THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

May 7, 2012

Dadah Musuh Kita!!!

Assalamualaikum..
pagi ni ingat nak cerita tntg bnda serius sikitlah...gelak..ketawa..itu mmg baik tapi kadang2 kita kena kembali pada realiti..realiti bahawa hidup kita ni kadang2 tak seindah yang disangkakan...
ok..rasanya aku tak perlulah nak terangkan secara detail mengenai dadah ni coz aku rasa semua org tahu dadah tu apa kan? Baru2 ni aku ada baca dalam surat khabar tentang penemuan sembilan mayat yang tergantung di sebuah jambatan di Bandar  Nuevo Laredo di Timur Laut Mexico, lebih kejam adalah mayat2 ini dipercayai telah diseksa dahulu sebelum dibunuh..nak tgk gmbq dia?ni haa..kalau x berani scroll bawah cpt2..


Pada hari yang sama gak polis telah menemui 14 mayat tanpa kepala dalam sebuah kenderaan dan kemudian menemui kepala-kepala mangsa di dalam beberapa bekas air di luar banggunan majlis perbandaran Nuevo Laredo. Polis percaya pembunuhan kejam itu mempunyai kaitan dengan persengketaan beberapa kumpulan pengedar dadah di bandar itu. Lebih 50,000 orang terbunuh sejak lima tahun lalu dalam jenayah terancang di Mexico. Kejam dan mengerikan bukan? Memang tepatlah tindakan kerajaan mengistiharkan bahawa dadah merupakan musuh nombor satu negara. Kartel-kartel dadah di Malaysia ini masih tidak sekejam seperti di Mexico ini namun jika mereka terus dibiarkan tidak mustahil kejadian kejam ini akan berlaku di negara kita pula. Jangan terkejut ya,jika anda ingin tahu kartel dadah di Mexico mempunyai kereta kebal mereka sendiri untuk berperang dengan pihak polis di sana. Ini belum mengejutkan anda lagi? Teruskan membaca..tahukah anda siapakah yang memegang jawatan sebagai ketua polis di kawasan yang memang dikenali sbg lokasi gangster-gangster dadah di Mexico? Ini dia orangnya:


haaa..? terbeliak biji mata anda?? Inilah dia ketua polis di daerah paling ganas gangsternya itu..namanya Marisol Valles Garcia dan dia dikenali sebagai wanita paling berani di Mexico. Umurnya baru 20 tahun. Lebih kurang mcm umur aku jaa..beliau dikatakan mengambil jawatan ini selepas calon-calon lain menolak menjadi ketua polis di daerah tersebut kerana semua bekas-bekas pemegang jawatan ini sebelum beliau telah mati dibunuh oleh gangster-gangster dadah berkenaan. Fuh aku memang tabiklah dia ni..memang berani mati, hehe!! Tapi dengaq cite baru2 ni dia dah letak jawatan n pindah ke US selepas menerima ancaman bunuh setelah empat bulan memegang jawatan itu..entahlah..apalah nasib dia sekarang ni..hmm..xpelah..pray je la the best for her..haa..nampak dah apa bahayanya dadah pada umat manusia? Sebab benda tu ja org sanggup berbunuhan, mmg tak patut, harap-harap Malaysia tidaklah menjadi seteruk Mexico dalam kes dadah ni...lega baca berita ni:

KUALA TERENGGANU, 31 Mac (Bernama) -- Polis Terengganu berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini dengan penahanan seorang pengedar wanita warga Thailand dalam satu operasi tiga hari lepas.

Huh..Alhamdulillah polis di negara kita ini amat berdedikasi dalam menjalankan tugas mereka..teruskan usaha anda..kami rakyat Malaysia sentiasa menyanjung jasa dan pengorbanan anda. TERIMA KASIH PDRM!!


2 comments:

Abdul Majid Abd Aziz said...

kamu benor ke berterima kasih kat PDRM tu haha

hafiz said...

Ikhlas dari hati yang tulus lagi suci ^_^

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)