THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

December 27, 2012

PROJEK PEMURNIAN MANGA 3: BELAJAR MENERIMA TAKDIR

BELAJAR MENERIMA TAKDIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur alhamdulillah sekali lagi kita bertemu dalam entri kali ini. Kali ini aku nak sambung Projek Pemurnian Manga aku yang dah lama tertunggak, biasalah kekangan masa dan kekeringan idea membataskan aku untuk meneruskan projek tersebut. Tapi kali ni aku bersyukur sebab aku dapat jugak akhirnya menyiapkan projek ini walaupun sibuk dengan study dan hal-hal yang berkait dengan aktiviti di universiti. Bagi yang stress study apa kata angpa baca dulu komik kali ni, jangan paksa diri sangat ok. Jadi dipersembahkan Projek Pemurnian Manga ke 3:










Begitulah sahaja yang mampu aku berikan untuk entri kali ini. Aku ucapkan ribuan terima kasih pada mereka yang sudi membaca dan menyokong blog aku sepanjang tahun 2012 ini. Semoga kita bertemu lagi dalam entri seterusnya, mungkin tahun depan kot, dengar macam lama lagi padahal tinggal berapa hari je pun, hehe!! Selamat menyambut tahun baru 2013!! ^_^


December 17, 2012

Entri Mencapap

MENJELANG AKHIR SEMESTER




Assalamualaikum dan salam sejahtera, hola semuanya!! Kita berjumpa lagi dalam entri kali ni selepas kita selamat dari "kiamat" 12.12.12 yang lalu, hehe!!Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup di dunia ini walaupun kita sendri tidak tahu berapa lama lagi waktu yang kita ada sebelum kembali dijemput pada pemilik kita yang sebenarnya.

Banyak benda yang terjadi dalam seminggu yang lalu, bagi aku itu merupakan antara minggu paling sibuk dalam hidup aku. Projek + assignment + kuiz semuanya kena siapkan dalam satu minggu tu dan aku sendiri tak sangka aku berjaya melepasi minggu yang gila tu. Bagi aku, inilah sebenarnya cara hidup dekat alam kampus yang selalu aku dengar dari senior atau tengok dekat cerita di tv dulu.

Sekarang dah pun nak habis semester 1, peperiksaan akhir akan menjelang tak lama lagi, macam manalah agaknya peperiksaan tu ye? Aku dengar dari senior soalan final memang susah dan kalau tak study memang akan kantoilah. Tambahan lagi subjek semester 1 ni bersangkut dengan subjek-subjek semester akan datang, kalau gagal maka ia akan menghantui aku di semester yang akan datang. Jadi, pesanan aku bukan saja pada diri sendiri malah pada hampa jugak, studylah betul-betul, jangan leka bermain je nanti tak ke mana, silap-silap kena tendang dari universiti, mintak simpanglah, huhu!!

Bila menjelang akhir semester ni, pastinya hampa mencongak berapa banyak duit ptptn hampa yang tinggal bukan? Terus-terang aku cakap, duit ptptn aku sahaja walaupun belum sampai akhir semester 1 dah tak sampai suku dari jumlah asal yang aku dapat. Bila aku fikir-fikir balik aku pun tak tahu ke mana hilangnya duit aku yang banyak tu dulu. Rasanya benda paling mahal aku beli dulu laptop je, pastu rasanya habis untuk makanan je rasanya. Makanan? Jangan cakaplah, sekali makan dekat 4-5 ringgit, sehari dah dekat 10 ringgit, kalau seminggu? Dah 70 ringgit, banyak sangat habis untuk beli makanan saja. Agaknya betul la kawan-kawan kat matrik aku dulu cakap aku ni bela saka bila time makan. Sekarang nampak dah kesan dia, hampir separuh rasanya duit ptptn aku habis untuk beli makanan. Padahal dulu masa mula-mula dapat duit tu, azam dalam hati tak nak belanja lebih-lebih, betul la kot orang selalu cakap, inilah janji Melayu, haha!! Macam mana dengan hampa, ke mana pulak duit ptptn hampa dihabiskan? Ada tak dalam senarai list di bawah:

  • Shopping!!! Serius, bila dapat duit ptptn dulu, aku pun terpengaruh jugak dengan kes yang ini. Nampak je baju cantik mesti nak beli. Aku pun tak pasti berapa banyak dah duit aku habis untuk buat benda ni. Yang perempuan jangan cakaplah, benda ni mesti jadi first priority. XD

Shopping!!

