THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

September 28, 2012

Diriku Di Unimas




Assalamualaikum dan salam sejahtera,
fuh..fuh..banyaknya sawang dalam blog ni..nasib baik tikus dengan lipas tak buat sarang lagi..hehe!! Lama jugak aku tinggal blog aku ni, yela dah masuk Unimas bukan ada masa sangat nak update blog, asyik sibuk dengan kuliah, tutorial & lab. Aku sendiri masih tak percaya aku kini berada di bumi kenyalang..macam baru semalam aku dengan family aku dekat rumah..huhu!!Sedih. T_T
 Sebaik tiba di Sarawak & sebelum daftar ke Unimas aku dan ayah aku telah berjumpa dengan kawan lama ayahku yang tinggal di Sarawak ni, 20 tahun lebih tak jumpa, bayangkanlah, dah macam jejak kasih pulak. Tapi kami beruntung sebab kawan ayah aku ni iaitu Pak Cik Sukarno melayan kami dengan baik sekali sampai aku boleh cakap dalam hati "macam ni punya kawan pun ada dalam dunia ni, alhamdulillah". Dialah yang banyak membantu aku dan ayahku menguruskan pendaftaran aku ke Unimas di samping membawa kami berjalan-jalan sekitar bandar Kuching. Ayah aku pulak bila jumpa kawan lama dia, aku macam tak kenal dia dah, dia jadi lain daripada yang lain, mungkin kembali ke perangai dia masa belajar dulu kot...hehe!! Yela jumpa kawan lama, takkan nak serius kot selalu.
Sampai jugak detik perpisahan dengan ayah aku pada 1 September 2012 di mana pada hari itu aku secara tak rasminya bergelar pelajar Unimas. Kenapa tak rasmi? Sebab belum angkat ikrar lagi sebagai pelajar Unimas..haha!!Seminggu lebih kurang duduk di Unimas aku mula dapat menyesuaikan diri dan akhirnya pada 7 September 2012 perjuangan aku sebagai pelajar universiti telah pun bermula dengan rasminya.
So, ini alam kampus, aku kena tukar style rambut, tiada lagi istilah mat smart seperti yang sering diucapkan oleh kawan-kawan pada aku dulu. Mat smart bolehlah dianggap sudah hilang ditelan zaman. Hahaha!!
So far kehidupan kat sini ok, cuma kawasan universiti yang agak besar membataskan jugak kudrat aku sebagai seorang insan yang kerdil. Kolej kediaman aku iaitu Kolej Cempaka merupakan kolej yang terletak dalam kawasan strategik di mana kolej ini sangat dekat dengan pelbagai fakulti. Akan tetapi agak malang juga sebab kolej ni taklah begitu dekat dengan fakulti aku iaitu Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Lebih kurang sepuluh minit perjalanan jugak la dari kolej aku tu. Setelah dirisik-risik dan konfem kesahihannya, kami sebagai pelajar di kolej cempaka hanya confirm dapat asrama pada semester pertama kami sahaja. Selepas itu kolej hanya diberi pada mereka yang aktif sahaja. Tak dapat aku bayangkan dalam usia tak sampai setahun jagung di bumi orang, aku mungkin kena duduk di rumah sewa..huhuhu!!!
Oklah sebelum mengundur diri aku ada la sediakan beberapa gmbq masa aku kat Unimas ni, kamera ada je tapi aku yang malas nak snap gmbq..haha!!Kepada yang nak sambung belajar tu aku cadangkan Unimas sebagai pilihan korang jugak sebab universiti ini antara yang terbaik di Asia dan terunggul di Malaysia.(bangga sikit..haha!!) Kamik undur diri dulu auk. Owh lupa nak bagitau, rumusan aku tentang sarawak:

SARAWAK = Negeri Roundaboard + Parabola!!

Haha!! Mai la sini dan aku berani kerat jari kalau korang tak jumpa dua benda ni bersepah kat sini. Adios.




Malam rasmi bergelar mahasiswa.



Salah satu mercu tanda Unimas

Jambatan Unimas

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)