THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

July 30, 2013

Misi Pencarian Kini Bermula!!!

Misi Pencarian Kini Bermula!!!


Assalamulaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah sekali lagi kita berjumpa dalam entri bulan ramadhan ini. Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan kita menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Sekarang sudah pun masuk ke fasa terakhir bulan ramadhan iaitu pelepasan daripada api neraka.
Selain itu tentunya umum mengetahui rahsia di sebalik 10 malam yang terakhir di bulan ramadhan ini iaitu adanya lailatulqadar. Inilah masanya kita meningkatkan lagi amalan kita untuk merebut keajaiban lailatulqadar itu yang malamnya itu lebih baik daripada 1000 bulan. Bayangkan jika kita mampu beribadah pada malam tersebut amalan kita pada malam itu lebih baik daripada 1000 bulan ataupun bersamaan dengan 83 tahun. Firman Allah dalam surah Al-Qadr ayat 1-5:

Lailat al-Qadr Malam Keagungan:

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

إنّا أَنْزَلْنَاهُ فٍي لَيلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ* لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بٍِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ* سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *

Terjemahan

[97: 1] Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr

[97: 2] Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu?

[97 : 3] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan

[97 : 4] Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah)

[97: 5] sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing.

Wah, ini adalah satu amalan yang sangat menguntungkan dan hanya terdapat pada bulan ramadhan ini. Bayangkanlah, secara purata umur umat Nabi Muhammad saw hanyalah selama 60 -70 tahun hijrah dan amat jarang ada yang mencapai peringkat umur 80 tahun dan ke atas. Justeru korang boleh bayangkan jika korang dapat rebut lailatulqadar itu, pahala yang korang akan dapat adalah bersamaan dengan 83 tahun korang beribadah kepada Allah walaupun korang mungkin hanya ditakdirkan hidup sehingga umur 30 tahun sahaja. Sekarang kita buat sedikit kiraan matematiklah ye, ini hanyalah satu contoh sahaja:

Pahala lailatulqadar: 83 tahun
Umur korang ditakdirkan mati: 30 tahun
Pahala dapat free: 83-30 = 53 tahun!!!

Ini baru kalau sekali korang dapat kejar lailatulqadar, kalau tiap-tiap tahun korang dapat kejar lailatulqadar tu, tak bertimbun pahala yang akan korang perolehi untuk dibawa ke akhirat kelak. Selain pahala digandakan pada malam tersebut, insyaAllah doa juga akan mudah dimakbulkan oleh Allah, mintaklah apa-apa sahaja yang baik pasti akan dimabulkan oleh Allah namun sekiranya masih belum ditunaikan, optimislah bahawa Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita pada masa akan datang.

Jadi apa petua-petua bagi mudah bangun malam untuk qiam 10 malam terakhir ini, jom kita tengok:

1) Bagi yang sudah bernikah, jauhkan diri daripada bersama dengan suami/ isteri anda seperti nabi saw buat.
2) Tidur di atas lantai yang keras tanpa bantal.
3) Minum air yang banyak sebab nanti rasa nak terkucil
4) Sebelum tidur tu ambiklah wuduk dulu dan berdoa semoga Allah bangunkan kita nanti untuk qiamualail.
   
InsyaAllah bila kita dah berusaha pasti Allah pula akan mempermudahkan urusan kita nanti untuk beribadah pada-NYa. Aku rasa sampai di sini sajalah entri pendek aku untuk kali ini, semoga kita mendapat lailatulqadar yang sangat didambakan oleh seluruh umat Nabi Muhammad saw ini, teruskan pencarian anda mencari lailatuqadar dan jangan pernah berputus asa dalam mengejarnya. Sampai jumpa lagi, terima kasih kerana membaca, wallahua'lam. ;)










July 16, 2013

Suami Isteri, Gincu, Gelas & ............

Suami Isteri, Gincu, Gelas & ............

