"Hmm..sedapnya makan cekodok pagi-pagi ni, dah lama tak makan cekodok mama buat," aku memulakan bicara pada pagi itu sambil menikmati sarapan pagi berupa cekodok yang mama buat. Hari itu sudah masuk tiga hari (maybe) sejak aku balik dari kolej mara kulim yang sudah pun berakhir sesinya bagi budak-budak matrik. "Makan tu elok-elok..karang tercekik pulak," kata mama dengan nada menyindir melihat aku yang agak pelahap makan cekodok buatannya. Tiba-tiba terlintas di fikiran aku untuk bertanya mengenai jiran sebelah rumahku, sejak berpindah ke rumah baru ini aku tidak pernah berjumpa dengan mereka kerana lama tinggal di asrama. "Err..kenduri kahwin anak orang sebelah rumah kita ni bulan lapan kan mama?" aku bertanya pada mama. "Haa..bulan lapan ni la," mama menjawab. "Anak dia berapa orang semuanya sebenarnya mama?" aku bertanya lagi. "Entahlah..ramai jugak kot..ramai dah yang kawin tinggal dua orang je lagi anaknya" Aku bertanya lagi "eh..dua orang lagi? Owh..macam tu tinggal sorang lagilah ea..sorang tu kan nak kawin bulan lapan ni.." Mama menjawab sambil menikmati cekodok buatannya juga, "haa..betul la tu..sorang lagi yang tinggal dan tak kahwin lagi..baru lepas SPM.." Aku menjadi tertarik "haa..baru pas SPM? Mama pernah tengok ka orangnya?" Mama tersenyum, agaknya mama tahu apa yang bermain di fikiran aku ketika itu, "pernah..cantik orangnya..putih..lemah lembut..sopan..jarang keluar rumah..tak bersosial la senang cakap..angah nak? nanti kerja dah elok..dah stabil..mama masuk meminang terus ea? "Haa..mama buat lawak la!Hahaha!!" aku tergelak mendengar gurauan mama. "Betui la..ingat mama main-main ka?" mama terus mengasak aku. Aku terus tergelak, aku rasa lawak sangat sebab inilah kali pertama mama berbicara hal mengenai jodoh denganku. Yela, sedar tak sedar aku dah pun masuk umur 19 tahun, dah boleh kahwin dah pun. Tapi persoalannya utamanya adakah aku dah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu? Bukan mudah nak tanggung anak orang tau..sedangkan diri aku pun tak terurus lagi macam manalah nak uruskan keluarga. Semuanya menuntut komitmen dan ketahanan diri yang amat tinggi. Aku mahukan wanita yang solehah tapi adakah aku sudah cukup soleh untuk mendampingi seorang wanita seperti itu. Aku cukup yakin dengan janji Allah dalam
surah An-Nur ayat 26:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Aku masih merasakan diri aku ini tidaklah sebaik mana. Banyak lagi perubahan yang perlu aku lakukan untuk memastikan aku mendampingi wanita yang sepantasnya untuk aku nanti. Ya Allah bantulah hambamu ini untuk mendapatkan wanita yang pantas untuknya nanti, hanya padamulah tempat meminta segala pertolongan dan Engkaulah sebaik-baik penolong..amiin..maaf mama..anakmu ini masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar itu..doakanlah aku menjadi anak yang soleh dan mampu menjadi lelaki yang dapat memikul tanggungjawab yang selayaknya sebagai anak, suami dan ayah suatu hari nanti. ^_^
No comments:
Post a Comment