THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

December 27, 2012

PROJEK PEMURNIAN MANGA 3: BELAJAR MENERIMA TAKDIR

BELAJAR MENERIMA TAKDIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur alhamdulillah sekali lagi kita bertemu dalam entri kali ini. Kali ini aku nak sambung Projek Pemurnian Manga aku yang dah lama tertunggak, biasalah kekangan masa dan kekeringan idea membataskan aku untuk meneruskan projek tersebut. Tapi kali ni aku bersyukur sebab aku dapat jugak akhirnya menyiapkan projek ini walaupun sibuk dengan study dan hal-hal yang berkait dengan aktiviti di universiti. Bagi yang stress study apa kata angpa baca dulu komik kali ni, jangan paksa diri sangat ok. Jadi dipersembahkan Projek Pemurnian Manga ke 3:










Begitulah sahaja yang mampu aku berikan untuk entri kali ini. Aku ucapkan ribuan terima kasih pada mereka yang sudi membaca dan menyokong blog aku sepanjang tahun 2012 ini. Semoga kita bertemu lagi dalam entri seterusnya, mungkin tahun depan kot, dengar macam lama lagi padahal tinggal berapa hari je pun, hehe!! Selamat menyambut tahun baru 2013!! ^_^


December 17, 2012

Entri Mencapap

MENJELANG AKHIR SEMESTER




Assalamualaikum dan salam sejahtera, hola semuanya!! Kita berjumpa lagi dalam entri kali ni selepas kita selamat dari "kiamat" 12.12.12 yang lalu, hehe!!Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup di dunia ini walaupun kita sendri tidak tahu berapa lama lagi waktu yang kita ada sebelum kembali dijemput pada pemilik kita yang sebenarnya.

Banyak benda yang terjadi dalam seminggu yang lalu, bagi aku itu merupakan antara minggu paling sibuk dalam hidup aku. Projek + assignment + kuiz semuanya kena siapkan dalam satu minggu tu dan aku sendiri tak sangka aku berjaya melepasi minggu yang gila tu. Bagi aku, inilah sebenarnya cara hidup dekat alam kampus yang selalu aku dengar dari senior atau tengok dekat cerita di tv dulu.

Sekarang dah pun nak habis semester 1, peperiksaan akhir akan menjelang tak lama lagi, macam manalah agaknya peperiksaan tu ye? Aku dengar dari senior soalan final memang susah dan kalau tak study memang akan kantoilah. Tambahan lagi subjek semester 1 ni bersangkut dengan subjek-subjek semester akan datang, kalau gagal maka ia akan menghantui aku di semester yang akan datang. Jadi, pesanan aku bukan saja pada diri sendiri malah pada hampa jugak, studylah betul-betul, jangan leka bermain je nanti tak ke mana, silap-silap kena tendang dari universiti, mintak simpanglah, huhu!!

Bila menjelang akhir semester ni, pastinya hampa mencongak berapa banyak duit ptptn hampa yang tinggal bukan? Terus-terang aku cakap, duit ptptn aku sahaja walaupun belum sampai akhir semester 1 dah tak sampai suku dari jumlah asal yang aku dapat. Bila aku fikir-fikir balik aku pun tak tahu ke mana hilangnya duit aku yang banyak tu dulu. Rasanya benda paling mahal aku beli dulu laptop je, pastu rasanya habis untuk makanan je rasanya. Makanan? Jangan cakaplah, sekali makan dekat 4-5 ringgit, sehari dah dekat 10 ringgit, kalau seminggu? Dah 70 ringgit, banyak sangat habis untuk beli makanan saja. Agaknya betul la kawan-kawan kat matrik aku dulu cakap aku ni bela saka bila time makan. Sekarang nampak dah kesan dia, hampir separuh rasanya duit ptptn aku habis untuk beli makanan. Padahal dulu masa mula-mula dapat duit tu, azam dalam hati tak nak belanja lebih-lebih, betul la kot orang selalu cakap, inilah janji Melayu, haha!! Macam mana dengan hampa, ke mana pulak duit ptptn hampa dihabiskan? Ada tak dalam senarai list di bawah:

  • Shopping!!! Serius, bila dapat duit ptptn dulu, aku pun terpengaruh jugak dengan kes yang ini. Nampak je baju cantik mesti nak beli. Aku pun tak pasti berapa banyak dah duit aku habis untuk buat benda ni. Yang perempuan jangan cakaplah, benda ni mesti jadi first priority. XD

Shopping!!

