THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

November 16, 2012

What A Strange Life



   Kehidupan ini satu perkara yang aneh…kita tidak pernah minta untuk lahir ke dunia ini tapi tanpa sedar kita dah lahir dah pun…sembilan bulan kita duduk dalam rahim ibu kita, ada tak seorang manusia pun di dunia yang ingat macam mana rasa duduk dalam tu? Tak dak kan? Aneh, 9 bulan dalam tu, satu benda pun kita tak ingat? Lemahnya ingatan kita ni. Lahir-lahir dari rahim mak kita, kita terus menangis, setabah-tabah manusia kat dunia ni sekarang pun masa lahir dulu dia menangis, aneh, kenapa kita perlu menangis? Sepatutnya kita ketawalah sebab kita dah pun terlepas dari alam rahim yang sempit dan gelap tu, hmm..agaknya kita terlepas sesuatu yang menarik kot di alam tu sehingga kita menangis bila dilahirkan. Aneh, kita tak tahu pun apa benda tu sampai sekarang.


   Bila kita lahir, ibu bapalah yang jenuh jaga kita dari tak boleh bercakap dan berjalan sampai kita jadi manusia yang hebat pada hari ini. Mulut yang tak mampu berkata-kata itu mak ayah kita ajar untuk bercakap sehingga kita mampu menjadi juara pidato atau debat pada hari ini. Kaki yang tak kuat untuk berdiri tu mak ayah kita latih perlahan-lahan sampai akhirnya kita boleh melompat dan berlari dengannya. Anehnya, banyak kisah kita dengar hari ni, mulut itulah yang memaki orang yang telah mengajarnya bercakap, lebih teruk lagi, kaki yang dilatih dahulu dengan kasih sayang pula sanggup menendang orang yang telah melatihnya, hmm…agak-agaknya kalau mak ayah tu tahulah kaki yang mereka latih untuk merangkak, berdiri, berjalan, berdiri tu akan binasakan mereka balik, mulut yang diajar bercakap tu akan maki mereka balik, agak-agaknya apa mereka akan buat ea? Rasanya tak banyak bayi akan membesar dengan sempurna dalam dunia ni.


   Kita meningkat dewasa, pelbagai kejayaan dah kita capai tapi kita semakin lupa siapa diri kita, kita semakin tak ingat siapa beri kita kejayaan, malah kita lupa pada pencipta kita iaitu Ya Rabb. Peliknya, kita tak tahukah semua kejayaan dan apa yang kita miliki adalah milikNya. Kita ada akal tapi tak guna untuk berfikir, kita ada mata tapi tak guna untuk melihat keindahannya, kita ada hati tapi kita tak tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Kita semakin dewasa, ibu bapa pula semakin tua, mereka semakin lemah tidak berdaya. Di saat mengharap kasih anaknya, anak-anak pula hilang entah ke mana. Mungkin ramai tak percaya mak ayah boleh jaga 10 orang anak tapi 10 anak belum tentu boleh jaga mak bapak diorang. Aneh, benda ni dah jadi terbalik pulak, patutnya bila ramai jadi kuat tapi untuk kes yang ini, ramai pula tak mampu jaga yang sikit, hmm…



   Bila dah mati, semua harta kita kumpul tak boleh bawak dengan kita. Anak bini kena tinggal, kain baju yang lawa-lawa kita beli semua tak boleh pakai. Semua akan pakai sejenis kain je tak kiralah siapa pun dia. Raja? Anak menteri? Presiden dunia sekalipun? Semua akan dipakaikan dengan kain putih tu, kain ape? Kain kafan la, peliknya…kalau kita tahu itulah satu-satunya harta dalam kubur nanti, pasti kita tak nak kumpul harta banyak-banyak masa hidup dulu, baik kita kumpul pahala nak tolong kita dalam kubur nanti, hmm…Aneh…dalam kubur nanti kita hidup balik tapi kita dah tak berdaya nak buat apa-apa, kita nak kembali ke dunia, kita nak bertaubat tapi tak boleh dah, kita sebenarnya dah berada di alam lain, itulah alam barzakh. Peliknya…bila datang dua malaikat soalan yang dah lama bocor pada kita dan kita tahu jawapannya, mulut kita tak mampu berkata-kata, anehnya lagi badan kita yang lain pula yang bercakap, habis satu kisah hidup kita kita cerita pada Mungkar dan Nakir tu. Kita pulak hanya mampu terkaku, tak mampu nak nak buat apa-apa, kalau baik ceritanya, baiklah nasib kita selepas itu, kalau tidak nauzubillah…sakitnya tidak terperi.


   Begitulah anehnya kehidupan kita hatta semasa hidup di dunia ini mahupun selepas kita mati nanti. Untuk selamat pilihlah jalan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah. Ianya memang pahit dan berliku tapi ingatlah bahawa jalan itulah yang akan membawa kita ke syurga kelak. Sedarlah bahawa dunia ini penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir. Penjara dan syurga ini tidak kekal, yang kekal nanti adalah yang di alam akhirat, sama ada selamanya neraka ataupun selamanya syurga…semua pilihan di tangan anda. Terpulanglah pada diri masing-masing mahu memilih cara hidup yang bagaimana di akhirat kelak, your life, your choice! Anda dah tahu semua ini, anda masih tidak mahu berubah? Anehnya anda ini….firman Allah taala dalam surah Al-A'raf ayat ke 179:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai"(Al-A'raaf 7:179)

wallahua'alam.




No comments:

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)