THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

July 16, 2013

Suami Isteri, Gincu, Gelas & ............

Suami Isteri, Gincu, Gelas & ............

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam entri yang seterusnya ini dan pastinya semua orang sedang berada dalam mood Ramadhan Kareem sekarang. Pastikan kita menjaga amalan kita sepanjang berpuasa ini agar puasa kita mendapat ganjaran setimpal daripada Allah dan bukan hanya mendapat lapar dan dahaga.
Hari ini aku nak tulis tentang satu sunah Nabi Muhammad saw yang pastinya ramai orang tidak tahu. Beberapa perkara diperlukan untuk mengikut sunah Nabi yang satu ini. Apa yang diperlukan adalah seperti berikut:

1)

Suami / Isteri


Sunah nabi yang ini hanya boleh dilakukan sesama suami isteri sahaja. Jadi bagi yang belum berkahwin itu aku minta maaf sebab belum masanya untuk korang lakukan sunah ini. Kalau korang buat dengan makwe atau pakwe korang, itu bukan sunah dah namanya, itu menempah dosa sahaja. Eh, nak tutup dah ke blog ni? Rileklah kawan, walaupun korang belum kahwin apa salahnya korang baca dulu entri ini sampai habis, mungkin korang boleh praktikkan pada masa hadapan, mana tahu kan, hehe!!


2)

Gincu Bibir

Gincu bibir ini hanya untuk para isteri sahaja jadi si suami jangan pandai-pandai nak pakai jugak ye!! Warna gincu tak kisah merah, biru, hijau atau warna apa sekalipun asalkan bibir anda bergincu itu sudah cukup untuk menjayakan sunah ini. Kalau yang membaca entri ini adalah para suami, mungkin anda boleh ke kedai selepas ini belikan isteri anda gincu, hehe!!


3)

Gelas Kaca



Gelas kaca ini hanya sebagai satu pilihan. Kalau nak guna cawan plastik biasa pun boleh jugak tapi kalau guna yang ini, lebih senang nak menjayakannya. Nampak pelik kan? Apa kaitan suami / isteri, gincu dan gelas? Hahaha!! Baca lagi sampai habis untuk tahu jawapannya. Owh dalam hal ini, satu gelas sahaja sudah cukup untuk ikut sunah ini. Satu sahaja ok.





Sudah ada semua perkara yang diperlukan untuk menjayakan sunah ini?  Sekarang apa yang perlu dibuat? Ikutilah langkah-langkah di bawah ini:

1) Bagi si isteri, bancuhlah air yang sedap-sedap sikit dan tuang dalam gelas kaca tadi. Barulah suami tengok berselera sikit, kalau bagi air kosong sahaja tak syoklah kan? Kalau si suami nak tolong buatkan air pun tak mengapa, baru sweet. :)

2) Janganlah lupa pakai gincu pulak, baru nampak cantik di mata suami dan senang nak menjayakan sunah ini.

3) Siap tuang air ke dalam gelas kaca tadi, bawalah gelas tersebut pada suami / isteri anda. Minum tu jangan lupa baca bismillah pulak. Eh nanti, bagilah isteri anda minum dulu, baru suami pulak yang minum.

4) Haa, sekarang selepas anda bagi isteri anda minum, baru anda akan nampak apa fungsi gincu dan dan gelas kaca tadi. Tak faham lagi? Inilah yang akan jadi bila anda bagi isteri anda minum guna gelas kaca tadi dengan bibirnya bergincu:


Gelas itu sudah ada tanda gincu isteri anda :)


5) Langkah terakhir untuk menjayakan sunah ini adalah anda iaitu para suami minumlah air tersebut menggunakan gelas yang sama dan minumlah dengan meletakkan bibir anda di tempat yang sama bekas gincu isteri anda berada. Wah tahniah, anda telah pun menyempurnakan salah satu daripada sunah Nabi Muhammmad saw!!! Masih tidak faham lagi? Baca hadis di bawah ini:


Aisyah berkata, “Aku pernah minum. Saat itu aku sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Nabi Muhammad SAW (dari bekas yang sama), di mana Baginda menempelkan mulutnya sama di tempat bekas aku minum, lalu Baginda minum. Pernah pula aku makan daging yang tersisa dari tulang dengan menggigitnya, sedangkan aku dalam keadaan haid. Kemudian aku memberikan daging itu kepada Rasulullah, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada bekas mulutku.” (Riwayat Muslim)


Senang bukan untuk mengikuti sunah baginda saw. Kehidupan baginda penuh dengan teladan termasuklah dalam kehidupan berumah tangga baginda yang dibangunkan atas dasar yang kukuh berdasarkan nilai-nilai murni dalam Islam. Sebenarnya banyak lagi sifat-sifat romantis Nabi Muhammad yang boleh kita jadikan teladan dalam berumah tangga ( err.....i mean bagi yang dah kahwin la...haha!! ), barulah perkahwinan tersebut kekal ke alam syurga, insyaAllah. Kalau korang nak tahu lagi bagaimana sifat-sifat kemuliaan nabi dalam alam rumah tangga yang lain silalah klik link di bawah ini, mungkin korang juga praktikkan untuk meniti alam perkahwinan nanti, hehe!! :



http://psipum.org/sisi-kehidupan-rasulullah-saw-sebagai-suami/



Dah klik? Macam mana pendapat korang? Nabi kita sangat sweet dan romantis kan? ~_~ Sampai di sini dahulu entri aku buat kali ini, semoga berjumpa lagi dalam post-post yang akan datang, selamat berpuasa dan terima kasih kerana membaca. ^_~






6 comments:

Nora Karim said...

Rasulullah SAW memang seorang yang romantik dan sweet... ^_^ saya pun selalu juga buat sunah ni...

hafiz said...

wah tahniah puan nora...teruskan ikut sunah nabi, insyaAllah bahagia hingga ke syurga :)

OmmaWany said...

orait.b4 kawen aq p beli stock gincu..mlm guk aq bgtw bkl laki aq..hehe..thnx bro :)

hafiz said...

tak lama dah la ni nak kahwin? tahniah!!! ^_^

mselim3 said...

Assalammualaikum...

wahh..bagus entry nie...

mselim3

pls: entry yg penuh dengan makna tersendiri...

hafiz said...

waalaikumsalam..terima kasih ye :e

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)