  • Makan!! Pastinya bila poket dah kembung, selera pun tinggi. Tak pandanglah makanan yang murah-murah. Sekali belanja habis dalam 10 ringgit. Teruk benor perangai kalau macam ni. XD



  • Beli buku rujukan? Kes yang ni baguslah sebab buku-buku untuk belajar dekat universiti ni memang mahal-mahal belaka, kalau tak kurang dari RM 100 tu jangan haraplah boleh dapat sebuah. Tapi  sekarang banyak e-book boleh download atau copy dari kawan-kawan, so jangan nak bohonglah hampa habiskan duit ptptn hampa semata-mata nak beli buku rujukan. XD


  • Pisau cukur!! Maksud aku di sini bukan habis duit beli pisau cukur tapi habis pada si kaki kikis. Kes ini biasanya  terjadi pada mereka yang ada pakwe atau makwe. Biasalah bila dah ada duit mestilah nak tunjuk yang diri  tu mampu beli apa saja untuk orang yang dia sayang tu. Makwe/ pakwe mintak apa ja, semua dia bagi walaupun sedar duit yang dia pakai tu sekadar pinjaman je. Berat nanang orang kelantan cakap kes macam ni, haha!! Single is better!!

Tak ada gambar yang sesuai. =_=''

Jadi macam mana sekarang? Adakah salah satu daripada perkara-perkara di atas telah hampa buat setelah  hampa dapat duit ptptn hampa dulu? Atau hampa buat semuanya sekali? Kalau macam tu la, makan megi la hampa hujung sem ni, haha!!. Ingatlah, duit yang kita dapat tu sekadar pinjaman, habis study nanti kena bayar balik. Jangan nanti menyesal di kemudian hari dah la mengenangkan betapa menyesalnya aku ambik ptptn dulu. Masa tu nasi dah jadi bubur, oklah, puas dah aku menaip pada hari ni, semoga berjumpa lagi dalam entri seterusnya, arigato gozaimaso. ^_^


December 7, 2012

Kiamat 12.12.12?

KIAMAT 12.12.12???



Assalamualaikum dan salam sejahtera, mungkin anda tak percaya dengan tajuk di atas, mungkin juga ada antara anda yang tergelak tengok tajuknya, kalau itulah yang anda lakukan, saya sokong anda 100%!!
Jangan percaya pada tajuk di atas, ia hanyalah dongeng yang direka oleh barat untuk merosakkan akidah umat Islam. Kalau anda pernah tonton filem-filem barat yang berkaitan dengan kiamat atau kehancuran dunia seperti 2012, The Day After Tomorrow & Armageddon satu perkara jelas anda akan dapat lihat pada akhir filem-filem ini, pasti ada manusia yang akan selamat dan berjuang untuk meneruskan kehidupan walaupun sudah tiada apa lagi yang tinggal. Menurut kalendar kaum Maya, kononnya 12 Disember ini akan berlaku malapetaka yang maha besar yang akan menghancurkan seluruh alam ini. 

Adakah ini kiamat yang sebenar-benarnya sedangkan dalam Al-Quran, Allah telah mengatakan bahawa kiamat itu amat dahsyat sehingga tidak mampu dibayangkan oleh umat manusia sendiri. Seluruh alam ini akan hancur termasuklah manusia sendiri sehingga tiada sesiapa pun yang akan selamat. Boleh dikatakan satu dunia menjadi ngeri dan trauma membayangkan akan terjadinya kiamat pada 12.12.12 ini. Mula terbayang dalam minda gelombang tsunami yang berpuluh kali ganda lebih besar daripada yang pernah melanda Acheh Disember 2004 yang lalu. Ia ditambah pula dengan hentaman meteor-meteor gergasi dari luar angkasa yang kekuatan pemusnahnya beribu-ribu kali lebih dahsyat dari bom nuklear. Benar, perkara ini mungkin secebis daripada gambaran apa yang akan berlaku semasa kiamat sebenar nanti namun tarikh dan masanya hanya Allah yang maha mengetahui.