  • Makan!! Pastinya bila poket dah kembung, selera pun tinggi. Tak pandanglah makanan yang murah-murah. Sekali belanja habis dalam 10 ringgit. Teruk benor perangai kalau macam ni. XD



  • Beli buku rujukan? Kes yang ni baguslah sebab buku-buku untuk belajar dekat universiti ni memang mahal-mahal belaka, kalau tak kurang dari RM 100 tu jangan haraplah boleh dapat sebuah. Tapi  sekarang banyak e-book boleh download atau copy dari kawan-kawan, so jangan nak bohonglah hampa habiskan duit ptptn hampa semata-mata nak beli buku rujukan. XD


  • Pisau cukur!! Maksud aku di sini bukan habis duit beli pisau cukur tapi habis pada si kaki kikis. Kes ini biasanya  terjadi pada mereka yang ada pakwe atau makwe. Biasalah bila dah ada duit mestilah nak tunjuk yang diri  tu mampu beli apa saja untuk orang yang dia sayang tu. Makwe/ pakwe mintak apa ja, semua dia bagi walaupun sedar duit yang dia pakai tu sekadar pinjaman je. Berat nanang orang kelantan cakap kes macam ni, haha!! Single is better!!

Tak ada gambar yang sesuai. =_=''

Jadi macam mana sekarang? Adakah salah satu daripada perkara-perkara di atas telah hampa buat setelah  hampa dapat duit ptptn hampa dulu? Atau hampa buat semuanya sekali? Kalau macam tu la, makan megi la hampa hujung sem ni, haha!!. Ingatlah, duit yang kita dapat tu sekadar pinjaman, habis study nanti kena bayar balik. Jangan nanti menyesal di kemudian hari dah la mengenangkan betapa menyesalnya aku ambik ptptn dulu. Masa tu nasi dah jadi bubur, oklah, puas dah aku menaip pada hari ni, semoga berjumpa lagi dalam entri seterusnya, arigato gozaimaso. ^_^


December 7, 2012

Kiamat 12.12.12?

KIAMAT 12.12.12???



Assalamualaikum dan salam sejahtera, mungkin anda tak percaya dengan tajuk di atas, mungkin juga ada antara anda yang tergelak tengok tajuknya, kalau itulah yang anda lakukan, saya sokong anda 100%!!
Jangan percaya pada tajuk di atas, ia hanyalah dongeng yang direka oleh barat untuk merosakkan akidah umat Islam. Kalau anda pernah tonton filem-filem barat yang berkaitan dengan kiamat atau kehancuran dunia seperti 2012, The Day After Tomorrow & Armageddon satu perkara jelas anda akan dapat lihat pada akhir filem-filem ini, pasti ada manusia yang akan selamat dan berjuang untuk meneruskan kehidupan walaupun sudah tiada apa lagi yang tinggal. Menurut kalendar kaum Maya, kononnya 12 Disember ini akan berlaku malapetaka yang maha besar yang akan menghancurkan seluruh alam ini. 

Adakah ini kiamat yang sebenar-benarnya sedangkan dalam Al-Quran, Allah telah mengatakan bahawa kiamat itu amat dahsyat sehingga tidak mampu dibayangkan oleh umat manusia sendiri. Seluruh alam ini akan hancur termasuklah manusia sendiri sehingga tiada sesiapa pun yang akan selamat. Boleh dikatakan satu dunia menjadi ngeri dan trauma membayangkan akan terjadinya kiamat pada 12.12.12 ini. Mula terbayang dalam minda gelombang tsunami yang berpuluh kali ganda lebih besar daripada yang pernah melanda Acheh Disember 2004 yang lalu. Ia ditambah pula dengan hentaman meteor-meteor gergasi dari luar angkasa yang kekuatan pemusnahnya beribu-ribu kali lebih dahsyat dari bom nuklear. Benar, perkara ini mungkin secebis daripada gambaran apa yang akan berlaku semasa kiamat sebenar nanti namun tarikh dan masanya hanya Allah yang maha mengetahui.


Apakah hikmah Allah menyembunyikan tarikh sebenar kiamat ini? Jika difikirkan dengan logik, bukankah lebih baik jika tarikh kiamat itu diberitahu pada semua umat manusia agar kita dapat menyediakan diri untuk menghadapinya. Sedangkan kekasih Allah, Nabi Muhammad saw. juga tidak diberikan pengetahuan mengenai kiamat ini melainkan sedikit sahaja. Berdasarkan apa yang boleh saya fikirkan, jika manusia mengetahui bila akan terjadinya kiamat, inilah antara perkara yang akan mereka lakukan, saya bahagikan kepada dua golongan:

1) Golongan yang hidup pada zaman di mana kiamat masih lagi jauh dari mereka:


Rilek sayang, kiamat lama lagi, nanti kita taubatlah.


