THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

May 26, 2012

Kembara Di Bumi Tuhan.

Alhamdulillah...
dekat seminggu mencari idea macam manalah nak update blog aku ni dengan perkara-perkara berfaedah akhirnya idea mai jugak di hening malam macam ni...idea ni bkn mcm macam koko crunch datang mencurah -curah ke ladang gandum..kadang-kadang tu kena peram otak ni sampai seminggu baru dapat idea..hehe!! Actually entri ni ditulis di saat aku sedang keseorangan di surau KMK pada pukul 1 pagi kerana malas nak tidoq di asrama. Suasana yang agak hening ditambah rasa sejuk pagi-pagi ni buat bulu roma aku tegak ja..tapi insyaAllah aku yakin rumah Allah ni tak ada ape..amiin..eh aku bkn nak cite seram tau..aku nak cite pengalaman aku pi Negeri Che Siti Wan Kembang...tau dak ape dia tu? Kelate la..haha!! Alhamdulillah aku telah berjaya menjejakkan kaki di bumi yang dikatakan Negeri Serambi Kaabah ni...betul ka orang kelate? Kalau salah goyak naa...hehe!! Rombongan ini adalah anjuran Pihak Kelab Sukan & Kebajikan ILP Nibong Tebal iaitu tempat kerja abah aku...perjalanan dimulakan pada pukul 11.30 malam dengan menaiki bas persiaran yang dipandu oleh seorang driver India..ada abang sorang ni cakap "kalau nak ape-ape cakap je kat driver ni..dia sporting" hehe!! Lega aku dengaq macam tu..kira dia taulah sensitiviti kami sebagai orang Islam terutamanya apabila kami perlu berhenti untuk solat. Ada sesetengah driver bas aku dengaq depa bukan kira Islam ni nak sembahyang ke tak..yang depa tau janji cepat sampai!! Aduh susah ar kalau dapat driver macam tu..alhamdulillah driver ni sangat baik sepanjang perjalanan kami dan aku kena bagi tabik spring ar kat dia.. tabik sikit!!


ok..ok..berbalik pada cerita asal.. dah dok dalam bas nak buat ape lagi ye dak..tidoq ar..hehe..bangun-bangun je dah sampai kat Tanah Merah..wah la..laju giler driver ni bawak bas..dia berenti depan masjid pulak tu..alhamdulillah..semoga anda pulak diberi hidayah selepas ini..amiin.. Pas solat subuh tu kami pun bertolak ke Kota Bharu..perjalanan yang aku rasakan taklah berapa lama..tapi tau2 ja dah sampai dah..faham-faham je la kan..hahaha!! Ni la destinasi pertama kami di bumi Allah yang diberi nama Kelantan ni...berjalan punya berjalan jumpa pulak satu signboard ni baek punya..hehe..nak tgk?? Ini dia:


memang terbaeek ar!! Islam bakal berkembang luas di negeri ini insyaAllah selamanya...amiin... Ok..sambung cerita, pas penat berjalan di Kota Bharu ni.. kami pun bergerak ke destinasi sebenar kami iaitu ke Sudara Resort, Bachok. Sampai sahaja di tempat penginapan dan setelah melepaskan lelah di atas katil aku pun terjun kolam dengan adik-adik aku..sori yang ni tak dak gambaq atas sebab-sebab privacy...hahaha!!! Tengah-tengah dok syok mandi tu tetiba mak aku bagitau ada orang call aku..eh sape pulak kacau aku tengah enjoy ni?? Owh rupanya kawan lama telefon daa..Nama dia Sharizat tapi aku panggil dia ijak je..dia dok Kelantan & nak mai jumpa aku kat situ...ni dia gambaq dia..Aku hensem lagi..hehehe!!


Dia ni peminat fanatik The Red Warrior..huh!! Biasalah tu..pasukan tengah meningkat naik sape yang tak mau sokong lagi-lagi orang negeri team tu sendiri. Ditambah pulak malam tu final piala FA diantara Kelantan dengan Sime Darby aku amik kesempatan nak provoke dia habis-habisan malam tu kalau Kelantan kalah!!Hahaha!! Tapi aku pulak yang kena balik sebab TRW menang jugak malam tu..ala penalti je pun...hahaha!!! Lebih kurang pukul 1 petang keesokan harinya kami pun berangkat pulang ke Pulau Pinang meninggalkan seribu satu kenangan di bumi bertuah ini..insyaAllah aku nak mai lagi Kelate? Boleh dok ore Kelate?Hehe... Pergilah mengembara kerana sesungguhnya dengan mengembara anda akan dapat belajar pelbagai perkara yang belum pernah anda jumpa sebelum ini. Allah juga menyarankan hambanya keluar mengembara dan bermusafir. Sesungguhnya bermusafir boleh dijadikan sebagai cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk dapat dilalui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi.

Firman Allah yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Jelas sekali tujuan bermusafir yang dianjurkan Islam ialah digerakkan mata hati untuk menilai, memahami dan mengambil pengajaran sepanjang pengembaraan. Minda si musafir hendaklah dibuka dan berdoa supaya Allah memberi hidayah serta kebaikan daripada aktiviti permusafirannya itu.
Oklah aku rasa sampai di sini dahululah catatan aku buat masa ni.. ada idea aku akan update blog aku ni dengan idea-idea yang lebih segar. Arigato gozaimaso kerana membaca. Akhir sekali terimalah pemandangan dari tingkat atas Pasar Siti Khadijah ni..sori aku bukan tukang gambaq profesional. ^^


May 22, 2012

Balasan Meninggalkan Solat!!!


Jom kita layan cerita seram dahulu tengah-tengah malam ni...actually benda ni aku amik dari blog orang len tapi aku rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan dengan angpa semua...mai baca dulu ^^

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.
"Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.


Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."


Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.


Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?"

p/s: haa..angpa baca abis dah ka blom..kisah ni bukan saja seram malah membuatkan kita insaf tentang pentingnya kita memelihara solat dalam hidup kita kerana sesungguhnya solat itu adalah tiang agama dan sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya!! Astaghfirullah...bertaubatlah jika kita pernah meninggalkan solat sebelum ini...
sesungguhnya azab meringankan solat ini Allah banyak sebut dalam Al-Quran seperti contoh: 

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat. 
( Al-Muddaththir: Ayat 42 & 43)

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis. Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta). Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka. Bertaubatlah sebelum terlambat  ^^  arigato gozaimaso kerana membaca. Eh layan gambaq ni jap..hehe..