Apakah hikmah Allah menyembunyikan tarikh sebenar kiamat ini? Jika difikirkan dengan logik, bukankah lebih baik jika tarikh kiamat itu diberitahu pada semua umat manusia agar kita dapat menyediakan diri untuk menghadapinya. Sedangkan kekasih Allah, Nabi Muhammad saw. juga tidak diberikan pengetahuan mengenai kiamat ini melainkan sedikit sahaja. Berdasarkan apa yang boleh saya fikirkan, jika manusia mengetahui bila akan terjadinya kiamat, inilah antara perkara yang akan mereka lakukan, saya bahagikan kepada dua golongan:

1) Golongan yang hidup pada zaman di mana kiamat masih lagi jauh dari mereka:


Rilek sayang, kiamat lama lagi, nanti kita taubatlah.


Disco, parti, kita enjoy, yeahh!!!!


Buat konsert banyak-banyak!!! Bukan esok kiamat, hahaha!!

2) Golongan yang hidup pada zaman di mana kiamat sudah terlalu hampir dengan mereka:


Bertaubat banyak-banyak, esok lusa dah nak kiamat...



Tambahkan ilmu untuk persediaan kiamat hari esok.


Trauma menanti detik-detik kehancuran dunia
Esok nak kiamat!!!

Boleh anda nampak bukan perbezaan jelas di antara dua golongan ini? Satu golongan tahu kiamat masih jauh daripada mereka, lalu hidup dihabiskan dengan berbuat maksiat dan melakukan kemungkaran terhadap Allah. Mereka tahu bahawa masih ada masa untuk mereka bertaubat dan memohon keampunan dari Allah. Satu golongan lagi adalah mereka yang hidup pada zaman di mana kiamat sudah terlalu hampir dengan mereka. Ibarat menunggu hukuman mati, mereka tidak lagi mengendahkan keindahan dan keseronokkan dunia ini. Seluruh masa dihabiskan untuk bertaubat dan menambahkan amalan soleh agar mereka selamat di akhirat kelak. Namun ada juga yang lebih malang, akibat tidak mengenal Tuhan, sisa hidup mereka dihabiskan untuk meratapi nasib diri yang malang kerana dilahirkan pada saat akhir usia dunia ini. Ada yang tidak dapat menerima takdir dan akhirnya menjadi gila kerana terlalu tertekan memikirkan umur mereka yang akan berakhir esok atau lusa.

Sekarang saya ingin bertanya pada anda? Adilkah jika Allah memberitahu pada semua umat manusia tarikh sebenar kiamat? Yang jauh darinya tarikh itu bolehlah menarik nafas lega kerana mereka tahu umur mereka sendiri tidak mungkin sampai ke tarikh kiamat itu namun bagaimana dengan yang lahir dekat dengan tarikh itu? Jelas di sini bukan mengapa Allah merahsiakan tarikh sebenar terjadinya kiamat. Itulah buktinya Allah maha adil. Sekiranya kita tidak mengetahui tarikh kiamat, pastinya kita akan berusaha untuk menambahkan amalan kita kerana kita sendiri tidak tahu, mungkin esok atau lusa boleh terjadinya kiamat.  Namun berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Munaafiquun ayat 11:

"Dan Allah tidak akan sesekali menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Jadi janganlah kita sangka hidup kita hanya akan berakhir apabila terjadinya kiamat sahaja sedangkan kita tidak menyedari ada sesuatu yang semakin hampir dengan kita berbanding kiamat. Itulah dia kematian yang tidak akan ditangguhkan sesaat ataupun dicepatkan sesaat waktunya. Apabila terjadinya kematian maka tidak guna kita menyesal dan meratapi kebodohan hidup di dunia dulu. Jadi saranan saya di sini apa kata kita beramal serampang dua mata, bukan sahaja untuk persediaan menghadapi hari kiamat tapi juga untuk menghadapi hari kematian kita. Namun jika ditakdirkanlah terjadinya kiamat pada 12.12.12 ini, apakah yang anda harus lakukan? Persoalan ini sebenarnya telah dijawab oleh Rasulullah dalam satu hadisnya:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya dan janganlah kamu biarkan kiamat berlaku tanpa kamu menanam benih tersebut.

