THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

November 30, 2013

Ada Apa Dengan Waktu Senja??

Ada Apa Dengan Waktu Senja??



Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kita dipertemukan dalam entri seterusnya ini. Aku sebenarnya sedikit rushing ingin menyiapkan entri kali ini kerana nak kejar masa sebelum pukul 12 tengah malam 1.12.13 sebab aku nak sekurang-kurangnya ada satu post dalam bulan November ini. Sekarang jam menunjukan pada pukul 10.40 malam (sewaktu aku menaip) dan aku ada sejam lebih sahaja lagi sebelum masuknya bulan Disember.

Aku ada satu soalan untuk korang, kalau bercerita tentang waktu senja apa yang terlintas di fikiran korang?Orang dulu-dulu mesti marah kalau ada anaknya yang masih berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kan? Larangan ini masih lagi popular dan masih digunakan sehingga ke hari ini terutamanya bagi mereka yang ada anak-anak kecil termasuklah dalam keluarga aku sendiri. Semua pintu dan tingkap pula habis ditutup seolah-olah ada benda yang mahu dihalang daripada masuk ke dalam rumah. Larangan ini sebenarnya bersesuaian dengan satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

" Bila hari telah senja , laranglah anak-anak keluar rumah kerana ketika itu syaitan berkeliaran .. satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka . Kuncilah pintu dan sebut nama Allah kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang terkunci . Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah . Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama Allah , sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya dan padamkan lampu ( ketika hendak tidur ) . "


Belakangan ini, aku dapati semakin ramai yang tidak menghormati masuknya waktu senja ataupun nama glamournya waktu Maghrib. Televisyen-televisyen di Malaysia semakin galak menyiarkan drama-drama Melayu pada waktu sebegini. Bermula dengan fenomena drama Hingga Hujung Nyawa, I Love You Mr Arrogant dan sekarang Suamiku Playboy ( aku tak tengok tapi aku masih ambil tahu perkara-perkara macam ni...haha!!) menyebabkan semakin ramai umat Islam di Malaysia ini yang tidak mengendahkan masuknya waktu Maghrib kerana terlalu leka dengan keasyikan drama-drama ini. Itu bagi yang dewasa. Mungkin ada yang terlepas pandang juga bagaimana kanak-kanak juga dilalaikan dengan kartun-kartun pada waktu senja ini seperti Doraemon dan Crayon Shin Chan yang sudah bertahun-tahun disiarkan di kaca televisyen.

Itu perkara yang melibatkan televisyen, bagaimana pula dengan mereka yang berniaga pada waktu senja dan akhirnya terlepas solat Maghrib semata-mata nak mencari keuntungan dunia? Lebih menyedihkan jugak, pada waktu itu jugalah ramai umat Islam yang datang berkunjung ke pasar malam kerana alasan mereka pada waktu seperti itulah yang paling sesuai untuk ke pasar malam, sekiranya menunggu sebelum Maghrib tidak ada feeling pasar malam di situ ( aku pun tak faham apa feeling yang mereka maksudkan) ataupun barang yang mereka inginkan akan habis sekiranya keluar selepas Maghrib. Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya pada waktu-waktu senja sebeginilah waktu untuk syaitan keluar bermain. Syaitan sebenarnya terlalu aktif pada waktu senja. Jika seseorang itu tidur pada waktu senja, syaitan akan mudah masuk ke dalam mimpinya dan mulalah mengingau tak tentu pasal nanti. Elak ler tido waktu ni sebab waktu ni, manusia berada dalam fasa peralihan..dan sangat lemah pada period ini dan kerana itulah, mudah benar benda-benda yang tak sepatutnya masuk ke dalam badan kita..

Hadis:

Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja." (Muslim) 


Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat Maghrib. Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya. Seharusnya waktu Maghrib yang singkat itu diisi dengan perkara-perkara yang melibatkan kerohanian seperti solat, pengajian Al-Quran dan mendengar kuliah. Prinsip aku sendiri dalam hidup, aku tidak akan balas mesej (sekiranya ada yang menghantar la, haha!!!)  pada waktu Maghrib. Aku akan tunggu sekurang-kurangnya selepas Isyak untuk balas mesej tersebut kecuali jika perkara tersebut benar-benar penting untuk dijawab ( nasib la Isyak di Sarawak ni awal XD).

Aku rasa cukup setakat ini dahululah entri aku kali ini. Semoga perkongsian yang aku tuliskan di sini bermanfaat untuk mereka yang membacanya. Ingat, jangan sia-siakan waktu Maghrib tau, itulah antara waktu solat yang paling singkat untuk kita lakukan. Terima kasih kerana membaca. Semoga berjumpa lagi dalam entri seterusnya...wallahua'lam.








2 comments:

seribupilihan said...

waktu senja begini lah rasa kusyuk beribadat..doa pon tulus ikhlas..betul tak..

hafiz said...

yup..setuju sangat tu :)

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)