May 16, 2012

Pengakhiran Kisah Doraemon

Jom..jom..jom..mari kita imbas kenangan zaman kanak-kanak kita ^_^
Bagi yang pernah jadi kanak-kanak, opps..semuanya pernah jadi kanak-kanak, hehe, anda pastinya mengenali Doraemon. Sebuah mahakarya agung ciptaan mangaka Fujiko F. Fujio yang telah diangkat menjadi filem dan siaran televisyen yang masih dapat ditonton pada hari ini. Sepanjang zaman kanak-kanak aku, komik dan filem-filem doraemon menjadi pujaan hati. Kesemua watak dalam komik dan animasi ini mampu memberi inspirasi pada sesiapa sahaja yang mengikuti sirinya. Watak Doraemon sendiri yang suka membantu orang lain dan suka memberi nasihat terutamanya pada Nobita, watak Nobita yang sentiasa aku ternanti-nantikan kematangannya, watak Giant yang garang tetapi setiakawan dan watak Sizuka yang baik hati. Eh, mana Suneo? Hehe..actually aku x bpe nampak sisi positif pada watak Suneo ni, korang aku tak taulah mcm mana, haha!! Actually bnyk orang bertanya tntg bagaimana kisah Doraemon ini berakhir..errm..aku pun tak tau nak ckp mcm mana..tapi tadi aku surf internet dan akhirnya jumpa pengakhirannya kisah ini...sedihnya... mari layan dulu :(



















Cerita Doraemon sedikit banyak telah menginspirasi aku dan mungkin pada banyak pencintanya tentang pentingnya bertanggungjawab akan diri sendiri untuk merencanakan masa depan..Ini sesuai dengan firman Allah:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra'd: 11)

Sedih ya ceritanya… hikz…! 

Ayuh layan lagu opening Doraemon pulak:



This sort of thing is good
I wish I could do it
That sort of dream, this sort of dream, I have many of them but

All of them, all of them, all of them
He grants my dreams
He grants my dreams with a mysterious pocket
I want to fly freely in the sky

(Here! Bamboo-copter!)

Ah ah ah
I love you very much,
Doraemon

Inilah salah satu kenangan zaman kanak-kanak yang tak mungkin akan aku lupakan...korang pun mesti ada kenangan korang sendirikan? huhu...oklah, arigato gozaimaso kerana membaca ^_^





May 15, 2012

Mari Bongkar Kejahatan Yahudi!!!!


Mari Bongkar Kejahatan Yahudi!!!!





Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel?

KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya segi tiga betul dan terbalik membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin).

KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.

BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai
gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.

KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi, antaranya Hizrial, Asyia, Armia, Zakaria dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu. Antara yang diselewengkan:
“Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kanan dan tidak akan memberi
kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja.”

Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia
adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai musuh dan zalim. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:
“Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus menerus dan abadi”.

DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah melancarkan operasi sapu bersih ke atas rakyat Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi. Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah:

13 Disember 1947 – Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878 diserang.
Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.

1 Januari 1948 – Kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.

9 – 10 April 1948 – Dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.

11 Julai 1948 – Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan
perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang
tiba, mereka semua mati.

15 – 18 September 1982 – Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon,  Mantan Perdana Menteri Israel.


p/s: masih banyak lagi kekejaman Yahudi yang tidak dipaparkan di sini...sampai bila kita mahu memejamkan mata dan memekakkan telinga melihat saudara seIslam kita di Palestin terus dihancurkan oleh Yahudi laknatullah?? Ayuh sebarkan kebencian pada Yahudi...sekurang-kurangnya kita membantu perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan tanah air mereka!! Jihad kita mungkin berbeza tapi matlamatnya hanya satu..iaitu menghancurkan Yahudi laknatullah!!! Ayuh bangkit sahabat-sahabatku!! Allahuakbar!!

May 13, 2012

Semangat Muhibbah Masih Wujud ^_^

"Bos-bos, nanti jemput makan aa kat rumah saya..jgn risau..semua makanan boleh makan maa..kami jemput orang Melayu masak..jemput mai aaa.." sapa jiran baruku yang berbangsa cina itu ketika aku sampai ke rumah setelah pulang dari masjid sebentar tadi. Aku hampir tergelak kerana dia memanggil aku bos padahal aku ni budak lagi but at the same time rasa terharu gak sebab dia sudi jemput kami jiran2 yang bukan sebangsa dengan dia untuk hadir sama ke jamuan sempena perpindahan dia ke rumah barunya. Tak sangka dia jugak cukup sensitif dengan cara pemakanan orang Melayu amnya dan Islam khasnya sehingga dia sanggup mengupah tukang masak Melayu untuk memasak untuk kami. Ini rasanya pengalaman pertama aku dijemput ke majlis orang bukan Melayu sebab sblm ni jiran2 aku majoriti Melayu n kalau ada bangsa lain pun jauh-jauh dari rumah aku.Sejak dok rumah baru ni rasa bebaslah..walaupun rumah ni sempit sikit tapi kalau pergi luar rasa bebas sangat..tak rasa macam dok dalam kuaters dulu..rasa terkongkong je...mgkn sebab dulu pun kenderaan yang aku boleh bawak cumalah basikal ja tapi sejak ada lesen motor ni Parit Buntar tu dah jadi macam tempat aku main ronda-ronda pulak..huhu!! Berbalik pada cerita asal, dipendekkan sedikit, aku pun pergilah ke jamuan jiran aku tu menemani mama sebab abah tak mau pi..penat gotong-royong katanya. Sampai rumah Cina tu dalam jarak selang dua rumah ja dia terus sapa kami..naseb bek orang ramai dah balik masa tu..mama memang cadang nak pi lambat sikit sebab sebelum tu rumah jiran aku tu penuh dengan kaum kerabat yang sebangsa dengan dia...paham kan? haha!! Peramah gak cina ni..dia cakap jangan risau..semua makanan boleh makan maa.."owh, kalau semua boleh makan ok la tu;" aku berfikir. Tengok makanan dia macam-macam jugak ada. Aku ternampak makanan feveret aku, sosej, huhu!! Baru je fikir nak amik benda tu mama tegur aku senyap-senyap, "Ambik buah dengan kek aje..benda lain tak payah amik." Mama menjeling padaku dan aku faham maksud jelingan mama itu. Angpa semua paham ka mesej yang cuba nak disampaikan mama pada aku di sini? Haa..pandai..walaupun dia cakap makanan dia tu orang Melayu yang masak tapi kita tak tahu bahan apa yang dia beli n bagi pada orang Melayu tu masak..boleh jadi dia main beli ja..cthnya sosej tu la tapi x dak tanda halal pun..kan berat tu...lagipun kami tak tahu mana satu makanan yang Melayu tu masak..takkan nak tanya dia..ni sapa masak ea? Aduh segan ar macam tu..ok sekarang untuk menjaga adab sebagai tetamu kami pun ambiklah makanan yang kami rasa boleh dimakan dan tawakal sajalah semoga makanan kami itu semuanya halal. Kami pun duduklah makan ape yang kami ambik dan tak lama selepas itu aku nampak adik aku yang kecik yang umur lima tahun pergi ke meja yang tersedianya hidangan. Mama mula menjeling padaku dan aku faham benar maksud renungan tajam itu. Puas dipanggil dia tak mau jugak mai balik kat kami tapi syukurlah dengaq jugak kata ang ni ea Husaini..dia cakap kat aku bila dia mai balik tu, "angah nak hotdog." Memang tepat jangkaan aku, dia nak benda tu. Aku cakap kat dia, "kita tak boleh makanlah benda tu Husaini." Tiba-tiba dia menjawab dengan kuat, "Owh kita tak boleh makan hotdog cina ea?" Aduh!! Pening kepala aku...nasib baek tak ada yang dengar apa yang dia cakap...hahaha!! Macam tu lah hidup berjiran, macam-macam perkara akan kita jumpa, tambah-tambah lagi dengan jiran berlainan bangsa ni, kita kena jaga senstiviti kaum agar kita sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Akhirul kalam, renung-renungkanlah ayat Al-Quran di bawah:


"Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu daripada berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan amal kamu)".(al-Hujurat: 13)

p/s: Arigato Gozaimaso kerana sudi membaca entri ini. ^_^









May 11, 2012

Jodoh Aku Dah Dekat?

"Hmm..sedapnya makan cekodok pagi-pagi ni, dah lama tak makan cekodok mama buat," aku memulakan bicara pada pagi itu sambil menikmati sarapan pagi berupa cekodok yang mama buat. Hari itu sudah masuk tiga hari (maybe) sejak aku balik dari kolej mara kulim yang sudah pun berakhir sesinya bagi budak-budak matrik. "Makan tu elok-elok..karang tercekik pulak," kata mama dengan nada menyindir melihat aku yang agak  pelahap makan cekodok buatannya. Tiba-tiba terlintas di fikiran aku untuk bertanya mengenai jiran sebelah rumahku, sejak berpindah ke rumah baru ini aku tidak pernah berjumpa dengan mereka kerana lama tinggal di asrama. "Err..kenduri kahwin anak orang sebelah rumah kita ni bulan lapan kan mama?" aku bertanya pada mama. "Haa..bulan lapan ni la," mama menjawab. "Anak dia berapa orang semuanya sebenarnya mama?" aku bertanya lagi. "Entahlah..ramai jugak kot..ramai dah yang kawin tinggal dua orang je lagi anaknya" Aku bertanya lagi "eh..dua orang lagi? Owh..macam tu tinggal sorang lagilah ea..sorang tu kan nak kawin bulan lapan ni.." Mama menjawab sambil menikmati cekodok buatannya juga, "haa..betul la tu..sorang lagi yang tinggal dan tak kahwin lagi..baru lepas SPM.." Aku menjadi tertarik "haa..baru pas SPM? Mama pernah tengok ka orangnya?" Mama tersenyum, agaknya mama tahu apa yang bermain di fikiran aku ketika itu, "pernah..cantik orangnya..putih..lemah lembut..sopan..jarang keluar rumah..tak bersosial la senang cakap..angah nak? nanti kerja dah elok..dah stabil..mama masuk meminang terus ea? "Haa..mama buat lawak la!Hahaha!!" aku tergelak mendengar gurauan mama. "Betui la..ingat mama main-main ka?" mama terus mengasak aku. Aku terus tergelak, aku rasa lawak sangat sebab inilah kali pertama mama berbicara hal mengenai jodoh denganku. Yela, sedar tak sedar aku dah pun masuk umur 19 tahun, dah boleh kahwin dah pun. Tapi persoalannya utamanya adakah aku dah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu? Bukan mudah nak tanggung anak orang tau..sedangkan diri aku pun tak terurus lagi macam manalah nak uruskan keluarga. Semuanya menuntut komitmen dan ketahanan diri yang amat tinggi. Aku mahukan wanita yang solehah tapi adakah aku sudah cukup soleh untuk mendampingi seorang wanita seperti itu. Aku cukup yakin dengan janji Allah dalam surah An-Nur ayat 26:

    (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Aku masih merasakan diri aku ini tidaklah sebaik mana. Banyak lagi perubahan yang perlu aku lakukan untuk memastikan aku mendampingi wanita yang sepantasnya untuk aku nanti. Ya Allah bantulah hambamu ini untuk mendapatkan wanita yang pantas untuknya nanti, hanya padamulah tempat meminta segala pertolongan dan Engkaulah sebaik-baik penolong..amiin..maaf mama..anakmu ini masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar itu..doakanlah aku menjadi anak yang soleh dan mampu menjadi lelaki yang dapat memikul tanggungjawab yang selayaknya sebagai anak, suami dan ayah suatu hari nanti. ^_^


   

Surat Buat Bakal Isteriku


Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.




Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.“

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

“Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.



p/s: aku bukan jiwang karat..aku bukan mat bunga..aku bukan juga pemadah pujangga...aku hanya mahu menjadi insan yang bersedia sepenuhnya untuk menghadapi alam perkahwinan aku kelak...so ini kira mcm untuk peringatan bagi aku dan kaum2 adam di luar sana jugaklah..syukran jazilan kerana sudi meluangkan masa membaca entri ini. ^_^


Salah Satu KIsah Benar Dari Beribu-ribu Cerita Sabra & Shatila

Salah Satu Kisah Benar Dari Beribu-ribu Cerita Sabra & Shatila





Kisah Souad Srour Merii (29 tahun)-m.s:73:

Saya dan lapan lagi adik beradik saya, 5 lelaki dan 3 perempuan,dilahirkan di Shatila. Saya anak sulung. Kisah yang akan saya paparkan adalah tentang apa yang berlaku keatas diri saya dan keluarga dalam pembunuhan beramai ramai di Sabra-Shatila semasa serangan Israel ke atas Lubnan pada tahun 1982. 