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Maksud yang cuba disampaikan melalui hadis ini adalah walaupun kita mengetahui bahawa esok akan terjadinya kiamat, jangan pernah berputus asa dari apa yang kita usahakan. Buatlah apa yang mampu kita buat untuk menghadapi saat-saat yang maha dahsyat itu. InsyaAllah, kita akan berjaya di akhirat kelak. Eh, jangan terpengaruh dengan tarikh 12.12.12 tu tau, ia hanyalah propaganda barat, ingat tu baik-baik. Terima kasih kerana membaca, ada umur kita jumpa lagi dalam entri seterusnya, insyaAllah. ^_^














November 29, 2012

Top 5 Muslim Football Star + 1 Special

Top 5 Muslim Football Star + 1 Special





Asssalamualaikum dan salam sejahtera, hampa rasa tak apa yang aku rasa sekarang, satu virus atau wabak sedang melanda negara kita, pastikan anda bersedia kerana virus ini akan menyerang sesiapa sahaja tak kiralah siapa pun dia di Malaysia ni. Wabak ini akan menular selama sebulan lamanya. Itulah dia virus demam bola!!! Pastikan anda bersedia untuk menjerit-jerit macam orang tak waras dan memberikan sokongan padu sepadu-padunya pada pasukan HARIMAU MALAYA kita kerana pada tahun ini mereka akan mempertahankan gelaran yang mereka menang dua tahun lalu di Indonesia. Lebih bermakna lagi kali ini kita yang menjadi tuan rumah bersama Thailand. Ayuh, teruskan menyokong pasukan kebangsaan kita!!
Ok, memandangkan sekarang ni tengah demam bola, aku bercadang nak tulis pasal top 5 pemain bola sepak antarabangsa yang beragama Islam dan seorang pemain yang mungkin juga sudah pun dekat dengan Islam, cuma tunggu masa unuk dapat hidayah. Ini dia di tangga kelima:

Nombor 5:

Yaya Toure
Pemain tengah Manchester City ini yang kini semakin mendapat perhatian peminat-peminat bola sepak antarabangsa. Pernah dinobatkan beberapa kali sebagai 'Man Of The Match', aku sangat mengagumi keperibadian beliau yang teguh mengamalkan ajaran Islam walaupun hidup dikelilingi kemewahan dan kemasyuran. Antaranya yang ini:


Nombor 4:



Mungkin masih ramai yang tidak mengenali anak muda ini. Namanya Nuri Sahin dan kini bermain untuk pasukan Liverpool setelah dipinjamkam dari kelab lamanya iaitu Real Madrid. Ada satu gambarnya di padang yang membuatkan aku rasa kagum dengan dia ni:


Ini adalah gambar beliau yang mengutip roti di atas padang, menciumnya lalu meletakkannya di atas kepala. Beliau kemudian membawa keluar roti itu dari padang supaya tidak ada pemain lain yang memijak roti itu. Ini menunjukkan komitmen beliau yang tinggi terhadap agama beliau iaitu agama Islam.

Nombor 3:




Inilah dia Thierry Henry. Pemain kelahiran Perancis ini memeluk Islam pada tahun 2008 (rasanya) tapi yang pastinya hidayah sudah pun sampai pada beliau akhirnya. Alhamdulillah. Kini bermain untuk pasukan New York Red Bulls dan pernah menempah nama sebagai pemain terbaik sepanjang musim sehingga dianugerahkan anugerah Ballon d'Or. Ketika ditanya apakah sebabnya beliau memeluk Islam ini adalah komen beliau: "Islam adalah agama terbaik jika aku ingin percaya kepada sebuah agama. Seorang Muslim itu tidak boleh menjadi setengah-setengah. Aku mengikuti semua yang diajarkan dalam Al-Quran. Kerana itulah aku merasa Islam sangat dekat dengan diriku".




Nombor 2:

Nicholas Anelka

Bekas penyerang Chelsea ini telah memeluk Islam secara rasminya pada tahun 2004 dan telah menukar namanya pada Abdel Salam Bilal Anelka. Sebelum ini beliau tidak memeluk mana-mana agama malah tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Namun kerana menjadi Atheislah beliau banyak bergaul dengan temannya dari keluarga muslim. Dari situ dia mula tertarik pada Islam. Sebenarnya saya telah "menjadi muslim" ketika berusia 16 tahun lagi.  Ketika ditanya apakah yang menyebabkan beliau tertarik pada Islam, beliau menyatakan bahawa, "Islam adalah agama yang sesuai dengan hidup saya. Saya berasa nyaman dan tenang dengan agama dan hidup saya hari ini."


