Review Buku: Aku Bercerita
Assalamualaikum dan kita berjumpa lagi dalam entri pertama tahun 2013 ni. Alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan untuk mengemaskinikan blog ini di sebalik kesempitan yang dialami terutamanya yang melibatkan exam final semester. Sekarang cuti semester sudah pun bermula dan apa kata kita isi masa cuti yang kita ada ini dengan aktiviti yang berfaedah dan mampu mencergaskan minda sebelum kita melangkah masuk ke semester baru yang lebih mencabar.
Sebenarnya dah lama aku nak tulis review pasal buku-buku yang pernah aku baca tapi kalau nak review semua mungkin blog aku akan penuh dengan entri pasal benda-benda tu jak sebab aku memang minat membaca (bukan riak) dan aku pun tak tahu berapa banyak buku dalam setahun aku boleh habiskan. Kalau dulu ada kajian yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia ni hanya membaca dua muka surat dalam setahun maka aku yakin 100% aku tak termasuk dalam golongan yang macam tu.
Ok, sekarang kita berbalik semula pada tajuk utama kita kat atas pasal review buku "Aku Bercerita". Buku atau lebih tepat lagi novel ini ditulis oleh novelis thriller nombor 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid (RAM). Banyak dah koleksi novel beliau yang aku ada dan boleh aku katakan setiap karya beliau yang aku baca membuatkan aku rasa "wow!! macam ni punya cerita pun orang boleh tulis!!"
Novel ni merupakan karya terbaru dari RAM dan aku berusaha untuk mendapatkannya secepat yang mungkin, balik-balik dari Unimas terus pergi cari novel ni dan nasib baiklah novel ni senang nak didapati kat Semenanjung berbanding di Sarawak.
Novel ni sangat istimewa kerana kali ini RAM sendiri yang memasukkan beberapa kisah sebenar yang pernah terjadi pada dirinya dalam novel ini dan novel ini turut memuatkan beberapa cerita pendek yang saling berkaitan namun mampu membuatkan kita suspens sampai ke penghujung jalan ceritanya.
Cerita bermula apabila seorang penulis pergi bercuti ke sebuah negeri di utara tanah air untuk menyiapkan novel terbarunya. Di sana beliau mula diganggu dengan pelbagai kejadian aneh seperti bertemu dengan watak-watak dalam novel beliau sebelum ini dan sebagainya. Tambah membingungkan beliau turut menjumpai beberapa cerita pendek dalam komputer riba beliau yang mirip dengan gaya penulisan beliau sedangkan beliau sendiri tidak ingat bilakah beliau menulis cerita-cerita tersebut. Kerana meyakini bahawa itu adalah karya-karya beliau sendiri, penulis itu mula menyalin cerita-cerita tersebut tanpa bimbang akan dikatakan menciplak karya orang lain. Siapakah pemilik sebenar cerita-cerita tersebut?
Teknik Penulisan:
Bagi yang selalu membaca karya-karya RAM, anda pasti sudah tahu bagaimana novelis ini mengolah cerita dalam novel-novel beliau. Beliau suka menggunakan kesempatan di sebalik kekurangan kita sebagai pembaca novel untuk menjadikan para pembaca tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku sehingga ke akhir cerita. Jika kita menonton filem kita boleh melihat siapakah watak-watak dalam cerita itu dan kita akan ingat rupa mereka sehingga ke akhirnya. Keadaan ini tidak serupa apabila kita membaca kerana pembacaan memerlukan imaginasi.
Sedarkah anda bahawa dalam novel kita hanya boleh membayangkan watak itu berdasarkan nama yang diberi oleh penulis novel itu sendiri. RAM bijak memanipulasikan keadaan ini sehingga kadang-kadang kita berasa tertipu akhirnya oleh beliau di akhir cerita. Gaya penulisan itu masih dikekalkan oleh RAM dalam novel terbarunya ini dalam sebuah cerita pendek berjudul "Cinta Matiku". Bayangkan dengan hanya menukar nama watak sahaja, RAM boleh memanipulasi minda pembacanya dengan menyangka bahawa watak itu masih hidup @ mati, baik @ jahat, lelaki @ perempuan. Itu tidak mengapalah kerana teknik ini hanya secebis dalam karyanya kali ini.
Jika anda ingin merasai bagaimana RAM menggunakan 100% teknik ini dalam novelnya, anda patut mendapatkan novel Rahsia Perindu dan percayalah anda akan mengatakan "what the hell!!"di akhir novel itu nanti...hahaha!!! Tapi sebenarnya teknik ini jugalah yang menjadikan beliau bergelar novelis thriller nombor 1 Malaysia kerana ia membuatkan kita ingin membaca dan ingin membaca lagi tanpa henti untuk mengetahui apakah kesudahan cerita beliau.
Seorang Jeneral Tentera Israel Zionis membongkar rahsia kelemahan umat Islam hari ini. Moshe Dayan, juga seorang pemimpin negara Israel, ketika mana beliau menghadiri satu pertemuan tertutup Gerakan Zionis Antarabangsa bagi memerangi umat dan merampas tanah-tanah Islam di Palestin, maklumat yang diterima dalam pertemuan tersebut sangat sulit dan tidak dibenarkan maklumat tersebut diberitahu pada sesiapa.
Ketika mana menghadiri satu proram terbuka, didedahkan rahsia tersebut yang menyebabkan pegawai risikan sangat terkejut dengan tindakan Moshe Dayan yang mendedahkan rahsia yang sangat sulit sehingga beliau ditegur dalam satu majlis yang dibimbanginya akan diketahui oleh orang-orang Arab serta mengetahui perancangan tersebut. Apa yang disebut oleh Moshe Dayan “Bertenang semua….kamu jangan bimbang dengan orang-orang Arab dan umat Islam, mereka malas membaca, kalau membaca pun mereka tak faham apa yang dibaca, kalau faham pun mereka tak akan buat apa yang dibaca, kalau buat pun, mereka tak bersungguh dalam buat kerja, kalau bersungguh pun belum tentu mereka akan berterusan dalam melakukan kerja.”
Korang buka blog ini dan membacanya pun sudah dikiranya baik, bacalah kerana dengan membaca itu menghubungkan kita dengan ilmu. Terima kasih semuanya, jumpa lagi dalam entri seterusnya, wallahua'lam.
ツ
1 comment:
entry yang menarik :) sy pon peminat RAM juga :D
Post a Comment