Euro sebab aku pun tak berapa minat sangat team dari luar ni tapi kalau ditanya jugak pasal pasukan pilihan aku, aku pilih England dan Itali..sebabnya? Entah...aku pun tak tahu...aku cuma minat jer..haha!! Biaqlah Euro tu..baik kita support liga tempatan lagi best...bila kita sokong bola sepak kita barulah kita punya bola sepak boleh maju...ni tak..asyik nak bandingkan team negara kita dengan team luar je...memang jauh beza la kan..kita orang Asia ni kecik-kecik kalau nak dibandingkan dengan pemain dari benua lain..depa pemakanan jaga 100%...kita bantai je..camne nak lawan dengan depa..takpelah perlahan-lahan kita ubah lama-lama nanti kita akan layak jugak ke Piala Dunia...Jepun dah buktikan depa boleh ape...Harimau dok tidoq ape lagi?? Mwahahaha!!! Ok berbalik pada cerita asal, tujuan utama aku sebenarnya nak tulis pasai pa aku minat sangat satu team dalam Liga Super Malaysia ni...pasukan tu adalah:


Haa...inilah dia team favourite aku dari dulu lagi.. The Red Giant aka Gergasi Merah Kuning...ramai orang dok tanya aku awat dok sokong pasukan Selangor ni padahal aku orang Pulau Pinang..kalau tak pun sokonglah Perak sebab aku dok kat Perak sekarang...actually negeri kelahiran tak penting bro untuk ang sokong pasukan mana pun dalam liga Malaysia ni..kecuali kalau sokong Lions 12...itu memang tak boleh dimaafkanlah ea...patut kena hukum buang negara je...hahaha!!! Kalau diikutkan aku memang tak ada darah anak Selangor langsung tapi disebabkan minat tu aku redah je walaupun menerima sindiran-sindiran pedas dari kawan-kawan aku terutamanya dari peminat fanatik The Red Warrior aka Kelantan FC...ala bro..lu sembang boleh la kencang sebab lu punya team negeri kuat...katakanlah team Kelantan FC jadi macam Penang FC yang terperosok dalam liga kelas bawahan iaitu Liga FAM...agak-agaknya angpa semua pun akan sokong Selangor FC ape...hahaha!! Minat tak memerlukan sebab sebenarnya...ia hadir tanpa kita sedar..ape-ape pun aku tetap nak bagi jugaklah reason nape aku minat sangat dengan team Red Giant ni:

1) Selangor FC adalah pemenang terbanyak Piala Malaysia iaitu sebanyak 32 kali mengalahkan rekod Manchester United yang baru menang EPL 19 kali...mwahaha!!! Tahun ni insyaAllah akan dakap piala tu untuk kali ke 33!!

2) Selangor FC telah melahirkan ramai bintang bola sepak negara antaranya:

Mokhtar Dahari
Dollah Salleh
Soh Chin Aun
Zainal Abidin Hassan
Safee Sali
3) Pasukan Selangor kini dibarisi pemain handalan negara seperti:

Asraruddin Putra Omar

K. Gurusamy

Safiq Rahim


4) Selangor FC satu-satunya team dari Malaysia yang dibikin movie iaitu 10th The Movie, cerita ni best sangat lakonan Beto Kusyairi..dulu pernah main dekat Astro Citra..haa..aku ada..kau ada? Hehehe!!!  



5) Selangor adalah antara pasukan paling konsisten dalam liga Malaysia tak macam pasukan-pasukan lain..malah musim lepas pun prestasi The Red Giant tidak mengecewakan walaupun tidak memenangi apa-apa piala pun. Tak apalah, musim ni insyaAllah Piala Malaysia dalam genggaman. ^_^


oklah...aku rasa setakat itu ajelah entri aku pasai pasukan Selangor ni...sebenarnya banyak lagi sebab kenapa aku minat pasukan ni tapi rasanya cukup2lah 5 sebab kat atas ni...nanti orang cakap riak pulak...mwahahaha!!! Go...go...go...Red Giant...realisasikan Misi 33 tahun ni...amiin...jangan marah naa peminat pasukan lain...minat kita tak sama nak buat macam mana...arigato gozaimaso kerana membaca naa XD opps lupa nak cakap Selangor FC pun ada dalam PES jugak..hehehe!!!












June 15, 2012

Kerja...Kerja..Kerja...

Assalamualaikum...alhamdulillah hari ni sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk update blog ni daripada terus bersawang dan berkarat...so nak tulis pasal ape ea?Hmm...ada idea tak?Hehe...untuk pengetahuan angpa aku skrg ni sbnrnya sedang bercuti dan menunggu keputusan dari universiti mana yang dapat aku masuk nanti...memang cuak takut-takut kena lelong atau dapat kos yang susah tapi nak wat camne kena redha je la ape jua keputusannya nanti sebab result matrik aku pun bukanlah elok sangat..cuma lepas la syarat minimum nak masuk universiti tu..and sudah tentu ianya lagi bagus dari mengulang program matrikulasi selama setahun..huh..memang aku tak sanggup...angpa punya result mesti elok an..aku tau sebab semua orang yang baca blog ni semuanya pandai-pandai belaka, tabik spring sikit!!