Disco, parti, kita enjoy, yeahh!!!!


Buat konsert banyak-banyak!!! Bukan esok kiamat, hahaha!!

2) Golongan yang hidup pada zaman di mana kiamat sudah terlalu hampir dengan mereka:


Bertaubat banyak-banyak, esok lusa dah nak kiamat...



Tambahkan ilmu untuk persediaan kiamat hari esok.


Trauma menanti detik-detik kehancuran dunia
Esok nak kiamat!!!

Boleh anda nampak bukan perbezaan jelas di antara dua golongan ini? Satu golongan tahu kiamat masih jauh daripada mereka, lalu hidup dihabiskan dengan berbuat maksiat dan melakukan kemungkaran terhadap Allah. Mereka tahu bahawa masih ada masa untuk mereka bertaubat dan memohon keampunan dari Allah. Satu golongan lagi adalah mereka yang hidup pada zaman di mana kiamat sudah terlalu hampir dengan mereka. Ibarat menunggu hukuman mati, mereka tidak lagi mengendahkan keindahan dan keseronokkan dunia ini. Seluruh masa dihabiskan untuk bertaubat dan menambahkan amalan soleh agar mereka selamat di akhirat kelak. Namun ada juga yang lebih malang, akibat tidak mengenal Tuhan, sisa hidup mereka dihabiskan untuk meratapi nasib diri yang malang kerana dilahirkan pada saat akhir usia dunia ini. Ada yang tidak dapat menerima takdir dan akhirnya menjadi gila kerana terlalu tertekan memikirkan umur mereka yang akan berakhir esok atau lusa.

Sekarang saya ingin bertanya pada anda? Adilkah jika Allah memberitahu pada semua umat manusia tarikh sebenar kiamat? Yang jauh darinya tarikh itu bolehlah menarik nafas lega kerana mereka tahu umur mereka sendiri tidak mungkin sampai ke tarikh kiamat itu namun bagaimana dengan yang lahir dekat dengan tarikh itu? Jelas di sini bukan mengapa Allah merahsiakan tarikh sebenar terjadinya kiamat. Itulah buktinya Allah maha adil. Sekiranya kita tidak mengetahui tarikh kiamat, pastinya kita akan berusaha untuk menambahkan amalan kita kerana kita sendiri tidak tahu, mungkin esok atau lusa boleh terjadinya kiamat.  Namun berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Munaafiquun ayat 11:

"Dan Allah tidak akan sesekali menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Jadi janganlah kita sangka hidup kita hanya akan berakhir apabila terjadinya kiamat sahaja sedangkan kita tidak menyedari ada sesuatu yang semakin hampir dengan kita berbanding kiamat. Itulah dia kematian yang tidak akan ditangguhkan sesaat ataupun dicepatkan sesaat waktunya. Apabila terjadinya kematian maka tidak guna kita menyesal dan meratapi kebodohan hidup di dunia dulu. Jadi saranan saya di sini apa kata kita beramal serampang dua mata, bukan sahaja untuk persediaan menghadapi hari kiamat tapi juga untuk menghadapi hari kematian kita. Namun jika ditakdirkanlah terjadinya kiamat pada 12.12.12 ini, apakah yang anda harus lakukan? Persoalan ini sebenarnya telah dijawab oleh Rasulullah dalam satu hadisnya:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya dan janganlah kamu biarkan kiamat berlaku tanpa kamu menanam benih tersebut.

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Maksud yang cuba disampaikan melalui hadis ini adalah walaupun kita mengetahui bahawa esok akan terjadinya kiamat, jangan pernah berputus asa dari apa yang kita usahakan. Buatlah apa yang mampu kita buat untuk menghadapi saat-saat yang maha dahsyat itu. InsyaAllah, kita akan berjaya di akhirat kelak. Eh, jangan terpengaruh dengan tarikh 12.12.12 tu tau, ia hanyalah propaganda barat, ingat tu baik-baik. Terima kasih kerana membaca, ada umur kita jumpa lagi dalam entri seterusnya, insyaAllah. ^_^














The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)