THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

June 2, 2013

Ibuku Owh Ratu Hatiku


Ibuku Owh Ratu Hatiku



Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah sekali lagi kita berjumpa lagi dalam entri kali ini. Aku cuba jugak untuk siapkan entri terakhir untuk bulan ni walaupun mengalami masalah kekeringan idea yang sangat kronik. Entri ni sebenarnya siap pada 11.40 malam, 31 Mei 2013, tapi disebabkan masalah sambungan internet di kolej ini, entri aku ni dah expired selama dua hari dan sekarang pun dah masuk bulan Jun bila aku publish entri ni. Tapi tak apalah, kita stick je dulu pada point sebenar entri ni ditulis ok. Bulan Mei merupakan bulan yang sangat istimewa sebab banyak sambutan yang yang berlangsung pada bulan ini. Bermula dengan hari pekerja, hari guru, hari ibu, semuanya sambutan untuk meraikan mereka yang telah banyak berjasa dalam hidup kita. Tanpa ada orang yang bekerja terutamanya ayah kita, pasti hidup kita akan susah, tanpa guru sudah tentu kita hidup dalam gelita tak berilmu dan tanpa ibu, siapalah kita di dunia ini. Hari ni fokus aku bukanlah mengenai kesemua insan di atas tadi tapi aku nak sentuh lebih kepada ibu.

Ada yang mengatakan sambutan hari ibu tu haram untuk diraikan. Kalau betul macam tu, tak payah sambut langsung la hari ibu, kan senang, semua benda nak diharamkan. Sebenarnya soalan ni ada ditanya pada Ustaz Azhar Idrus, dia cakap, kalau mung nak sambut hari ibu sambutlah, tapi kalau takut rosak akidah, lebih baik tinggalkan. Bagi aku, kenapa mesti ada spesifik hari untuk meraikan ibu kita sedangkan hari-hari dia menjaga kita sudah tidak terhitung banyaknya dan jika kita hanya mengambil masa setahun sekali untuk meraikan mereka, tidak mungkin dapat menyamai dengan hari-hari yang mereka sudah lalui untuk membesarkan kita.

Kasih sayang seorang ibu tiada tolok bandingnya. Mereka menanggung seribu satu kepayahan sewaktu mengandungkan kita ke dunia ini, bertarung nyawa semasa melahirkan dan menyembunyikan penat lelah dalam proses membesarkan kita. Jika ditanya, siapakah yang lebih disayangi di antara ibu dan ayah pada seorang anak kecil, pasti dia akan memberikan jawapan bahawa dia lebih menyayangi ibunya kerana insan yang lebih rapat dan yang lebih menzahirkan rasa kasih sayang pada anak-anakya adalah ibu. Ini bukan bermakna ayah tidak disayangi oleh anak-anaknya dan bukan pula dia tidak menyayangi anak-anaknya, namun kasih sayang seorang ayah itu dizahirkan melalui cara yang sukar ditafsirkan oleh seorang anak kecil. InsyaAllah dalam entri yang akan datang aku akan ulas mengenai cara si ayah menyayangi anak-anaknya pula, walaupun sangat berbeza dengan cara si ibu, tapi itulah ayah kita, so wait in patience la ye entri tu keluar, hehe!!

Terlalu banyak hadis-hadis nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang menyeru kita agar sentiasa menghormati dan menjaga adab-adab kita dengan ibu kita. Selain itu, filem dan drama-drama seluruh dunia juga banyak yang menyentuh tentang kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu. Jadi di sinilah, aku nak menyarankan pada sesiapa yang membaca blog ini, hargailah ibu anda kerana mereka tiada galang-gantinya dan jika mereka sudah tiada nanti, tidak akan sama lagi perasaan yang kita rasa ketika kita bersamanya. Malah, pasti ada yang mengharapkan agar masa boleh diundur kembali agar punya kesempatan untuk menabur sepenuh bakti pada ibunya. So, aku harap lepas korang baca entri ni, bagi sesiapa yang belum katakan pada ibunya yang dia amat sayang pada ibunya, pergilah beritahu kalimah keramat tu pada ibu korang, insyaAllah hidup korang akan lebih diberkati selepas itu kerana syurga itu terletak di bawah tapak kakinya. Bagi yang sudah tiada ibu, jangan pernah putus berdoa agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sebelum aku menutup entri aku kali ini, aku tinggalkan korang dengan satu kisah menyayat hati yang berlaku di China sekitar tahun 2008, hayati dan fikir-fikirkanlah, owh ibu kaulah ratu hatiku, terima kasih kerana membaca, wallahua'lam.






Ini Kisah Benar T_T




2 comments:

Unknown said...

mmg menyayat hati. kasih ibu pd anaknya tiada tandingan. :)

hafiz said...

benar...setuju sekali dengan kamu nur aqilah, hargailah ibu kita seadanya. =)

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)