Hehe..so bagi lepasan-lepasan matrik macam aku ni cuti yang kami dapat adalah sangat panjang iaitu bermula dari hujung bulan April hinggalah awal bulan September insyaAllah...jadi masa ini perlulah diisi dengan aktiviti yang berfaedah contohnya menolong mak di rumah..ambik lesen ke...update blog ke...jgn facebook je..hehe..ataupun kerjalah untuk cari pengalaman kumpul duit sendiri...dalam masa lima bulan ni kalau asyik terperap kat rumah je boleh menyebabkan penyakit-penyakit berikut:

1) Penambahan berat badan (confirm 100%)
2) Jiwa kacau sebab asyik ngadap laptop jer... (lagi-lagi kalau layan korea, huh!)
3) Rasa muak ahli keluarga terhadap kita sebab hari-hari mengadap muka kita..
4) Darah mak ayah tercekik sebab angpa asyik mintak duit aje..mwahaha
5) Kematian!!!....kutu (dengan kata lain mati kutu la tak tau nak wat ape dah kat rumah..hehe)

So ape kata angpa kerja..di samping dapat mengelakkan poket berhabuk dapat jugak kita berkenal-kenalan dengan orang-orang yang baru dalam hidup kita...kalau bagi yang lelaki tu masa kerja ni dah boleh tinjau-tinjau bakal isteri...kalau dah berkenan tu bolehlah buat persediaan dari awal ^_^ nanti taklah jadi kelam kabut bila nak kahwin..macam aku ni..aku pun dah start kerja tau..walaupun aku tau gajinya tak seberapa tapi tak apelah asalkan aku ada duit sikit nanti untuk berbelanja...angpa macam mana...kalau ada saving kan senang nak berbelanja..tak payah la nak mintak kat mak dgn ayah angpa lagi...hehe..sebelum aku tinggalkan angpa fikir nak kerja ape untuk isi masa cuti ni, kita layan dulu lagu dari Senario ni...zass...



p/s: lupa nak cakap aku kerja KFC sekarang ni..huhu!! Arigato gozaimaso kerana membaca. =)





June 7, 2012

Menelusuri Denai Silam

Assalamualaikum....
dua minggu dah lebih kurang blog ni tak  terusik tanpa post-post baru....
hmm...terlalu sibuk dengan tugas-tugas sebagai faci di Kolej Mara Kulim sampai tak ada masa nak update blog...insyaAllah arini idea dah mai tapi itu pun masih samar-samar lagi...haa..ape kata kita imbas zaman kanak-kanak kita lagi...aku rasa idea ni macam syok je untuk dikongsi...hehe...apekah watak kartun atau rancangan kanak-kanak yang paling angpa paling ingat masa angpa kecik-kecik dulu...seingat aku dulu time kecik-kecik televisyen Malaysia ni sangat popular dengan rancangan Along...ingat lagi tak?hehe..A.L.O.N.G...ingat tak?hehe..takpe..kita tgk gmbq dia dulu bagi refresh balik ingatan angpa naa..hehe..


haa..ingat dah blom?kalau belum jugak aku rasa angpa ni masa kecik-kecik bukan dok kat Malaysia ape..hehe..actually ini adalah fakta yang aku dapat dari sumber yang boleh dipercayai sahih tau..siapa sebenarnya wajah di sebalik maskot Along tu..inilah dia orangnya..pelakon yang semakin meningkat naik namanya sekarang iaitu Beto Kusyairi:


Kata beto, Walaupun terpaksa memakai kostum yang berat dan panas, tetapi hampir tiga tahun juga dia menjayakan program berkenaan. Katanya, dia seronok kerana penonton tidak tahu siapa di sebalik kostum terbabit, justeru dia boleh membuat pelbagai gelagat tanpa dilihat penonton. Sungguh tak sangka, rancangan Along yang ku suka dulu rupanya Beto di dalamnya.haha!! Dalam rancangan ni kalau ada sesiapa masih ingat jugak ada satu watak yang popular lagi iaitu Siti Sifir. Selebriti intelektual Malaysia ini sangat terkenal dalam rancangan pendidikan terbitan RTM, sebab pandai baca sifir dan susun gula-gula atas meja. Siap dengan cermin mata besar gedabak segala. Di mana dia sekarang? Ada..dia masih ada di Malaysia ni tapi..aku malas nak tunjuk gambar dia dalam blog aku ni sebab gambaq dia tu agak tidak menutup aurat la..hehe..kedua-dua watak ni amat menghiburkan dan menjadi ikutan kanak-kanak zaman tu dulu...dulu ALONG ditafsirkan sebagai watak yang baik dan penyayang tapi sekarang kalau sebut Along ape yang korang fikirkan?hehe...seronoknya zaman kanak-kanak kita kan..tak macam zaman sekarang ni...rasanya tiada ape yang boleh diingati dah..kalau ada pun mungkin untuk sekejap aje pastu..poof!!it's gone!Hmm..kini dah hampir 15 tahun berlalu sejak kali terakhir rancangan ALONG ni disiarkan di kaca tv...agak-agaknya apa dah jadi pada Along ea?hehe...mari kita tengok:


hehehe...gurau ja...jangan marah ea peminat-peminat Along sekalian...Along takkan berubah jadi macam ni la..Siti Sifir pun dah jadi orang berjaya sekarang...gambaq ni sebagai gimik aje...wah!!Indahnya zaman kanak-kanak kita...insyaAllah lepas ni aku akan kupas pasal rancangan lain pulak berkaitan dengan zaman kanak-kanak kita semua. Arigato gozaimaso kerana sudi membaca.  ^_^







The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)