THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

November 11, 2012

Makan Bersama Anjing???

   Assalamualaikum....
malas nak cerita panjang; kita terus pada tajuk dia atas je. Pelik tak tajuk dia? Hahaha!! Memang menimbulkan tanda tanya kalau angpa tak baca sampai abis entri aku kali ni.
Alkisah bermula pada suatu malam yang hening selepas isyak, kawan aku, si Hazim ajak aku keluar mencari makanan di luar kerana semua kafe dalam Unimas pada hari itu ditutup sempena Sambutan Aidiladha. Aku memang perut berkeroncong malam tu sebab tak makan ape-ape makanan berat sejak pagi kerana ketiadaan makanan dalam Unimas dan perkhidmatan bas keluar dari Unimas hari tu juga sangat teruk menyebabkan kami tersangkut di dalam tu sepanjang hari. Selalunya kami akan ke Desa Ilmu jika ingin makan di luar tapi disebabkan jarak yang terlalu jauh untuk berjalan kaki ke sana, kami ke Unisquare, tempat yang kami tak pernah sampai pun sebelum ni tapi kami agak jarak tempat tu dekat la jugak. Setelah hampir 15 minit berjalan kami pun sampai ke Unisquare. Mengecewakan kebanyakan kedai dekat situ ditutup sempena hari raya. Tapi kami tak putus asa demi mengisi perut yang sudah berkumandang lagu Harapan nyanyian HyperAct..haha!! Merepek la aku ni. Setelah puas mencari akhirnya, yess!! kami jumpa juga satu gerai makan orang Islam yang kami yakin halal di satu lorong yang agak tersembunyi. Aku dengan lapar tak fikir pasal duit dah, nasi goreng ayam + telur mata kerbau terus diorder. Sementara tunggu order tu siap la kisah ni bermula...haha!! Tak mula lagi pun, baru intro...
   Masa tengah tunggu order itulah anjing dalam 3 ke 5 ekor masuk dalam gerai tu, what the *&%$!! Aku dah mula tak sedap hati. Si Hazim pun dok pandang aku semacam je, dua-dua takut, haha!! Memang masa mula-mula kami nak masuk gerai tu kami nampak dah anjing-anjing liar tu dekat luar gerai  tapi kami tak kisah la sebab takkan anjing ni nak kacau kami makan kot. Tapi tak sangka pulak benda macam ni boleh jadi. Order dah ambik dan takkan nak cancel kot, lagipun anjing-anjing tu bukan tuan gerai tu punya, kami cuba buat-buat rilek walaupun masa tu dalam hati Tuhan je yang tahu gementar macam mana hati kami. Anjing-anjing tu masuk dalam gerai dan duduk rilek je dalam gerai tu. Oklah, kalau duduk je kami ok lagi tapi bila depa start berjalan tu aku dah berpeluh dah, sampai kaki angkat naik atas kerusi  pasai tak mau bagi kena anjing tu. Paling mendebarkan bila ada seekor anjing lalu sebelah kawan aku tu, nasib baik dia tak melompat, haha!! Memang selera kami terbantut tapi kami yakin dan berdoa je la bahawa makanan di situ halal.
   Pada pandangan yang boleh aku buat, aku rasa gerai  tu tak sesuai dibuat di situ sebab ianya tempat laluan binatang tu, kalau dia nak buat jugak mungkin dia kena tambah pintu belakang dan depan gerai tu untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi. Haa..korang mesti nak tau ape reaksi tuan kedai dan pelanggan lainkan? Tuan kedai buat rilek dan tak kisah sangat bila anjing-anjing tu masuk dalam gerai dia, rumusan yang aku boleh buat, anjing-anjing ni dah selalu sangat lepak dekat kedai dia. Pelanggan lain pulak? Semuanya buat tak tahu jugak sebabnya depa bukan orang Islam, maka main dengan anjing tu biasalah. Aku dapat tengok bila je anjing-anjing tu masuk gerai tu, kami dua je yang tak senang duduk, yang lain semua rilek je. Balik dari gerai tu aku sumpah tak mau dah mai gerai tu walaupun terpaksa makan maggi je dalam bilik. Aku  harap pemilik gerai tu amik la tindakan segera tentang hal ni sebelum kena serbu dengan JAKIM nanti. Oklah, puas dah hati dpat luahkan tentang benda ni, hati-hatilah dengan apa yang kita makan kerana ia akan menjadi darah daging kita dan daging yang tidak halal itu layaknya hanyalah untuk api neraka. Wallahua'lam. Thank you for your reading, i'm really appreciated that. Owh gmbq kali ni aku letak la gmbq aku dengan si Hazim tu, kami tak berani amik gambaq dalam kedai tu sebab kalau kantoi kami pun tak tau akan balik ke tak ke UNIMAS malam tu. Adios.

2 comments:

kandani said...

kat hostel korang ada anjing tak? hostel kitaorang katsini berlambak anjing. tapi kat kedai/kafe takde anjing lah.

hafiz said...

ada je...td turun tangga nmpk dah sekor..besar pulak tu..mmg la tak haram tapi kes kena samak tu yang malas...

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)