Dasar Tak Tahu Diuntung!!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berjumpa lagi dalam entri kali ini yang terpaksa ditulis dalam keadaan yang tergesa-gesa jugak kerana kekurangan masa untuk study memandangkan exam final sudah pun menjelang tiba. Study masih lagi keutamaan aku tapi blog tetap kena update, haha!!
Tanpa sedar dah dua semester aku di UNIMAS dan bermacam ragam orang yang aku dah jumpa kat sini. Ada yang baik hati, ada yang suka tolong orang lain, ada yang suka bergosip dan tak kurang jugak pasti ada yang suka menyakitkan hati kita. Aku bukan nak cerita pasal semua tu sekaligus kali ini tapi aku hanya nak fokus pada yang suka menyakitkan hati aku je.
Bagi aku salah satu perkara yang paling aku tak suka pada seseorang tu adalah bila dia berniaga tapi tak tahu nak hargai pelanggan dia. Aku bukan nak cakap besar tapi aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku sendiri selama dua semester mengendalikan lajnah ekonomi masa di matrikulasi dahulu. Walaupun penat dan sibuknya kita sebagai peniaga, jangan pernah kita abaikan orang yang datang berkunjung ke gerai atau kedai kita. Di sini aku boleh aku senaraikan beberapa perkara yang harus kita amalkan bila kita bergelar seorang peniaga:
1) Sepatutnya sebagai seorang peniaga, kita perlulah sentiasa memaniskan wajah dan jangan sekali-kali buat muka kelat bila orang datang berkunjung ke tempat jualan kita. Bukankah senyuman itu satu sedekah dan insyaAllah, bila kita bersedekah rezeki kita jugak nanti yang murah. Ini orang datang kedai kita muka masam je, orang yang masuk tu pun teragak-agak nak beli atau bertanya barang yang dia nak dari kita, nak tanya takut kena marah, nak cari tak tahu tempat, salah siapa sekarang bila dia pergi dari kedai atau gerai kita tanpa beli apa-apa? Haa..kan dah rugi!!
2) Sebagai peniaga, jangan malas untuk menjawab apa juga soalan yang diajukan oleh pelanggan kita. Adalah lebih baik kita dulu yang menyapa mereka yang datang ke tempat jualan kita. Apabila kita buat begini, kita akan memberikan anggapan pertama terbaik atau kata orang putihnya first impression yang baik la pada pelanggan kita tu. Aku pun suka bila peniaga tegur aku bila kita pergi kedai dia, sekurang-kurangnya kita rasa jugak dihargai walaupun kita hanyalah nak beli gula-gula yang harganya RM 0.20. Kesannya, pasti pelanggan tu akan datang lagi ke tempat jualan kita pada masa akan datang sebab dia dah kenal kita dan kita pun dah kenal dia. Best kan macam tu. =)
3) Jangan menipu dalam berniaga. Macam mana perniagaan nak berkat kalau asyik menipu pelanggan je kerjanya. Selalu yang jadi mangsa penipuan ni pelanggan setia kedai runcit la, budak-budak kecik umur lima enam tahun. Bila dia tanya berapa harga gula-gula yang kita sebenarnya tahu RM 0.10 satu, kita cakap pada dia yang harganya RM 0.30 satu. Melampau sungguh peniaga-peniaga yang macam ini. Walaupun keuntungan yang diambil hanyalah RM 0.20, ianya tetap tidak berkat dan haram bagi peniaga itu untuk mengambilnya. Bayangkanlah kalau ada 100 orang budak yang bertanya dan 100 orang tu kita tipu, dah berapa banyak kita kaut untung?? Nsib baiklah kalau budak tu membesar jadi budak yang baik, mungkin dia akan maafkan kita tapi...kalau dia jadi membesar jadi gangster dan tahu kita pernah tipu dia, siapa yang naya nanti? What goes around comes around man atau lebih senang maksudnya you get back what you give man!! Apatah lagi kalau kita menipu dalam timbangan, perkara tu lagi dilarang oleh Allah dalam Al-Quran:
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. (Surah al-Mutaffifin 1-3)
4) Ini bagi aku adalah perkara utamalah yang perlu diamalkan dalam berniaga. Apakah dia benda yang selalu kita terlepas pandang ni? Senang sahaja, hanya dua perkataan yang akan buat pelanggan kita rasa puas kerana dah mengadakan jual beli dengan kita. Apa dia? Dua perkataan je, TERIMA KASIH, susah sangat ke nak ucap? Ingat orang senang-senang nak datang ke kedai kita sedangkan dalam dunia ni ada berjuta-juta lagi kedai yang lagi bagus dari kedai kita. Tapi sedarkah kita, dalam sejuta tu kedai kita yang terdetik di hatinya untuk melangkah masuk dan membeli sesuatu daripadaya. Sebenarnya bukan dalam berniaga sahaja, asalkan ada sahaja orang yang buat baik pada kita, tak salah untuk kita ucap terima kasih. Ucapan yang sangat bermakna ini punya kesan yang sangat besar. Jika ada orang yang berbudi pada kita, sekadar mengucapkan terima kasih sudah cukup untuk kita menghargai kebaikkannya dan jika kita tidak membalas budi itu juga tidak mengapa kerana kita sudah pun memberikan kepuasan hati kepada orang yang berbudi pada kita tadi dan pastinya dia tidak kisah sama ada kita membalasnya atau tidak. So kembali kepada konsep berniaga tadi, ucapkanlah terima kasih kepada pelanggan kita kerana mereka sebenarnya telah berbudi pada kita dengan menjejakkan kaki ke kedai kita walaupun tidak membeli apa.apa.
Rasanya cukuplah sekadar ini coretan aku buat kali ini. To be honest, ini sebenarnya entri lepas geram disebabkan oleh sikap segelintir peniaga yang aku jumpa sepanjang aku hidup ni yang boleh aku ibaratkan macam tak reti bersyukurlah. Apa mereka buat kat aku?? Baca semula empat perkara di atas kalau korang nak tahu, salah satunya, atau duanya atau semuanya sekali mereka pernah buat sepanjang aku berurusan dengan mereka. Kalau jumpa dengan orang macam ni aku nasihatkan korang bersabarlah dan doakan semoga mereka berubah pada masa akan datang. Sekian, semoga berjumpa lagi dalm entri seterusnya, all the best final exam!!! Untuk semua dan untuk aku jugak sebenarnya, hehe!! Assalamualaikum dan TERIMA KASIH, ARIGATO GOZAIMASO kerana sudi datang dan membaca blog aku ini. Wallahua'lam. =)
Rasanya cukuplah sekadar ini coretan aku buat kali ini. To be honest, ini sebenarnya entri lepas geram disebabkan oleh sikap segelintir peniaga yang aku jumpa sepanjang aku hidup ni yang boleh aku ibaratkan macam tak reti bersyukurlah. Apa mereka buat kat aku?? Baca semula empat perkara di atas kalau korang nak tahu, salah satunya, atau duanya atau semuanya sekali mereka pernah buat sepanjang aku berurusan dengan mereka. Kalau jumpa dengan orang macam ni aku nasihatkan korang bersabarlah dan doakan semoga mereka berubah pada masa akan datang. Sekian, semoga berjumpa lagi dalm entri seterusnya, all the best final exam!!! Untuk semua dan untuk aku jugak sebenarnya, hehe!! Assalamualaikum dan TERIMA KASIH, ARIGATO GOZAIMASO kerana sudi datang dan membaca blog aku ini. Wallahua'lam. =)
No comments:
Post a Comment