Peristiwa itu berlaku pada petang 16 dan pagi 17 sept. Selepas pembunuhan bakal presiden, Bashir gemayel, pada 14hari bulan. Beliau merupakan ketua angkatan tentera Lubnan atau militia kristian fasis yang dipanggil kata’ib (phalange) .Parti ini memang dikenali benar kerna kebencianya kepada rakyat palestin dan kerana ia bersekongkol dengan Israel. Pada 1976, Gemayel dan partinya yang bertanggungjawab keatas pemusnahan 3 kem dikawasan bawah kuasanya, dan mereka menyembelih atau menghalau penghuni kem yang hingga ke hari ini masih menjadi pelarian. Tidak lama selepas pengumuman kematian bakal presiden itu, pembedilan dan tembakan curi semakin berleluasa di kem Shatila.

Pada pukul 5.00 ptg 16 Sept, saya meniggalkan rumah saya untuk pergi ke salah satu tempat berlindung dimana rakan2 saya sedang bersembunyi drp bedilan dan tembakan curi, berhampiran rumah saya telah disapa oleh 3 orang lelaki yang bertanya sama ada tempat itu ialah kem Shatila. Meskipun mereka bertutur dalam bahasa Arab, saya tahu dari pelat mereka bahwa mereka bangsa asing. Mereka beredar apabila saya memberikan jawapan negative pada mereka.

Saya tiba ditempat berlindung dan memberitahu kpada rakan2 tentang apa yang berlaku. Setelah sejam ditempat berlindung saya pun beredar setelah berjanji yang saya akan kembali menjemput rakan2 saya membawa mereka bermalam dirumah saya kerana keadaan tempat berlindung itu tidak selamat,lembab dan tiada bekalan air dan letrik.

Saya pulang ke rumah, menyediakan makan malam untuk adik perempuan dan adik lelaki dan menidurkan mereka. Bapa tidak membenarkan saya seorang diri untuk pergi ke tempat berlindung, dia menyuruh saya membawa Maher, adik lelaki saya. Waktu itu saya berusia 17th dan adik lelaki saya 12th. Sejurus sebelum kami tiba di tempat berlindung, kami mula ternampak pemandangan yang ngeri, tubuh bergelimpangan atas tanah dengan darah yang mengalir.

Kami mendengar suara orang mengerang dan menjerit kesakitan, tiba2 saya mendengar suara orang yang saya kenali, iaitu suara jiran kami Abu Rida, dia mahu kami membantunya.

”Mereka menyembelih kami, membunuh kami, merogol anak gadis dan membawa pergi semua budak perempuan berumur 12th dan 16th.”

Kemudian dia memberitahu kami,”Lari dari rumah kamu, jangan tinggal didalam rumah kamu. Mereka akan datang balik dan membunuh semua orang di Kem.

”Saya bertanya siapa melakukan semua ini, tapi tiba2 kami mendengar suara orang berteriak,

”Kamu anjing masih bernyawaa lagi?”,” belum mampus lagi”?.

Kami terus cabut lari kerumah untuk beritahu ibu-bapa tentang apa yang berlaku dan nasihat jiran kami itu. Kata bapa saya,

”Dijauhkan tuhan, tiada apa2 yang akan berlaku pada keluarga kita.”

Kami tinggal dirumah kami hingga ke subuh esoknya, hari Jumaat 17 Sept. Pada malam itu jiran kami menumpang dirumah kami, seorang wanita hamil yang tidak mengenali sesiapa kecuali kami.

Pada pukul 4.30 pagi esoknya, jiran kami dan adik lelaki saya berusia 11 tahun memutuskan untuk pergi keatas bumbung rumah untuk melihat apa yang sedang berlaku supaya keputusan boleh dibuat samada patut tinggal dirumah atau lari. Mereka (adik lelaki saya) telah dilihat oleh militia yang berada dikawasan bukit, adik lelaki saya ketakutan dan turun dari bumbung dan menceritakan apa yang terjadi, tidak lama selepas itu kami mendengar orang mengetuk pintu, bapa bertanya siapa dan diberitahu mereka adalah askar Israel datang untuk mengeledah rumah, bapa membuka pintu dan kami melihat 13 orang lelaki bersenjata diluar pintu rumah kami. Beberapa orang berdiri diluar pintu, sebilangan lagi pergi ke bumbung dan lain mengelilingi rumah kami untuk menakut nakutkan kami.

Saya berdiri disebelah bapa bersama adik perempuan saya, manakala yang lain berdiri disebelah ibu dan jiran kami. Bapa saya menyambut askar Israel itu dan menyuruh mereka duduk. Salah seorang dari mereka berkata bahwa mereka mahu mengambil segala apa yang kami ada. Saya menyahut, menyakan kenapa dia mahu mengambil segalanya selepas mengambil barang kami yang paling berharga iaitu tanah air kami.

Jawabnya, ”Kamu tengok apa lagi yang akan aku ambil, aku akan mengambil kamu dan adik perempuan kamu!” Bapa merayu kpadanya supaya mengambil semuanya kecuali anak-anaknya, bapa ditumbuk dimukanya dan berdarah. Saya tidak dapat mengawal diri saya dari memekik didepan muka askar2 itu, menanyakan mengapa mereka sanggup memukul lelaki tua.

Saya dipukul dan ditolak dengan kasar ke tanah. Apabila saya terasa sakit,saya memukul balik askar itu. Mereka merampas wang kami 40,000 paun Lubnan, dan semua cincin kami, bahkan cincin perkahwinan bapa.

Salah seorang dari mereka berteriak dan memberikan arahan supaya kami dibawa masuk kedalam bilik. Dia mengarahkan kami berdiri dekat dinding dan tangan kami diangkat atas kepala, dan membelakangi mereka, mereka memerintahkan kami jangan sekali melihat kebelakang.

Adik perempuan saya Shadia yang berusia satu setengah tahun mengangkat tangan sambil memanggil nama ibu kerna ketakutan. Mereka mula menembak kami. Adik bongsu saya-seorang bayi-ditembak dikepala dan otaknya memercik diatas kami, bapa ditembak di jantungnya tetapi dia masih bernyawa. Adik lelaki saya Shadi,3 tahun, Farid-8, Bassam- 11 dan adik perempuan saya Hajar-7 dan Shadia serta jiran kami (yang mengandung) mati serta merta.

