THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

July 2, 2014

Kasih Yang Membawa Petaka

KASIH YANG MEMBAWA PETAKA




Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah kerana tangan dan fikiran ini masih diberi kesempatan untuk menulis sesuatu dalam blog yang sudah sekian lama terbiar usang ini. Memandangkan sekarang sudah pun masuk musim cuti semester maka aku punya masa yang sangat banyak untuk update blog ini.

Kenal tak angpa dengan Ustaz Hazrizal Abdul Jamil? Beliau seorang ustaz dan perunding motivasi yang banyak memberi jalan kepada pembacanya untuk membuat pilihan dalam hidup. Buku-bukunya adalah seperti "Aku Terima Nikahnya", "Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu", "Secangkir Teh Pengubat Luka", "Rindu Bau Pohon Tin" dan "Murabbi Cinta". Aku suka kepada cara penulisan beliau yang santai dan banyak memberi contoh tauladan berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri untuk diadaptasi oleh para pembaca. Bila aku membaca buku "Murabbi Cinta" aku tertarik dengan salah satu bab dalam buku tersebut yang bertajuk "Kasih Ayah Membawa Ke Neraka". Agak pelik kerana yang selalu kita dengar adalah kasih ibu membawa ke syurga, mana mungkin pula kasih ayah membawa ke neraka?? Untuk tahu lebih lanjut eloklah korang teruskan pembacaan entri ini yang diambil dari apa yang diceritakan oleh Ustaz Hasrizal dalam bukunya itu.

Tragedi 23 Mac 1994 memberikan teladan yang lebih dasyat. Berita mengenai pesawat Aeroflot penerbangan 593 dari Moscow ke HongKong. Penerbangan Kebangsaan Rusia ini memang mempunyai reputasi keselamatan yang teruk. Ia sering menjadi bahan senda gurau, terutamanya kepada anak-anak Malaysia yang pulang bercuti dengan bajet rendah.

Kejadian 23 mac 1994 menjadikan segalanya bukan lagi satu gurauan. Juruterbang yang mengendalikan pesawat Airbus A310 itu, Yaroslav Kudrinsky, membawa bersama dua anaknya bercuti ke HongKong kerana Aeroflot ketika itu menawarkan diskaun untuk kakitangan membawa ahli keluarga terbang ke mana-mana destinasi dunia. Aeroflot pula ketika itu sedang rancak dengan kempen rebranding mereka pasca kejatuhan Soviet Union.

Penerbangan itu adalah penerbangan yang penuh kasih sayang. Si bapa amat teruja membawa anaknya Yana dan Eldar pergi bercuti. Kedua-duanya seronok duduk dibelakang, gembira dan berasa bangga kerana pesawat yang mereka naiki dipandu oleh bapa mereka seendiri. Namun, keseronokan itu diperpanjangkan lagi dengan lawatan mengejut Yana dan Eldar yang ditemani bapa saudara mereka ke cookpit di hadapan. Mana-mana sahaja penumpang, pasti ghairah untuk masuk ke bilik kawalan pesawat. Segala peralatan yang canggih juga pemandangan dari tingkap depan pesawat, ia sangat ekslusif. Yana dan Eldar bertuah berbapakan seorang juruterbang. Yaroslav sangat menjiwai dirinya sebagai seorang bapa. Lantas beliau bertindak diluar jangkaan.

Kasihnya sebagai seorang bapa, telah membawa dia menawarkan tempat duduknya kepada Yana. Anak perempuannya itu sangat gembira. Tetapi Yana sekadar menyentuh kolum kawalan. Apabila Yaroslav mengajak anak lelakinya Eldar mengambil tempat Yana, dia begitu gembira dengan pelawaan ayahnya. Yaroslav terlupa bahawa pesawat itu sedang memecut pada kelajuan ratusan kilometer sejam. Lupa kepada posisi pesawat yang berada pada ketinggian puluhan ribu kaki dari paras bumi. Lupa kepada nyawa manusia yang dipertaruhkannya.

Eldar telah menolak kolum kawalan dengan kuat dan tindakannya itu menyanggah sistem autopilot selama 30 saat. Apa yang tidak diketahui sesiapa, tindakan Eldar itu sebenarnya telah memutuskan pesawat daripada sistem autopilot yang mengawal penerbangan.

Biarpun lampu amaran telah menyala, tiada sesiapapun yang emnyedarinya kerana nyalaan itu berlaku tanpa bunyi amaran. Kecuali Eldar. Dia telah memanggil bapanya dan ketika itu semua orang tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.

Pesawat telah membelok setajam 45 degree dan terus-menerus membelok. Kesan g-force telah menghalang Yaroslav untuk kembali ke tempat duduknya dan memegang kembali kolum kawalan pesawat. Setelah puas berusaha, akhirnya Yroslav dan pembantunya berjaya mengawal pesawat, tetapi kedudukannya terlalu rendah hingga tidak mungkin ia diselamatkan. Airbus A310 bersaiz gergasi itu menjunam dan terus menjunam.

Penerbangan Aeroflot 593 terhempas di pergunungan Siberia membunuh kesemua krew dan penumpang. Tujuh puluh lima nyawa maut dalam pelukan kasih sayang seorang bapa yang bernam Yaroslav. Sesungguhnya dalam kejadian yang amat dasyat itu, kasih sayang bapa benar-benar membawa ke ‘NERAKA’

Semoga  menjadi iktibar untuk semua.



Begitulah sedikit sebanyak kisah yang boleh aku muatkan dalam entri kali ini. Ingatan kepada yang selalu naik pesawat tu kalau boleh jangan lupa dengar taklimat keselamatan sebelum pesawat berlepas, lagipun pramugari pun yang cantik-cantik yang buat demo. Bukan apa, takut nanti berlaku kecemasan tak la kita jadi kelam kabut atas pesawat tu sampai menyusahkan orang lain pulak. Rasanya itu sahajalah entri untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi pada masa yang akan datang, insyAllah. Selamat menjalani ibadah puasa dan kejarlah pahala yang berlipat kali ganda dalam bulan yang penuh berkat ini, jazakallah kerana membaca,  wallahu'alam. ^-~

buku asal: Murabbi Cinta
idea asal: Hasrizal Abdul Jamil 
sumber: saifulislam.com, 
http://assyakura.blogspot.com


No comments:

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)