dekat seminggu mencari idea macam manalah nak update blog aku ni dengan perkara-perkara berfaedah akhirnya idea mai jugak di hening malam macam ni...idea ni bkn mcm macam koko crunch datang mencurah -curah ke ladang gandum..kadang-kadang tu kena peram otak ni sampai seminggu baru dapat idea..hehe!! Actually entri ni ditulis di saat aku sedang keseorangan di surau KMK pada pukul 1 pagi kerana malas nak tidoq di asrama. Suasana yang agak hening ditambah rasa sejuk pagi-pagi ni buat bulu roma aku tegak ja..tapi insyaAllah aku yakin rumah Allah ni tak ada ape..amiin..eh aku bkn nak cite seram tau..aku nak cite pengalaman aku pi Negeri Che Siti Wan Kembang...tau dak ape dia tu? Kelate la..haha!! Alhamdulillah aku telah berjaya menjejakkan kaki di bumi yang dikatakan Negeri Serambi Kaabah ni...betul ka orang kelate? Kalau salah goyak naa...hehe!! Rombongan ini adalah anjuran Pihak Kelab Sukan & Kebajikan ILP Nibong Tebal iaitu tempat kerja abah aku...perjalanan dimulakan pada pukul 11.30 malam dengan menaiki bas persiaran yang dipandu oleh seorang driver India..ada abang sorang ni cakap "kalau nak ape-ape cakap je kat driver ni..dia sporting" hehe!! Lega aku dengaq macam tu..kira dia taulah sensitiviti kami sebagai orang Islam terutamanya apabila kami perlu berhenti untuk solat. Ada sesetengah driver bas aku dengaq depa bukan kira Islam ni nak sembahyang ke tak..yang depa tau janji cepat sampai!! Aduh susah ar kalau dapat driver macam tu..alhamdulillah driver ni sangat baik sepanjang perjalanan kami dan aku kena bagi tabik spring ar kat dia.. tabik sikit!!
ok..ok..berbalik pada cerita asal.. dah dok dalam bas nak buat ape lagi ye dak..tidoq ar..hehe..bangun-bangun je dah sampai kat Tanah Merah..wah la..laju giler driver ni bawak bas..dia berenti depan masjid pulak tu..alhamdulillah..semoga anda pulak diberi hidayah selepas ini..amiin.. Pas solat subuh tu kami pun bertolak ke Kota Bharu..perjalanan yang aku rasakan taklah berapa lama..tapi tau2 ja dah sampai dah..faham-faham je la kan..hahaha!! Ni la destinasi pertama kami di bumi Allah yang diberi nama Kelantan ni...berjalan punya berjalan jumpa pulak satu signboard ni baek punya..hehe..nak tgk?? Ini dia:
memang terbaeek ar!! Islam bakal berkembang luas di negeri ini insyaAllah selamanya...amiin... Ok..sambung cerita, pas penat berjalan di Kota Bharu ni.. kami pun bergerak ke destinasi sebenar kami iaitu ke Sudara Resort, Bachok. Sampai sahaja di tempat penginapan dan setelah melepaskan lelah di atas katil aku pun terjun kolam dengan adik-adik aku..sori yang ni tak dak gambaq atas sebab-sebab privacy...hahaha!!! Tengah-tengah dok syok mandi tu tetiba mak aku bagitau ada orang call aku..eh sape pulak kacau aku tengah enjoy ni?? Owh rupanya kawan lama telefon daa..Nama dia Sharizat tapi aku panggil dia ijak je..dia dok Kelantan & nak mai jumpa aku kat situ...ni dia gambaq dia..Aku hensem lagi..hehehe!!
Dia ni peminat fanatik The Red Warrior..huh!! Biasalah tu..pasukan tengah meningkat naik sape yang tak mau sokong lagi-lagi orang negeri team tu sendiri. Ditambah pulak malam tu final piala FA diantara Kelantan dengan Sime Darby aku amik kesempatan nak provoke dia habis-habisan malam tu kalau Kelantan kalah!!Hahaha!! Tapi aku pulak yang kena balik sebab TRW menang jugak malam tu..ala penalti je pun...hahaha!!! Lebih kurang pukul 1 petang keesokan harinya kami pun berangkat pulang ke Pulau Pinang meninggalkan seribu satu kenangan di bumi bertuah ini..insyaAllah aku nak mai lagi Kelate? Boleh dok ore Kelate?Hehe... Pergilah mengembara kerana sesungguhnya dengan mengembara anda akan dapat belajar pelbagai perkara yang belum pernah anda jumpa sebelum ini. Allah juga menyarankan hambanya keluar mengembara dan bermusafir. Sesungguhnya bermusafir boleh dijadikan sebagai cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk dapat dilalui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi.
Firman Allah yang bermaksud:
“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)
Jelas sekali tujuan bermusafir yang dianjurkan Islam ialah digerakkan mata hati untuk menilai, memahami dan mengambil pengajaran sepanjang pengembaraan. Minda si musafir hendaklah dibuka dan berdoa supaya Allah memberi hidayah serta kebaikan daripada aktiviti permusafirannya itu.
Oklah aku rasa sampai di sini dahululah catatan aku buat masa ni.. ada idea aku akan update blog aku ni dengan idea-idea yang lebih segar. Arigato gozaimaso kerana membaca. Akhir sekali terimalah pemandangan dari tingkat atas Pasar Siti Khadijah ni..sori aku bukan tukang gambaq profesional. ^^
No comments:
Post a Comment