Adik lelaki saya, Mahher- 12 dan Ismail-9, terselamat kerna bersembunyi didalam bilik air. Ibu dan adik perempuan saya, Nuhad-16, tercedera tetapi tidak meninggal, manakala saya pula,lumpuh serta merta dan tidak dapat bergerak. Askar2 itu fikir kami semua sudah mati, lalu mereka meninggalkan rumah kami.

Saya mula mejerit bertanyakan siapa yang masih hidup. Ibu, seorang adik perempuan saya dan dua adik laki dalam bilik air menyahut, kemudian bapa menyahut, tetapi cedera parah. Saya menyuruh mereka melarikan diri dan menghantar seseorang untuk selamatkan saya dan bapa. Jadi mereka lari dan tinggallah saya dan bapa yang cedera parah, dikelilingi oleh ahli keluarga saya yang sudah menjadi mayat. Keadaan yang amat menggerunkan itu tidak akan dapat saya lupakan hingga akhir hayat.

Pada jam 10.00 pagi 3 anggota militia datang semula untuk mengambil wang yang tertinggal oleh mereka, mereka ternampak saya menghampiri bapa, mereka pun mula memaki saya dengan kata2 yang sangat lucah dan memberitahu saya.

“Lihat apa yang akan kami lakukan pada kamu dihadapan bapa kamu.”Tiga orang daripada mereka merogol saya, seorang demi seorang, di depan bapa.Kemudian mereka menembak tangan kiri saya dan beredar. Bapa berkata pada saya,

”Semoga tuhan melindungimu,” 

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia tidak sanggup melihat apa yang dilihatnya kerna pada masa itu saya belum ada haid lagi dan apa yang telah terjadi amat mengerikan saya, terutama kerna semuanya berlaku didepan mata bapa saya yang tercedera.

Mereka datang sekali lagi pada hari yang sama, pada waktu petang, dan ternampak saya sedang minum, mereka naik berang mendapati saya masih hidup, lalu mereka menembak saya dua kali dan memukul kepala saya, dan saya terus pengsan. Kemudian malam itu saya terjaga dan terdengar bunyi kucing yang sedang berkeliaran disekeliling mayat ahli keluarga saya. Saya cuba sedaya upaya dengan memggunakan tangan saya yang tidak cedera untuk menutup mayat2 itu, namun saya tidak terdaya. Pagi esoknya, Sabtu 18 Sept, mereka datang lagi, tetapi saya pura2 mati.

Pada pagi hari ahad, seorang askar Lubnan datang untuk bertanyakan khabar sanak saudara dan jiran2 kami, saya cuba untuk menjerit minta tolong tetapi saya tidak dapat bersuara apabila melihat askar itu, dia melihat saya, dan membuka jaketnye dan menutupi tubuh saya yang dalam keadaan bogel, dia membawa saya bersamanya. 

Semasa kami keluar dari kem, saya nampak mayat mereka yang disembelih, mayat yang sudah membusung, saya mendengar rintihan disepanjang jalan. Askar itu menyerahkan saya pada anggota Bulan Sabit Lubnan yang serta merta memberi saya bantuan pernafasan. Mereka membawa saya ke Hospital, tetapi saya tidak dibenarkan masuk kerna saya rakyat palestin, saya kemudian dibawa ke hospital American Universiti, disana ada ramai pemberita dan wartawan, tetapi saya tidak dapat bercakap dengan sesiapa. Saya sudah hilang daya untuk bercakap.

Saya dibawa kebilik kecemasan dan dibedah untuk keluarkan peluru dari tubuh saya, saya mula mengalami ganguan jiwa dan hysteria pada bila2 masa sahaja saya teringat peristiwa yang berlaku. Tangan kanan saya tidak cedera, jadi saya meminta kertas dan pen dari doctor. Saya menulis sepotong ayat, bertanya tentang keluarga saya.

Beberapa wartawan dan pemberita yang hadir pada masa itu berjanji untuk membantu mencari keluarga saya. Beberapa hari kemudian, doctor memberitahu bahwa dia ada satu kejutan untuk saya, kejutan itu ialah ibu saya, yang tidak lagi saya kenali, namun dia mula bercakap, mengingatkan saya tentang perkara2 yang membuktikan dia adalah ibu saya. Apabila ibu bertanya tentang bapa, yang tidak diketahuinya sudah meninggal, saya mula meraung dan mengalami ganguan jiwa.

Doktor memberitahu bahwa saya akan ke Tripoli di bahagia utara Lubnan dan dibawa keluar dari sana untuk menjalani rawatan diluar Negara. Ibu mengemaskan barang2 saya dan oleh pemandu ambulan Lubnan dan seorang pengawal lubnan, saya berbaring di tempat duduk belakang kerna saya tidak boleh duduk, saya dipasangkan dengan beg air kencing, Drip intravena dan kelengkapan pernafasan.

Pemandu menyusuri jalan pantai menuju ke Tripoli. Kami tiba di”tempat pemeriksaan Barbara” yang sangat terkenal dulu semasa perang saudara Lubnan, pemandu meminta saya supaya jangan bergerak dan berpura-pura tidur, anggota militia di tempat pemeriksaan itu tergolong dalam angkatan tentera Lubnan berfahaman fasis mengarahkan pemandu dan pengawal keluar dari kereta.M ereka menjelaskan bahwa saya dibawa untuk menjalani rawatan. Dua orang anggota militia itu berkata,

” Kami kenal budak perempuan itu”,apabila saya memandang mereka, dengan serta merta saya mengecam mereka, Mereka berada dirumah saya semasa pembunuhan beramai ramai dulu.

Kami bertiga dibawa didalam jip ‘Phalange Lubnan’. Mereka berkata pada saya, “Sekarang kamu akan mati” dan mereka mengarahkan pengawal untuk menanggalkan pakaianya dan duduk atas sebuah botol, mereka kemudian menembaknya di kepala, dia mati serta merta di depan saya. Selepas itu mereka mencabut beg air kencing dan drip i.v saya, mereka mengambil selimut yang menyelimuti tubuh saya dan merogol saya didepan pemandu kemudian mereka meletakkan saya di atas batu di pantai dalam keadaan bogel, supaya saya mati.

