THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

December 7, 2012

Kiamat 12.12.12?

KIAMAT 12.12.12???



Assalamualaikum dan salam sejahtera, mungkin anda tak percaya dengan tajuk di atas, mungkin juga ada antara anda yang tergelak tengok tajuknya, kalau itulah yang anda lakukan, saya sokong anda 100%!!
Jangan percaya pada tajuk di atas, ia hanyalah dongeng yang direka oleh barat untuk merosakkan akidah umat Islam. Kalau anda pernah tonton filem-filem barat yang berkaitan dengan kiamat atau kehancuran dunia seperti 2012, The Day After Tomorrow & Armageddon satu perkara jelas anda akan dapat lihat pada akhir filem-filem ini, pasti ada manusia yang akan selamat dan berjuang untuk meneruskan kehidupan walaupun sudah tiada apa lagi yang tinggal. Menurut kalendar kaum Maya, kononnya 12 Disember ini akan berlaku malapetaka yang maha besar yang akan menghancurkan seluruh alam ini. 

Adakah ini kiamat yang sebenar-benarnya sedangkan dalam Al-Quran, Allah telah mengatakan bahawa kiamat itu amat dahsyat sehingga tidak mampu dibayangkan oleh umat manusia sendiri. Seluruh alam ini akan hancur termasuklah manusia sendiri sehingga tiada sesiapa pun yang akan selamat. Boleh dikatakan satu dunia menjadi ngeri dan trauma membayangkan akan terjadinya kiamat pada 12.12.12 ini. Mula terbayang dalam minda gelombang tsunami yang berpuluh kali ganda lebih besar daripada yang pernah melanda Acheh Disember 2004 yang lalu. Ia ditambah pula dengan hentaman meteor-meteor gergasi dari luar angkasa yang kekuatan pemusnahnya beribu-ribu kali lebih dahsyat dari bom nuklear. Benar, perkara ini mungkin secebis daripada gambaran apa yang akan berlaku semasa kiamat sebenar nanti namun tarikh dan masanya hanya Allah yang maha mengetahui.


Apakah hikmah Allah menyembunyikan tarikh sebenar kiamat ini? Jika difikirkan dengan logik, bukankah lebih baik jika tarikh kiamat itu diberitahu pada semua umat manusia agar kita dapat menyediakan diri untuk menghadapinya. Sedangkan kekasih Allah, Nabi Muhammad saw. juga tidak diberikan pengetahuan mengenai kiamat ini melainkan sedikit sahaja. Berdasarkan apa yang boleh saya fikirkan, jika manusia mengetahui bila akan terjadinya kiamat, inilah antara perkara yang akan mereka lakukan, saya bahagikan kepada dua golongan:

1) Golongan yang hidup pada zaman di mana kiamat masih lagi jauh dari mereka:


Rilek sayang, kiamat lama lagi, nanti kita taubatlah.


Disco, parti, kita enjoy, yeahh!!!!


Buat konsert banyak-banyak!!! Bukan esok kiamat, hahaha!!

2) Golongan yang hidup pada zaman di mana kiamat sudah terlalu hampir dengan mereka:


Bertaubat banyak-banyak, esok lusa dah nak kiamat...



Tambahkan ilmu untuk persediaan kiamat hari esok.


Trauma menanti detik-detik kehancuran dunia
Esok nak kiamat!!!

Boleh anda nampak bukan perbezaan jelas di antara dua golongan ini? Satu golongan tahu kiamat masih jauh daripada mereka, lalu hidup dihabiskan dengan berbuat maksiat dan melakukan kemungkaran terhadap Allah. Mereka tahu bahawa masih ada masa untuk mereka bertaubat dan memohon keampunan dari Allah. Satu golongan lagi adalah mereka yang hidup pada zaman di mana kiamat sudah terlalu hampir dengan mereka. Ibarat menunggu hukuman mati, mereka tidak lagi mengendahkan keindahan dan keseronokkan dunia ini. Seluruh masa dihabiskan untuk bertaubat dan menambahkan amalan soleh agar mereka selamat di akhirat kelak. Namun ada juga yang lebih malang, akibat tidak mengenal Tuhan, sisa hidup mereka dihabiskan untuk meratapi nasib diri yang malang kerana dilahirkan pada saat akhir usia dunia ini. Ada yang tidak dapat menerima takdir dan akhirnya menjadi gila kerana terlalu tertekan memikirkan umur mereka yang akan berakhir esok atau lusa.

Sekarang saya ingin bertanya pada anda? Adilkah jika Allah memberitahu pada semua umat manusia tarikh sebenar kiamat? Yang jauh darinya tarikh itu bolehlah menarik nafas lega kerana mereka tahu umur mereka sendiri tidak mungkin sampai ke tarikh kiamat itu namun bagaimana dengan yang lahir dekat dengan tarikh itu? Jelas di sini bukan mengapa Allah merahsiakan tarikh sebenar terjadinya kiamat. Itulah buktinya Allah maha adil. Sekiranya kita tidak mengetahui tarikh kiamat, pastinya kita akan berusaha untuk menambahkan amalan kita kerana kita sendiri tidak tahu, mungkin esok atau lusa boleh terjadinya kiamat.  Namun berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Munaafiquun ayat 11:

"Dan Allah tidak akan sesekali menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Jadi janganlah kita sangka hidup kita hanya akan berakhir apabila terjadinya kiamat sahaja sedangkan kita tidak menyedari ada sesuatu yang semakin hampir dengan kita berbanding kiamat. Itulah dia kematian yang tidak akan ditangguhkan sesaat ataupun dicepatkan sesaat waktunya. Apabila terjadinya kematian maka tidak guna kita menyesal dan meratapi kebodohan hidup di dunia dulu. Jadi saranan saya di sini apa kata kita beramal serampang dua mata, bukan sahaja untuk persediaan menghadapi hari kiamat tapi juga untuk menghadapi hari kematian kita. Namun jika ditakdirkanlah terjadinya kiamat pada 12.12.12 ini, apakah yang anda harus lakukan? Persoalan ini sebenarnya telah dijawab oleh Rasulullah dalam satu hadisnya:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya dan janganlah kamu biarkan kiamat berlaku tanpa kamu menanam benih tersebut.

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Maksud yang cuba disampaikan melalui hadis ini adalah walaupun kita mengetahui bahawa esok akan terjadinya kiamat, jangan pernah berputus asa dari apa yang kita usahakan. Buatlah apa yang mampu kita buat untuk menghadapi saat-saat yang maha dahsyat itu. InsyaAllah, kita akan berjaya di akhirat kelak. Eh, jangan terpengaruh dengan tarikh 12.12.12 tu tau, ia hanyalah propaganda barat, ingat tu baik-baik. Terima kasih kerana membaca, ada umur kita jumpa lagi dalam entri seterusnya, insyaAllah. ^_^














No comments:

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)