THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

August 27, 2013

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!!

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!!

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri bagi mereka yang sudi mengunjungi blog aku ini dan jika ada silap atau keterlanjuran kata sepanjang kalian membaca blog ini aku berharap kalian sudilah memaafkan diri aku yang hina ini.  Setelah berehat panjang hampir sebulan, kini aku kembali menulis walaupun dilanda tahap kemalasan yang ekstrim ditambah dengan suasana cuti semester yang membuatkan otak aku ini semakin berkarat, wakaka!!

Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Negara buat kali yang ke-56. Membawa tema “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” pada tahun ini, tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa itu dipilih untuk mengingatkan rakyat kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Sedar ataupun tidak kita semakin jauh meninggalkan zaman penjajahan yang membelenggu nenek moyang kita pada satu ketika dahulu. Jika dibandingkan lamanya kita dijajah dan lamanya kita merdeka, maka kita akan nampak perbezaan yang begitu ketara antara kedua-dua perkara tersebut. Bermula dengan jatuhnya Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511 sehinggalah kita bebas daripada tangan penjajah British pada tahun 1957, kita telah dijajah selama hampir 446 tahun!! Sesungguhnya 56 tahun merdeka itu amatlah kecil dan tidak sampai suku lagi daripada tempoh 446 tahun kita dijajah. Masih banyak yang harus kita lakukan untuk mengekalkan kemerdekaan kita lebih lama daripada tempoh kita dijajah. Dalam tempoh 446 tahun itu, antara penjajah yang telah menguasai negara kita adalah Portugis, Belanda, British dan Jepun. Tidak dilupakan juga negara kita pernah cuba untuk dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). 

Bercerita mengenai komunis, baru-baru ini timbul kontroversi mengenai sebuah filem yang mengangkat komunis sebagai hero Tanah Melayu. Filem "The New Village" dikatakan memutarbelitkan sejarah. Aku tak mahu komen mengenai filem itu di sini kerana tidak mahu dituduh menyebelahi mana-mana parti politik. Cukuplah aku katakan bahawa komunis bukanlah pejuang kemerdekaan negara dan kekejaman mereka lebih teruk daripada penjajah British. Mereka hanya memperjuangkan ideologi mereka dan kebanyakan orang Melayu sendiri menolak perjuangan komunis ini yang tidak sesuai dengan cara hidup masyarakat Melayu itu sendiri.


Antara kekejaman komunis yang pernah aku baca adalah pesalah yang mereka tangkap terutamanya yang disyaki bekerjasama dengan Jepun akan diseksa dan didera dalam kandang babi. Tangan dan kaki akan diikat dengan dawai dan setiap hari akan dijirus dengan najis babi. Selain itu, ada juga yang disuruh menggali lubang sendiri dan setelah siap leher mereka akan ditetak dengan kapak kecil lalu mayat mereka ditendang ke dalam lubang mereka gali sendiri itu. Komunis ini juga suka menyeksa pesalah di hadapan orang ramai agar mereka digeruni. Pernah juga aku terbaca, komunis pernah menangkap seorang tali barut Jepun lalu mereka menyeksanya berhari-hari. Hendak tahu apa yang mereka lakukan padanya? Pesalah digantung pada sebuah pohon lalu kulitnya dihiris sedikit demi sedikit lalu dilemparkan untuk makanan anjing. Setiap kali kulitnya disiat, maka menjeritlah si pesalah sehingga satu kampung boleh mendengar suaranya. Kejam sekali bukan??

Meskipun banyak antara kita dilahirkan sebagai generasi pasca kemerdekaan, namun seharusnya kita harus sentiasa menghargai dan mengingati jasa-jasa mereka yang berjuang untuk memerdekakan negara kita daripada tangan penjajah. Hal ini kerana tugas mengekalkan kemerdekaan itu lebih sukar berbanding untuk mencapainya. Mengapakah hal ini boleh terjadi? Ia tidak lain dan tidak bukan kerana kita semakin leka dengan nikmat kemerdekaan yang Tuhan kurniakan kepada kita. Jika di zaman penjajah dahulu semua pergerakan terbatas kerana bimbang pada penjajah yang zalim namun kini anak-anak muda semakin bebas untuk melakukan apa yang mereka mahukan. Jika dahulu perjuangan anak-anak muda adalah untuk menghalau penjajah namun kini perjuangan anak-anak muda adalah untuk mendapatkan hiburan yang berlebihan dan melampaui batasan.

Jika ditanya siapakah pejuang kemerdekaan yang mereka kenal mungkin tidak ramai yang dapat menjawabnya kerana mungkin mereka lebih mengenali artis-artis dari luar negara terutamanya artis-artis k-pop yang sedang digilai anak-anak remaja sekarang. Sejujurnya aku ini anti k-pop dan aku sendiri tidak mengerti mengapa banyak sekali artis-artis seperti ini yang disanjung oleh remaja zaman sekarang. Diharapkan peminat k-pop jangan marah naa, hahaha!!

Justeru, sebagai golongan generasi baru, apakah tanggungjawab kita untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai sekarang? Seharusnya kita menghargai pengorbanan dan jerih payah generasi terdahulu yang telah berjuang untuk memberikan kita keselesaan hidup seperti yang telah kita nikmati sekarang. Perjuangan mereka bukan hanya perjuangan di atas pena semata-mata tetapi atas darah dan keringat mereka juga. Hargailah nikmat kemerdekaan yang telah diberikan dengan mensyukurinya dan jangan biarkan hanya negara kita yang bebas merdeka namun pada hakikatnya minda kita pula yang dijajah oleh anasir-anasir negatif dari luar. Akhir kalam, aku mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke-56 dan semoga Malaysia bertambah makmur dan diberkati oleh Tuhan. Wallahua'lam.





The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)