THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

January 25, 2013

Nilai Cinta Kita Pada Rasulullah SAW

Nilai Cinta Kita Pada Rasulullah SAW




Assalamualaikum dan selamat menyambut Maulidur Rasul 1434 hijrah. InsyaAllah entri kali ni akan cuba untuk buat kita menyelami sejauh manakah nilai kecintaan kita pada junjungan mulia, Nabi Muhammad saw. Pertama sekali kita bercakap pasal maulidur rasul, ada yang kata sambutan maulidur rasul ini adalah satu bid'ah. Bagi yang tidak mengetahui maksud bid'ah, ia bermaksud mengadakan perkara-perkara baharu yang tidak pernah Rasulullah anjurkan sepanjang hayat beliau. Jika ada yang mengatakan bahawa maulidur rasul ini adalah satu bid'ah, perkara itu memang benar kerana baginda sendiri tidak pernah meraikan hari kelahiran baginda termasuklah juga dengan para sahabat selepas kewafatan baginda. Namun bid'ah ini termasuk dalam bid'ah hasanah iaitu bid'ah yang baik kerana ia menyarankan agar orang ramai kembali mengingati rasulullah walaupun sudah berlalu 1400 tahun sejak baginda meninggalkan kita semua dan kembali untuk bertemu dengan Allah. Sesungguhnya apabila kita mengingati dan mencintai Rasulullah, maka secara automatik kita akan mendekati Allah kerana Rasulullah adalah habibullah iaitu kekasih Allah. Justeru apabila kita dekat dengan baginda akan timbul perasaan cinta jua pada Allah, subhanallah.

Pada hari ini kita mengakui bahawa kita kenal baginda Rasulullah saw. Kita mampu mengingati sirah- sirah baginda dan perjuangan baginda dalam membawa syiar Islam untuk ditegakkan di muka bumi ini. Justeru kita berbangga dengan ilmu yang kita miliki mengenai baginda, adakah ini wajar? Fikirkan sekali lagi wahai sahabatku, nilai semula sejauh manakah kita mengenali manusia agung ini. Jika kita merasakan kita sudah cukup mengenali baginda sebenarnya kita sudah silap kerana sesungguhnya firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 146:


“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu sedang mereka mengenai (salahnya perbuatan yang demikian).”  

Sebenarnya puak-puak kafir pada zaman baginda amat mengenali siapa sebenarnya baginda seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri bahkan mungkin lebih lagi.daripada itu. Ini terbukti apabila mereka menggelar baginda sebagai Al-Amin di tengah-tengah masyarakat yang rata-rata mungkar dan berakhlak buruk. Baginda digelar Al-Amin  kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong. Ketika baginda terang-terangan menyampaikan dakwah kepada penduduk Mekah, mereka bukan tidak mengakui apa yang disampaikan oleh baginda itu benar belaka namun kerana ingin menjaga kepentingan diri seperti pangkat dan harta mereka, mereka mula menafikan gelaran Al-Amin yang mereka beri kepada baginda lebih daripada 40 tahun itu. Janganlah kita menjadi seperti dua orang insan ini yang mencintai Rasulullah lebih dari segalanya namun akhirnya menjadi orang yang paling rugi di akhirat kelak:

1) Abu Lahab:

Abu Lahab atau nama sebenarnya Abdul Uzza ialah bapa saudara kepada nabi Muhammad saw. Semasa kelahiran baginda, Abu Lahab adalah antara orang yang paling gembira pada hari tersebut sehingga dia memerdekakan seorang hambanya yang bernama Thuwaibah al-Aslamiyyah, wanita dari bani Aslam. Kerana gembiranya Abu Lahab, dia telah mengadakan majlis Aqiqah pada hari ke tujuh dari hari kelahiran Nabi, dengan menyembelih beberapa ekor unta. Sebenarnya inilah Majlis Maulidur Rasul yang pertama diadakan dalam sejarah Rasulullah saw.

Setelah Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah binti Khuwailid, Abu Lahab telah menjodohkan anak-anak lelakinya dengan puteri-puteri Nabi iaitu anak sulungnya Utbah dengan Ruqaiyyah, dan anak keduanya Utaibah dengan Ummu Kalthum. Ini kerana dia sangat senang dengan Muhammad. Dan anak-anaknya itu pun sangat mencintai anak-anak Rasulullah, yang cantik dan bijak seperti ayah mereka. Tetapi kebahagiaan itu hanya sementara apabila Muhammad diangkat oleh Allah menjadi Rasul, Abu Lahab telah menjadi penentangnya yang utama. Beliau menyuruh kedua-dua anak lelakinya menceraikan isteri masing-masing. Maka kedua-duanya menceraikan isteri masing-masing. Utbah merasa sangat berat untuk menceraikan isterinya Ruqaiyyah, kerana dia sangat menyayangi isterinya itu, tambahan pula puteri Nabi itu sangat cantik orangnya, dan pandai pula mengambil hati. Lain pula halnya dengan Utaibah, dia dengan senang hati menceraikan isterinya Ummu Kalthum, kerana hatinya juga keras seperti hati ayahnya.

