Projek Pemurnian Manga 4: Belajarlah Untuk Memaafkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kita berjumpa lagi dalam entri kali ini yang kembali memaparkan projek pemurnian manga dengan tajuknya "Belajarlah Untuk Memaafkan". Sebenarnya kalau diikutkan perancangan asal ada idea lain untuk dicoretkan dalam entri kali ini tapi tiba-tiba pulak idea ni muncul secara tiba-tiba jadi layan je la dulu ye...baca dari kanan ke kiri. ^_^
Begitulah entri aku untuk kali ini, ringkas dan padat namun diharapkan dapat memberikan manfaat walaupun sedikit kepada yang membacanya. Sesungguhnya Allah itu amat pemaaf tidak kiralah setinggi mana pun dosa yang kita lakukan terhadapNya asalkan kita bertaubat nescaya dosa kita akan diampunkan. Jika Allah selaku pemilik alam ini bersifat sebegini apatah kita ini yang hanyalah hambaNya yang hina tidak perlu mempunyai sifat mulia ini? Siapa kita berbanding Allah untuk menghukum seseorang daripada memaafkan individu tersebut? Jika susah sangat nak bersemuka dan maafkan dia, yela mungkin terlalu besar kesalahan yang dia buat pada kita, ikut je macam lagu Jamal Abdillah ni:
Aku maafkan kamu...
Tak perlu kita bertemu...
Cukup ku tahu...
Yang aku maafkan kamu...
Tolong teruskan hidup...
Jangan sebut namaku...
Sampai di sini sahaja buat kali ini, semoga kita bertemu lagi dalam entri seterusnya, terima kasih kerana membaca, arigato gozaimaso. :)
2 comments:
ko naruto sokmo. hehe
bagi la idea kalau ada komik lain yang boleh aku ejas XD
Post a Comment