Setahun Di Bumi Kenyalang Sarawak (Part 1)
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian. Alhamdulillah pada tanggal 18 Jun 2013 yang lalu aku secara rasminya telah menamatkan pengajian aku sebagai pelajar tahun pertama di UNIMAS. Banyak sekali perkara yang telah berlaku sejak kali pertama aku datang ke sini setahun yang lalu. Bermula dengan tak tahu apa-apa perkara langsung mengenai bumi kenyalang ini, aku sudah mula dapat menyesuaikan diri dengannya dan tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa aku sendiri sudah jatuh cinta dengan tempat ini...wakaka!!!
Sesungguhnya setahun yang dilalui sebagai pelajar universiti amat mematangkan aku untuk menghadapi dunia yang mendatang. Dalam masa setahun juga banyak tempat-tempat menarik sekitar Kuching telah aku lawati. Kepada mereka yang tidak pernah datang ke Sarawak, berikut adalah antara tempat-tempat menarik untuk korang pergi jelajah:
1) Kuching Waterfront:
Terletak di tengah-tengah bandar Kuching, tempat ini adalah tempat yang wajib dilawati sekiranya korang datang ke Sarawak. Antara perkara menarik yang boleh korang buat di sini adalah menaiki river cruise merentasi Sungai Sarawak. Buaya ada tak? Hehe...kalau korang nasib baik mungkin boleh nampak la spesies tu semasa naik river cruise ni tapi setakat ni tak adalah lagi kes orang terserempak dengan buaya di waterfront tu. Kalau nak naik kapal yang cantik dan siap boleh makan-makan dekat atas tu, korang kena belanja lebih sikit tapi kalau nak naik bot-bot kecik untuk merentasi Sungai Sarawak ni, tambangnya hanya
RM 0.50 satu kepala. Apa yang ada di seberang? Haa...di situlah tempat tumpuan pelancong dari luar untuk mendapatkan kek lapis Sarawak dan ikan terubok masin. Aku tak pernah beli lagilah ikan terubok tu tapi kek lapis tu adalah jugak sebagai buah tangan sebelum pulang ke semenanjung. Harga tak mahal pun, satu kek lapis tu harganya dalam RM 10 je...kalau korang beli banyak, dia akan bungkus dalam kotak lagi untuk korang bawak balik nanti.
Belakang tu adalah Bangunan Dun Sarawak |
Kalau naik bot kecik ni harganya RM 0.50 sekali naik |
Kek Lapis Sarawak, yummy2 ^_^ |
2) Kolam Air Panas:
Bagi yang sudah jemu mandi di kolam-kolam biasa, apa kata korang beranikan diri jejakkan kaki ke kolam air panas yang terdapat di sekitar Kuching. Selain baik untuk kulit, badan korang juga akan rasa sangat segar selepas mandi di kolam itu. Tapi hati-hati, jangan terus terjun sebab korang sendiri akan menderita kepanasan nanti, hahaha!!! Turun perlahan-lahan dan celup badan korang satu persatu, mula-mula memang panas tapi bila dah lama sikit, pasti korang akan dapat menyesuaikan badan korang dengan suhu air di kolam tersebut. Kalau di Kuching ni, ada dua dah kolam air panas yang dah well establish iaitu Kolam Air Panas Panchor dan Kolam Air Panas Annah Rais.
- Kolam Air Panas Panchor:
Kolam Air Panas Panchor ni dah selalu sangat aku pergi sebab aku ada projek di kolam air panas ini bersama ENACTUS UNIMAS untuk meningkatkan lagi jumlah pengunjung dan perkhidmatan yang disediakan di kolam air panas tersebut. Kami dah rancangkan pelbagai aktiviti untuk menaikkan lagi nama kolam air panas ni agar setanding dengan kolam air panas lain dekat Malaysia. Inilah antara perkara yang telah kami buat di kolam air panas itu:
Cheer-Up Panchor |
Kerja-kerja membuat board Panchor |
Customer Testimonial Board |
Board AJK Kolam Air Panas Panchor |
"Kau tidak melihat sekali-kali pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah, sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" (Surah Al-Mulk, ayat 3)
Pergilah menjelajah dan kagumi serta bersyukurlah atas segala keindahan alam yang dijadikannya, juga bersyukurlah kerana kita masih ada mata untuk melihat keindahan alam ini. Kisah ini akan bersambung, insyaAllah, terima kasih kerana membaca, wallahua'lam. :-)
4 comments:
ohh kau unimas ke? haha ade spe2 aku knl ke kt sne?
baru tahu ka? haha...ada ja...elia farhana dkt unimas jugak XD
dua-dua kolam air panas ni tak pernah pergi. haha
xpa...sem depan explore ea...lama lagi di sarawak kan...hehe!!
Post a Comment