Begitulah perangai Abu Lahab yang pada mulanya sangat mencintai baginda namun akhirnya menjadi musuh baginda yang paling utama. Dialah antara orang yang namanya diabadikan dalam al-Quran, sebagai orang yang sangat celaka. Kisahnya disebutkan dalam surah al-Masad, sebagai orang yang dilaknat Allah swt hingga hari Kiamat. Sesungguhnya surah ini diturunkan sekitar 10 tahun sebelum wafatnya Abu Lahab dan dia sendiri mengetahui tentang surah ini yang menyatakan bahawa dia tidak akan menerima Islam sehingga ke akhir hayatnya. Jika dia hendak menafikan bahawa surah ini tidak benar maka dia boleh sahaja berpura-pura memeluk agama Islam dan kemudian menuduh bahawa Allah menurunkan surah yang palsu namun sejak turunnya surah ini hinggalah ke akhir hayatnya tidak pernah terlintas di hatinya untuk memeluk Islam walaupun sekadar untuk berpura-pura. Apa logiknya di sini jika angpa dapat fikirkan? Tidak lain dan tidak bukan, sesungguhnya janji Allah itu benar dan Dia tidak akan memungkiri janjiNya.

2) Abu Talib:

Abu Talib juga adalah bapa saudara kepada junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Setelah kewafatan Abdul Mutallib iaitu datuk baginda, Abu Talib telah mengambil alih tugas untuk menjaga dan mengasuh baginda. Tidak seperti Abu Lahab yang terus membenci baginda setelah baginda menyampaikan dakwah beliau, Abu Talib menjadi penyokong kuat kepada perjuangan baginda nabi saw. Dia banyak membantu dan melindungi Nabi Muhammad daripada ancaman puak quraisy Mekah dalam usaha baginda untuk menyebarkan Islam di kota Mekah. Pendek kata, selagi Abu Talib masih hidup, puak-puak kafir ini tidak mampu untuk menghapuskan baginda.

Namun sayang seribu kali sayang, beliau tidak tergolong dalam dalam orang yang mendapat hidayah dari Allah swt. Bila Abu Talib hampir mati maka Rasulullah s.a.w. pun pergi kepadanya. Didapati ada bersamanya Abu Jahal dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah bin al-Mughirah lalu Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai pakcik! Katakan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ satu ucapan yang aku akan menjadi saksi untuk engkau dengannya di sisi Allah.” Abu Jahal bin dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah berkata: “Wahai Abu Talib! Adakah engkau sudah benci kepada agama ‘Abd al-Muttolib?” Begitulah Rasulullah s.a.w. terus mengemukakan kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ kepadanya dan dia pula mengulangi ucapan tadi sehingga Abu Talib berkata di akhir ucapannya ialah dia berada di atas agama `Abd al-Muttolib lalu Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Sesungguhnya demi Allah! Aku akan meminta ampun untuk engkau selagi aku tidak dilarang daripadanya."

Kisah ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa walau sedekat mana pun orang itu dengan Islam jika Allah tidak mengkhendakinya untuk mendapat hidayah maka dia tetap akan mati dalam kekufuran. Justeru, berdoalah agar nikmat Islam yang kita dapat pada hari ini dipertahankan sebaik mungkin sehinggalah kita menghadap Allah di akhirat kelak.


Pengajaran yang boleh kita ambil iktibar dari kisah dua orang insan di atas adalah janganlah kita merasa bangga dan riak sekiranya kita mengenali Rasulullah lebih daripada orang lain. Jika dibandingkan dengan Abu Lahab dan Abu Talib sesungguhnya boleh diibaratkan seperti langit dan bumi ilmu kita tentang baginda berbanding mereka berdua. Begitu juga dengan jasa yang telah  mereka lakukan terhadap baginda. Namun adakah kita ingin menjadi seperti mereka yang akhirnya menjadi manusia yang paling rugi di akhirat nanti? Tepuk dada tanya iman, jangan kita sayang baginda seperti Abu Lahab dan Abu Talib menyayangi baginda, kita seharusnya menjadi lebih baik daripada itu. Bagaimana caranya? Amalkanlah sunah baginda kerana berdasarkan hadis baginda:

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)

Biarlah kalau kita ambil satu je pun dari sunah nabi dalam hidup kita tapi kita istiqamah dalam melaksanakannya, insyaAllah pahalanya sudah sangat besar berbanding kita ambil banyak-banyak tapi buat hanya sekali sekala. Ketahuilah sunah nabi itu sangat banyak serta boleh kita pilih mana yang kita suka  & insyaAllah jika dipraktikkan akan membawa banyak manfaat dalam hidup kita. Semoga berjumpa lagi dalam entri seterusnya, arigato gozaimaso, salam alaik. ^_^






  

2 comments:

seribupilihan said...

salam maulidur rasul jugak..sedap baca kisah nie..terima kasih..:-)

hafiz said...

alhamdulillah, datang idea nak tulis kisah Rasulullah saw dan Allah permudahkan urusan...sama2 :)

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)