THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

July 2, 2012

Nilai Cinta Allah

 ♪ Pernah dulu kufikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila Kau dekat kurasakan
Damainya dihati
Baru kini kutahu
Nilai cintaMu. ♪

Assalamualaikum, syukur alhamdulillah kerana sekali lagi aku diberi kesempatan untuk update blog aku yang serba kekurangan ini...haa..pernah dengar tak lagu di atas? Inilah sedikit lirik lagu Nilai Cintamu nyanyian Sudirman cuma aku adjust sikit biaq kena dengan tajuk entri kali ini, hari ni nak tulis pasal nilai cinta Allah pada hambaNya...mungkin kita tidak sedar selama ini betapa cintanya Allah pada kita sehingga kita lebih mengagungkan cinta manusia daripada cintaNya...mari kita muhasabah diri dengan membaca sedikit artikel yang aku tulis ni...insyaAllah...

Allah jua yang menciptakan cinta maka boleh dikatakan bahawa cinta fitrah itu bagi setiap manusia. Cinta itu dapat ditafsirkan perasaan sayang kita pada seseorang hingga kita sanggup melakukan apa-apa sahaja demi yang kita cintai itu. Cinta hakiki adalah cinta pada Allah. Apabila cinta ini mampu digapai, maka seluruh isi dunia ini tidak lagi bermakna untuk dirinya kerana bila mendapat cinta itu segalanya sudah cukup bagi diri kita. Logiknya? Kita mencintai sesuatu yang telah mencipta seluruh alam ini dan Dialah pemilik segalanya termasuklah diri kita ini...justeru apa ada yang mustahil bagiNya jika kekasihNya meminta sesuatu daripadaNya? Ketahuilah wahai sahabatku bahawa Allah itu maha pemurah dan amat mengasihi hambaNya yang mencintai diriNya....kemaafan Allah melebihi kemurkaanNya, malah sifat kasihNya terhadap kita melebihi  kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Sedarkah diri anda bahawa diri anda sebenarnya ialah seorang hamba? Siapakah anda sekarang di dunia ini? Raja? Perdana Menteri? Presiden Dunia ini? Tak kiralah siapa pun anda di alam dunia ini hakikatnya anda tetap seorang hamba kepada sang pencipta iaitu Allah kerana Dialah pemilik segalanya yang kita miliki sekarang. Justeru untuk apakah kita berbangga dengan kedudukan yang kita ada sekarang ini sedangkan pada Allah kita hanyalah hamba yang tidak berdaya. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13:

“ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” 

Wahai sahabatku, sedarlah bahawa cinta Allah pada kita melebihi segalanya sehingga Dia memberi kebebasan untuk kita hidup di dunia yang fana' ini sehingga kita mampu untuk mencapai apa yang kita inginkan. Namun sebagai manusia, sudah tentu kita tidak mampu hidup di dunia ini tanpa bantuanNya. Justeru, Dia menurunkan KekasihNya iaitu Baginda Rasulullah saw sebagai contoh ikutan semua manusia bagaimana seorang hamba kepada Yang Maha Agung sepatutnya menjalani kehidupannya. Tidak cukup dengan itu, Al-Quran pula diturunkan untuk dijadikan panduan atau manual bagaimana cara yang sepatutnya harus dilalui oleh setiap manusia untuk selamat di dunia ini dan seterusnya berjaya di akhirat kelak. Wahai sahabatku, ketahuilah bahawa Allah amat merindui untuk bertemu denganmu, justeru Dia mensyariatkan solat 50 waktu sehari semalam pada asalnya namun disebabkan sifat mengasihaniNya, solat hanya diwajibkan 5 waktu sehari...subhanallah, betapa besarnya jurang waktu yang Allah kurangkan untuk kita bertemuNya semata-mata kerana Allah mencintai  kita iaitu hambaNya. Sedarkah anda semua itu wahai sahabatku? Tiada tuan yang sebaik ini pada hambanya tapi bagi Allah, Dialah tuan dan penguasa yang paling baik dan kasih pada hamba-hambaNya. Ayuh bukalah matamu, sedarlah diri hanya seorang hamba dan di saat diri merasakan tiada sesiapa lagi di sisi, Allah itu mencukupi segalanya bagi diri kita. Marilah kembali ke jalan yang diredhaiNya, ayuh tingkatkan lagi kecintaan kita padaNya dan marilah menjadi hambaNya semula, Allahuakbar!! Alhamdulillah. Arigato Gozaimaso kerana membaca...ambillah mana-mana pengajaran yang baik dari artikel kali ini, segala kekurangan aku mohon maaf kerana aku jua insan yang tidak sempurna. =)


4 comments:

drzirakudo said...

wwaaahh.. nice entry :)

hafiz said...

thanx azira =)

si kiut lavender said...

zaman skrg ni byk yg hanya kejar cinta duniawi..terlupa untuk mengejar cinta yg Agung..kdang2 terleka dan terlalai dgn nikmat cinta dunia..termasuklah diri nih..uhuks3

hafiz said...

benar itu skl...
cintakan bunga...bungakan layu...
cintakan manusia...manusiakan mati...
cintakan Allah...Dia hidup selamanya.

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)