”Sekarang dia akan mati sendiri,” kata mereka. Sepanjang malam saya tinggal dalam keadaan begitu, dengan pemandu itu merenungi saya dengan perasaan belas kasihan, esoknya anggota militia itu datang dan mengarahkan pemandu itu untuk membawa saya pulang semula ketempat asal. Saya dibawa balik ke Hospital Beirut dalam keadaan yang jauh lebih teruk,tidak boleh bercakap langsung dan berjumpa sesiapa dan berterusan mengalami serangan hysteria yang dahsyat.

Selama 2 tahun selepas peristiwa itu saya tidak dapat bercakap, saya duduk di kerusi roda, bersama segala derita yang terpaksa saya terima terbenam dalam jiwa saya. Saya dimasukkan ke hospital selama 4 tahun dan 6 kali menjalani pembedahan. Saya telah meninggalkan Shatila. Saya tidak boleh hidup didalam rumah dimana separuh dari ahli keluarga saya dibunuh dengan kejam. Ibu saya membina semula rumah itu dan kini tinggal bersama 2 adik lelaki saya Maher, Nahed serta adik perempuan saya,Nuhad.

Perlahan lahan saya memulakan hidup baru,sekarang saya boleh berjalan dengan bantuan kasut khas serta tongkat, dan saya bekerja di bengkel pertubuhan bantuan Norway, membuat dan menjual barang kraf tangan.



Ini adalah petikan,secebis kisah pelarian Palestin di Lubnan, Sabra Shatila -1982 yang telah dibunuh kejam secara beramai ramai(massacre genocide ) ,dimuatkan dalam buku yang disunting oleh pejuang asasi-Alijah Gordon, tajuk-‘Rakyat Palestin Bersuara.’ Ramai, termasuk umat islam sendiri yang kurang tahu akan cerita pembunuhan beramai ramai di Sabra dan Shatila.  Semoga Allah membalas setiap satu perbuatan mereka yang kejam dan tidak perikemanusiaan. 





May 7, 2012

Dadah Musuh Kita!!!

Assalamualaikum..
pagi ni ingat nak cerita tntg bnda serius sikitlah...gelak..ketawa..itu mmg baik tapi kadang2 kita kena kembali pada realiti..realiti bahawa hidup kita ni kadang2 tak seindah yang disangkakan...
ok..rasanya aku tak perlulah nak terangkan secara detail mengenai dadah ni coz aku rasa semua org tahu dadah tu apa kan? Baru2 ni aku ada baca dalam surat khabar tentang penemuan sembilan mayat yang tergantung di sebuah jambatan di Bandar  Nuevo Laredo di Timur Laut Mexico, lebih kejam adalah mayat2 ini dipercayai telah diseksa dahulu sebelum dibunuh..nak tgk gmbq dia?ni haa..kalau x berani scroll bawah cpt2..


Pada hari yang sama gak polis telah menemui 14 mayat tanpa kepala dalam sebuah kenderaan dan kemudian menemui kepala-kepala mangsa di dalam beberapa bekas air di luar banggunan majlis perbandaran Nuevo Laredo. Polis percaya pembunuhan kejam itu mempunyai kaitan dengan persengketaan beberapa kumpulan pengedar dadah di bandar itu. Lebih 50,000 orang terbunuh sejak lima tahun lalu dalam jenayah terancang di Mexico. Kejam dan mengerikan bukan? Memang tepatlah tindakan kerajaan mengistiharkan bahawa dadah merupakan musuh nombor satu negara. Kartel-kartel dadah di Malaysia ini masih tidak sekejam seperti di Mexico ini namun jika mereka terus dibiarkan tidak mustahil kejadian kejam ini akan berlaku di negara kita pula. Jangan terkejut ya,jika anda ingin tahu kartel dadah di Mexico mempunyai kereta kebal mereka sendiri untuk berperang dengan pihak polis di sana. Ini belum mengejutkan anda lagi? Teruskan membaca..tahukah anda siapakah yang memegang jawatan sebagai ketua polis di kawasan yang memang dikenali sbg lokasi gangster-gangster dadah di Mexico? Ini dia orangnya:


haaa..? terbeliak biji mata anda?? Inilah dia ketua polis di daerah paling ganas gangsternya itu..namanya Marisol Valles Garcia dan dia dikenali sebagai wanita paling berani di Mexico. Umurnya baru 20 tahun. Lebih kurang mcm umur aku jaa..beliau dikatakan mengambil jawatan ini selepas calon-calon lain menolak menjadi ketua polis di daerah tersebut kerana semua bekas-bekas pemegang jawatan ini sebelum beliau telah mati dibunuh oleh gangster-gangster dadah berkenaan. Fuh aku memang tabiklah dia ni..memang berani mati, hehe!! Tapi dengaq cite baru2 ni dia dah letak jawatan n pindah ke US selepas menerima ancaman bunuh setelah empat bulan memegang jawatan itu..entahlah..apalah nasib dia sekarang ni..hmm..xpelah..pray je la the best for her..haa..nampak dah apa bahayanya dadah pada umat manusia? Sebab benda tu ja org sanggup berbunuhan, mmg tak patut, harap-harap Malaysia tidaklah menjadi seteruk Mexico dalam kes dadah ni...lega baca berita ni:

KUALA TERENGGANU, 31 Mac (Bernama) -- Polis Terengganu berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini dengan penahanan seorang pengedar wanita warga Thailand dalam satu operasi tiga hari lepas.

Huh..Alhamdulillah polis di negara kita ini amat berdedikasi dalam menjalankan tugas mereka..teruskan usaha anda..kami rakyat Malaysia sentiasa menyanjung jasa dan pengorbanan anda. TERIMA KASIH PDRM!!


May 6, 2012

Jangan Sambut Hari Ibu???


Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

ASAL USUL HARI IBU
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?
Terjemahan oleh webmaster dari History of  Mothers Day

p/s: kalau inilah asal usul hari ibu maka sudah sahlah ianya tidak boleh disambut oleh orang2 islam..mmglah tak salah kira meraikan ibu kita tapi adakah ini satu hari sahaja utk kita meraikan ibu kita sdgkan ibu telah menjaga kita setiap hari dari saat kita lahir hinggalah ke akhir hayatnya..jadikanlah setiap hari adalah hari ibu utk ibu kita dan raikan mereka tanpa perlu menunggu datangnya hari ibu yang disambut secara tahunan ini..hope dapat terima entri ini dgn positif...tq ^)^


May 4, 2012

Keanehan Watak Haku & Hubungannya Dengan Zabuza

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
pagi ni ingat nak cerita tntg watak Haku la..bkn Aku tapi Haku..si..siapa Haku? Tak kenal ea? Haku ni salah satu watak dalam siri Naruto yang awal..kalau siapa yg mengikuti siri ini dari awal pasti mengenali budak lelaki berwajah jambu ini, ini gmbrnya:


sekali tgk mcm perempuan kan? Aku pun agak tak puas hati kenapa Master Mashashi buat watak ini jantinanya lelaki. Bukan aku ja..jom tgk ape reaksi Naruto bila dia tahu jantina budak laki ni:


hahaha!!!kesian Naruto..dlm bnyk2 perdebatan mengenai jantina sebenar Haku ni aku lebih percaya kpd ape yg diterangkan oleh Master Kakashi..pedulikanlah ape org ckp tntg dia ni sbb yg lebih mengetahui tentulah penulis dia sendiri ye dak..aku pun pelik ape motif Master Kakashi buat peminat2 dia kecewa mcm ni..mmg la akhirnya watak ni dimatikan tapi yang buat rasa meluat tu adalah hbgn dia dgn Zabuza yang boleh disalah tafsirkan mcm pasangan kekasih..yela walaupun Zabuza layan dia cam kuli je tp last2 depa bersama jgk ke alam barzakh..mati la maksudnya..mati sama2 pulak tu..hu2!! Ok la..kita ambil hal ni dari sisi positif. Mgkn Master Masashi nak tonjolkan konsep persahabatan yang erat dalam watak Haku dan Zabuza ni. Haku sanggup melakukan apa sahaja utk insan yang bernama bernama Zabuza ini. Ini pun selaras dgn satu hadis nabi:

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai dirinya sendiri" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

haa..faham dah sekarang?
Master Kakashi menggunakan konsep ini dalam menggambarkan hbgn antara kedua-dua watak ini walaupun dia mgkn tak pernah dgq pun hadis ni..Jadi malulah sikit wei dgn org kapir ni (moga2 dia dpt hidayah..amiin) yang lagi phm tntg hadis ni drpd kita org2 muslim. Jgn sbb awek kawan ditinggalkan..kalau kawan korang boleh pegang2 tgn..peluk2 (msti sama jntina la ea kalau x sama tu merepek ja)..awek boleh?? Ingatlah kawan2, sahabat merupakan antara harta paling berharga dalam hidup..tanpa mereka, hidup kita akan kesunyian..ini ada satu puisi aku cipta sendiri, copy right reserved ok..haha!!:

Hati wajib diisi dgn cinta agar ia tidak gersang,
cinta pada Allah agar hati tidak alpa,
cinta pada ibu bapa agar ia tidak buta,
cinta pada ilmu agar ia tidak gelita
dan...
cinta pada sahabat agar ia tidak kesunyian

arigato gozaimaso kerana sudi membaca..kalau rasa best komen la ea.. ^_^





Ceramah2 menarik Ustaz Kazim dan Ustaz Azhar

Assalamualaikum..
pemberitahuan di dlm blog ini ada memuatkan beberapa video ceramah pendek yg padat dan menarik dari Ustaz Azhar dan Ustaz Kazim..jadi sambil2 baca entri boleh la dgq ceramah sekali..bnyk pilihan ceramah mereka..just klik next pada music player dlm blog ini utk mengikuti ceramah2 itu atau tekan menu utk melihat semua koleksi ceramah tersebut...inilah sdkt sbnyk usahaku utk menjadi blogger yg berdakwah...sebarang kekurangan harap maaf..sesungguhnya yang baik itu dtg dari Allah..yg buruk itu juga dari Allah bersandarkan diriku yg lemah ini..arigato gozaimasu ^_^



May 3, 2012

Mimpi Aneh & Pengembala Kambing

Ada seorang pengembala kambing terkenal kerana sifatnya yang pemurah dan suka membantu org dlm kesusahan. Beliau juga sgt alim dan merendah diri. Tapi apa yang menghairankan penduduk kampung adalah, beratus-ratus kambing di dalam kandangnya tidak pernah berkurang walaupun pengembala menjual kesemua kambingnya itu. Penduduk kampung mentafsirkan kejadian ini untuk menganggap bahawa beliau adalah wali Allah. Satu hati penduduk kampung menjemput beliau menjadi imam dgn harapan mendapat berkat drpd sifat pemurah beliau. Pengembala pun mengimamkan solat itu namun apa yang menghairankan adalah pengembala itu hanya membaca surah Al-Fatihah dan surah lazim sahaja. Bacaan tajwidnya juga kurang baik. Selesai solat, semua jemaah merasa geli hati dan ada yang merasa kecewa kerana selama ini mereka menganggap pengembala itu seorang yang hebat tetapi merasa tertipu dgn kealimannya. Kerana tajwidnya kurang sempurna, meraka tidak lagi menganggapnya wali Allah. Pada malam itu,seluruh penduduk kampung mendapat mimpi yang sama. Mereka bermimpi didatangi oleh seorang lelaki yang tinggi lagi kacak. Lelaki tersebut memberitahu bahawa seumur hidup itulah kali pertama solat mereka semua diterima oleh Allah. Semua penduduk menangis selepas mereka terjaga dari mimpi itu. Esoknya, selepas solat berjemaah subuh di masjid mereka pun membicarakan hal tersebut. Semua mengadu mendapat mimpi yg sama. Mereka bercadang utk menemui pengembala kmbg itu namun alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati pengembala kmbg tiada di tempat tinggalnya malah apa yg menghairankan, kandang kambingnya turut ghaib sama. Penduduk berasa menyesal dgn tindakan mereka. Mereka sedar bahawa tiada siapa yg berhak mendahului Allah dalam soal menentukan amalan seseorang. Bahkan amalan mereka sendiri belum tentu diterima oleh Allah. Ingatlah wahai sahabat jgn cepat menilai seseorang melalui luarannya sahaja kerana mgkn sahaja org yg kita perlekehkan itu lebih mulia di sisi Allah. Di dalam sebuah Hadith Maqtu' yang berbunyi:

إن الله تعالى أخفى ثلاثا في ثلاث : أخفى رضاه في طاعته، وأخفى سخطه في معصيته، وأخفى أولياءه في عباده

"Sesungguhnya Allah menyembunyikan 3 perkara di dalam 3 perkara: Menyembunyikan keredhaanNya di dalam ketaatan yang dilakukan kepadaNya, menyembunyikan kemurkaanNya di dalam maksiat yang dilakukan kepadaNya dan menyembunyikan para walinya dari kalangan hamba-hambaNya".

