THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

February 19, 2013

Susahnya Nak Solat....

Susahnya Nak Solat....




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, alhamdulillah diri ini sudah selamat berada kembali di bumi Sarawak selepas hampir sebulan berehat di rumah. Pastinya semester ini akan lebih mencabar buat diriku dan angpa semua juga yang bergelar mahasiswa universiti. Apa yang boleh aku nasihatkan dan sarankan jangan pernah putus asa dengan apa yang sedang angpa buat la ni walaupun result semester lepas macam hampeh. Bagi yang berjaya tu, tahniah la aku ucapkan dan semoga terus lagi sukses selepas ni.
Entri kali ni nak sentuh pasal solat. Mungkin ramai yang sangka benda ni dah biasa sangat orang tulis dan kalau baca pun isi sama je tapi apa salahnya korang teruskan dulu baca dan pastu kalau nak bla pun bla je la, haha!!
Sebagai seorang muslim pastinya tidak tak terlepas daripada kewajipan menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Tak kiralah sesibuk mana pun seseorang tu kalau dia sudah bergelar muslim maka dia wajib sembahyang. Untuk mereka yang rajin menunaikan solat lima waktu sehari semalam, aku ucapkan tahniah dan semoga korang teruslah istiqamah dalam melaksanakan kewajipan itu. Bagi yang jarang-jarang atau kadang-kadang solat, aku bagi amaran, berjaga-jagalah, angpa sedang hidup dalam lingkaran dosa dan kemurkaan Allah.
Mungkin ramai yang pernah dengar bahawa solat itu tiang agama dan siapa yang meninggalkannya ibarat meruntuhkan agama. Malah di akhirat kelak juga perkara pertama yang akan dihisab adalah solat kita, jika sempurna solat kita maka akan sempurnalah semua amalan kita namun jika rosak solat, maka seluruh amalan akan ditolak. Sedih juga aku lihat bila ramai remaja sekarang ni sudah banyak yang mengambil ringan tentang solat walaupun dalam IC mereka tertera bahawa mereka beragama Islam. Bagi yang malas sangat nak sembahyang tu mari kita ambil iktibar daripada kisah mereka di bawah ini:

1) Narathiwat ( Selatan Thailand) :



"Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin.  Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.  Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing.  Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat.

2) Syria:



Di negara yang sedang bergolak ini solat sama sekali telah diharamkan dan mereka yang solat akan dianggap sebagai pengganas. Jika angpa dapat solat di Syria, angpa sudah dikira sangat beruntung kerana undang-undang ini menafikan sekeras-kerasnya hak anda sebagai seorang muslim. Malah di universiti-universiti dan dan jabatan-jabatan kerajaan memang tak boleh solat langsung. Jika ditangkap maka akan diseksa dan jejak angpa akan hilang begitu sahaja tanpa seorang pun yang tahu apa nasib angpa selepas itu.

3) Palestin:


Langsung tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya pada hari ini apabila umat Islam yang setiap kali hendak beribadat dan solat lima waktu di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel akan mengenakan cukai sembahyang AS$7 (kira-kira RM21) sekepala. Jika tidak, mereka dengan gembira akan menghalau umat Islam daripada memasuki masjid tersebut. Apabila sekatan demi sekatan mereka kenakan, akhirnya Masjid Al-Aqsa tidak lagi dikunjungi oleh umat Islam kerana tentunya mereka tidak mampu untuk membayar cukai yang tidak masuk akal itu. Akhirnya apabila tiada lagi umat Islam ke masjid itu, ia akan dijadikan alasan oleh rejim Israel untuk mengambil alih dan seterusnya merobohkan masjid tersebut untuk dibina Kuil Haikal (Solomon Temple) yang kononnya terletak di tapak Masjid Al-Aqsa tersebut.


Tujuan aku memberikan tiga kisah di atas adalah untuk membuka mata mereka yang masih tidak mahu menunaikan solat bahawa beruntungnya kita berada di Malaysia ini kerana kita bebas untuk melakukan solat tidak kiralah secara bersendirian mahupun secara berjemaah. Bayangkan sekiranya kita hidup di salah satu daripada negara di atas yang solatnya sentiasa diancam dan diperlekehkan oleh puak-puak kafir, adakah kita masih akan tetap menunaikan solat. Jika TIDAK adalah jawapan yang angpa bagi, angpa patut malu dengan diri angpa sendiri kerana inilah yang mereka buat walaupun nyawa terancam sekalipun :









Sekiranya angpa dah baca entri ni dan masih lagi rasa malas nak solat, satu je lagi pesan yang boleh aku bagi:

SOLATLAH WALAUPUN TERPAKSA!!

Semoga berjumpa lagi dalam post yang akan datang, syukran jazilan, jazakallahu khairan kathira.

2 comments:

seribu pilihan said...

terharu tengok gambar..solat dimana2..allah maha melihat apa yg kita kerjakan...

hafiz said...

Sedih pulak bila tgk Malaysia ni aman damai tapi orangnya tak nak solat pun =_='

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)