Projek Pemurnian Manga 7: Pemuda Yang Rindukan Syahid
Assalamulaikum dan salam sejahtera, aku mencari kesempatan di sebalik kesempitan waktu untuk menulis sesuatu juga dalam blog ini kerana aku ingin ini menjadi entri terakhir bagi tahun 2013. Memandangkan sekarang dah masuk musim peperiksaan akhir bagi kebanyakan universiti di Malaysia, aku tidak akan menulis panjang kerana aku juga nak belajar sebab nak hadapi final nanti, please pray for me and I will do the same for you guys, aamiin ya rabbal 'alamin. Baiklah, kalau stress study, apa kata luangkan masa korang sebentar untuk membaca Projek Pemurnian Manga aku yang ke 7: Ganjaran Berjuang Di Jalan Allah.
Begitulah sedikit sebanyak yang mampu aku kongsikan dalam projek manga aku kali ini. Kisah ini diinspirasikan dari cerita seorang sahabat nabi iaitu Khalid Al-Walid yang sangat mendambakan syahid namun tidak berhasil mendapatkannya. Badannya penuh dengan parut akibat peperangan namun dia tidak juga mati kerana itu. Sehinggalah pada saat kematiaanya, sewaktu dia terlantar sakit di rumahnya, sahabatnya datang menziarahinya dan memberitahunya agar tidak bersedih, sahabatnya berkata kepadanya, "Wahai Khalid Al-Walid, janganlah engkau bersedih kerana engkau tidak mendapatkan syahid, bukankah Rasulullah menggelarkanmu sebagai Pedang Allah. Pedang Allah itu tidak akan patah dan kerana itulah kau tidak pernah tewas di medan peperangan. Bergembiralah wahai sahabatku." Tidak lama selepas itu sakit Khalid Al-Walid semakin teruk dan akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya. Namun janji Allah itu pasti buat hambanya yang sentiasa bejuang menegakkan kalimah tauhid di dunia ini.
Anas ra berkata : Rasulullah SAW bersabda : Siapa yang minta mati syahid dengan sungguh-sungguh, akan diberi-Nya,walaupun ia tak mati terbunuh. (Riwayat Muslim.)
Semoga kita dapat mengambil manfaat daripada kisah ini walaupun disampaikan dalam bentuk yang santai sahaja. Begitulah berakhirnya entri terakhir bagi tahun 2013 ini. Aku memohon segala keampunan sekiranya sepanjang aku menulis dalam blog ini ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kepada yang bakal menduduki peperiksaan akhir, bittaufiq wannajah aku ucapkan dan aku juga mohon doa dari kalian juga untuk peperiksaan final yang bakal aku hadapi kelak. Jazakallah kerana membaca, jumpa lagi dalam entri seterusnya, entri tahun 2014 pula, wallahu'alam. ;)
komik asal: Naruto
idea asal: Masashi Kishimoto
sumber: www.mangareader.com
3 comments:
waow... nie cerita sungguh elok. pintar juga dalam berimagine, inspiratif. nice post. jgn lupa kunjungan balik di bilik awak http://avanoustic.blogspot.com/ thanks
terima kasih ^_^
perghh anime tegar ni hehe
Post a Comment