May 2, 2012

Sendiri mau Ingatlah!

Mail yang bekerja sbg pengurus besar menggeletar apabila mendapat panggilan dari SPRM. Mail diminta hadir ke pejabat SPRM untuk disoal siasat.
Risau dgn penampilannya, Mail pun bertanya kepada setiausahanya apakah pakaian yang sesuai utk dipakainya sewaktu disoal siasat SPRM nnti?
Jawab setiausahnya, "Tuan pakailah pakaian yg buruk. Diorang akn ingat tuan miskin, tak bnyk harta!''
Kemudian Mail bertanya pula pada seorang rakan sejawatnya dan dia menjawab, "Ang pakai je smart, biaq nmpk bergaya. Kalau tidak nanti depa ingat ang berlakon pulak!"
Mail jd pening yang mana nak diikutnya. Mail jmpa pulak bosnya minta pndgn yg sama.
Bosnya senyum ja dgq cerita Mail lalu berkata," aku ada satu kisah. Alkisah ada seorang gadis rupawan yg kawin dgn sorang anak raja. Menjelang hari perkahwinan gadis itu tnya ibunya, apa pakaian terbaik utk dipakai pd malam pertama nnti. Lantas si ibu menyuruh anaknya memakai gaun tebal dan menutup auratnya. Kemudian si gadis bertanya pula pada rakannya hal yg sama. Sang rakan pula mencadangkan agar si gadis mengenakan gaun yg nipis, seksi dan tak cukup benang. Kisah gadis ni samalah dgn kisah kau," cerita bos Mail smbl tersenyum. Sambil garu kepala Mail bertanya apa kena mengena cerita gadis itu dgn dirinya. Jawab bos Mail," Eh, buat2 tnya pulak! Maknanya tak kira pakai apa pun kau tetap akan 'kena' jgk! Sendiri mau ingatlah!Hahaha!!

Umpama Segenggam Garam

Seorang guru sufi menemui muridnya yang asyik termenung dan berwajah murung.Sufi itu tersenyum apabila mendengar masalah yang diceritakan muridnya itu. "Nah! Ambil segelas air dan bubuh segenggam garam!" arah si guru sufi. Muridnya itu pun menurut arahan gurunya itu. "Cuba minum sedikit air itu sekarang;" arah guru itu pula. Si murid itu mencebik setelah meminum air itu kerana rasanya yang masin dan memualkan. Peliknya guru itu hanya tersenyum melihat gelagat muridnya. Muridnya itu masih pelik dengan arahan dan tindakan gurunya itu. "Nak..sekarang mari ikut ke tasik dan bawa segenggam garam lagi bersamamu!" kata guru sufi itu. Sampai di tasik, guru itu pun menyuruh muridnya itu melempar garam itu ke dalam tasik. Tanpa banyak soal muridnya itu terus melaksanakan arahan tersebut. "Sekarang cuba minum air tasik tersebut,'' arah gurunya itu lagi. "Owh, sungguh segar air ini" kata murid itu setelah meneguk air tasik tersebut. "Masih terasakah masin garam yang dilempar tadi?" tanya guru itu. Muridnya itu menggeleng-gelengkan kepalanya. "Ketahuilah olehmu wahai muridku, masalah hidup ini umpama segenggam garam. Banyak masalah hidup sudah dikadarkan oleh Allah sesuai dgn seseorang. Tiada seorang manusia waima seorang nabi terlepas dari penderitaan dan hidup," kata si guru. "Tapi penderitaan yg dialami itu bergantung pada besarnya kalbu (hati) yg menampungnya nak, supaya tidak rasa menderita berhentilah menjadi gelas, jadikanlah kalbu dalam hatimu sebesar tasik!"
Firman Allah dlm surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud: Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Ingatlah wahai sahabatku, sebesar mana pun penderitaanmu, bersabarlah melaluinya, La Tahzan Innallaha Ma'ana ( Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersamamu) ^_^


May 1, 2012

Hidup Pasca Matrikulasi

"Ape rancangan ang pas abis matrik ni wei?"tanya sorang kawan aku pas abis exam matrik.
"Actually bnyk la rancangan aku nak buat time cuti ni..aku nak amik lesen kereta, nak asah soft skill aku, nak keja..hmm..mcm2 lagi la.kan cuti lama dkt 4 bulan,takkan nak dok rumah besaqkan badan je ye dak?hehe..''begitulah lebih kurang jawapan aku kat org yg bertanya soalan ni pada aku.

Kalau diikutkan masa 4 bulan tu mmg mcm2 boleh buat,rasanya lebih kurang lama dia pas abis spm la..dulu pas spm aku rehat sekejap kat rumah..bulan 1 bru start cari keje,bulan 3 berenti n bulan 4 dan 5 membesarkan badan kat rumah..haha!!itulah first time badan aku nek n muka aku cam tembam sikit..ramai gak org yg dah lama tak jumpa aku pas spm tu terkejut tgk bdn aku,bkn tegap tapi mengembang..sikit je ok..tak la teruk sgt..haha!!So pas matrik ni aku cadang nak buat benda yang sama jugaklah atau tambah sikit mana yang patut ditambah..cthnya asah softskill mcm memasak ka..yela persediaan utk jadi org bujang n bila dan kawin nantikan..huhu!!I hope my matrik's result will be good so that i do not have to repeat for 1 more semester in KMK..bye KMK..although i said i love you i will never ever want to see u again..end is end and it will not be repeated..Ya Allah bantulah aku untuk melepasi ujian kelayakan ke universiti..amiin..eh lari dari tajuk pulak..so ape perancangan ang pa masa cuti ni?Pastikan ang pa semua dok buat aktiviti2 berfaedah naa..jgn dok makan tidoq..makan tidoq ja..rugilah masa muda ni kalau asyik dok guna utk buat benda tak berfaedah..ingatlah muda hanya sekali so kita bermujahadah la ye..ありがとうございます (thank you very much) for your reading ^_^



The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)