Nombor 1:

Mesut Ozil

Inilah dia Mesut Ozil, pemain dari kelab ternama Sepanyol, Real Madrid. Berasal dari Turki dan kini bermain sebagai penyerang tengah bagi kelab itu, pemain ini telah telah banyak membantu Real Madrid mengekalkan reputasinya sebagai antara kelab terbaik dunia. Pernah berkata bahawa Al-Quran menambah kekuatannya, beliau juga sangat mengambil berat akan krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin. Beliau telah melahirkan rasa simpati beliau dalam blog rasmi beliau yang mengulas tentang pembunuhan seorang kanak-kanak di Palestin yang sedang bermain bola oleh rejim zionis. Lebih mengharukan tambah beliau, kanak-kanak itu memakai jersi yang tertera namanya.



Astaghfirullah T_T
Beliau juga sangat menyayangi ibunya dan tidak segan untuk bergambar mesra dengan beliau. Angkat tangan berapa ramai yang sanggup buat begini pada ibunya:

Ozil dan ibunya

Proud to be Muslim

Sekarang kita tengok seorang lagi yang aku rasa insyaAllah tak lama lagi akan mendapat hidayah dari Allah, sama-samalah kita doakan, amiin, ini dia:

Christiano Ronaldo!!

Tersebar berita bahawa baru-baru ini beliau telah menjual kasut emasnya untuk didermakan pada sebuah badan amal untuk membantu membangunkan semula beberapa buah sekolah yang hancur di Tebing Gaza.



Beliau juga dikatakan pernah berkunjung ke Palestin pada tahun 2006 atau 2007. Ini adalah bukti sokongan beliau pada rakyat Palestin:


Memakai skaf Palestin


Sekiranya beliau memeluk Islam pastinya ramai akan mengikut jejak langkah beliau. Sama-samalah kita doakan agar beliau mendapat hidayah dari ALLAH.

Begitulah sedikit sebanyak coretan aku untuk kali ini dan harap dapatlah memberi manfaat pada kita semua terutamanya yang muslim agar terus berpegang pada jalan Allah dan yang paling penting banggalah mengistharkan diri sebagai seorang muslim. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 256:

"Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Islam itu bukan sekadar agama, it is the way of life. Arigato gozaimaso. ^_^












November 23, 2012

Mesej Di Sebalik Lord Of The Ring


Mesej Di Sebalik Lord Of The Ring


Assalamualaikum dan salam sejahtera, artikel kali ini aku ambil dari satu blog dan aku rasa sangat bermanfaat untuk kita kongsikan bersama. Tak pernah terfikir pun kaitan cerita ini dengan kedatangan dajjal tapi semuanya jelas memang ada kaitan setelah aku menonton siri The Arrival. Filem ini memang ada mesejnya yang tersendiri dan mari kita singkap apakah rahsia di sebalik filem epik ini. 

Artikel kali ini menyingkap sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinnya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk di kongsikan bersama.

Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu di dunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi, Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak Nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.
Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya. Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara – perkara ini. Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai tanda-tanda kiamat.



|Mordor = Markas dajjal Laknatullah|
Beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR:

1) Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.*
2) Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.
3) Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
4) Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia.



|Sauron = All Seeing eye = The False Messiah|





|The All of Seeing Eye|





|Witch king = Yajuj & Majuj|






         |Gandalf = Imam Mahdi|








|Aragorn = Isa almasih|








|Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar


Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah. Filem LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti. Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin).


Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah. Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.


Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali. Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani. Di antara persamaan isi filem LOTR dengan tanda-tanda kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiadi akir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Gandalf sebagai pemimpin yang memimpin golongan yang putih dalam menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.

5. Terdapat juga seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran, Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahadi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.
Waallahu’alam bisawab

Macam mana pandangan anda sekarang? Adakah semuanya hanya kebetulan atau ia memang sengaja direka sedemikian rupa agar kita sedar akan kehadiran dajjal ini? Lepas baca artikel ni, cuba tengok-tengok filem baru yang akan muncul mungkin bulan 12 ni, tajuknya Hobbit, cerita ni ada kaitan juga dengan The Lord Of The Ring:



Ayuh kita tonton filem dan cuba ambil apa-apa pengajaran dan mesej yang cuba disampaikan dalam filem itu, macam sorang kawan aku dulu aku tanya kenapa dia suka tengok filem, dia cakap "aku nak cari kaitan illumnati atau dajjal dengan filem tu", baguskan? Susah nak cari orang berfikiran macam tu sekarang. Terima kasih kerana membaca.



The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)