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam entri yang seterusnya ini dan pastinya semua orang sedang berada dalam mood Ramadhan Kareem sekarang. Pastikan kita menjaga amalan kita sepanjang berpuasa ini agar puasa kita mendapat ganjaran setimpal daripada Allah dan bukan hanya mendapat lapar dan dahaga.
Hari ini aku nak tulis tentang satu sunah Nabi Muhammad saw yang pastinya ramai orang tidak tahu. Beberapa perkara diperlukan untuk mengikut sunah Nabi yang satu ini. Apa yang diperlukan adalah seperti berikut:

1)

Suami / Isteri


Sunah nabi yang ini hanya boleh dilakukan sesama suami isteri sahaja. Jadi bagi yang belum berkahwin itu aku minta maaf sebab belum masanya untuk korang lakukan sunah ini. Kalau korang buat dengan makwe atau pakwe korang, itu bukan sunah dah namanya, itu menempah dosa sahaja. Eh, nak tutup dah ke blog ni? Rileklah kawan, walaupun korang belum kahwin apa salahnya korang baca dulu entri ini sampai habis, mungkin korang boleh praktikkan pada masa hadapan, mana tahu kan, hehe!!


2)

Gincu Bibir

Gincu bibir ini hanya untuk para isteri sahaja jadi si suami jangan pandai-pandai nak pakai jugak ye!! Warna gincu tak kisah merah, biru, hijau atau warna apa sekalipun asalkan bibir anda bergincu itu sudah cukup untuk menjayakan sunah ini. Kalau yang membaca entri ini adalah para suami, mungkin anda boleh ke kedai selepas ini belikan isteri anda gincu, hehe!!


3)

Gelas Kaca



Gelas kaca ini hanya sebagai satu pilihan. Kalau nak guna cawan plastik biasa pun boleh jugak tapi kalau guna yang ini, lebih senang nak menjayakannya. Nampak pelik kan? Apa kaitan suami / isteri, gincu dan gelas? Hahaha!! Baca lagi sampai habis untuk tahu jawapannya. Owh dalam hal ini, satu gelas sahaja sudah cukup untuk ikut sunah ini. Satu sahaja ok.





Sudah ada semua perkara yang diperlukan untuk menjayakan sunah ini?  Sekarang apa yang perlu dibuat? Ikutilah langkah-langkah di bawah ini:

1) Bagi si isteri, bancuhlah air yang sedap-sedap sikit dan tuang dalam gelas kaca tadi. Barulah suami tengok berselera sikit, kalau bagi air kosong sahaja tak syoklah kan? Kalau si suami nak tolong buatkan air pun tak mengapa, baru sweet. :)

2) Janganlah lupa pakai gincu pulak, baru nampak cantik di mata suami dan senang nak menjayakan sunah ini.

3) Siap tuang air ke dalam gelas kaca tadi, bawalah gelas tersebut pada suami / isteri anda. Minum tu jangan lupa baca bismillah pulak. Eh nanti, bagilah isteri anda minum dulu, baru suami pulak yang minum.

4) Haa, sekarang selepas anda bagi isteri anda minum, baru anda akan nampak apa fungsi gincu dan dan gelas kaca tadi. Tak faham lagi? Inilah yang akan jadi bila anda bagi isteri anda minum guna gelas kaca tadi dengan bibirnya bergincu:


Gelas itu sudah ada tanda gincu isteri anda :)


5) Langkah terakhir untuk menjayakan sunah ini adalah anda iaitu para suami minumlah air tersebut menggunakan gelas yang sama dan minumlah dengan meletakkan bibir anda di tempat yang sama bekas gincu isteri anda berada. Wah tahniah, anda telah pun menyempurnakan salah satu daripada sunah Nabi Muhammmad saw!!! Masih tidak faham lagi? Baca hadis di bawah ini:


Aisyah berkata, “Aku pernah minum. Saat itu aku sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Nabi Muhammad SAW (dari bekas yang sama), di mana Baginda menempelkan mulutnya sama di tempat bekas aku minum, lalu Baginda minum. Pernah pula aku makan daging yang tersisa dari tulang dengan menggigitnya, sedangkan aku dalam keadaan haid. Kemudian aku memberikan daging itu kepada Rasulullah, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada bekas mulutku.” (Riwayat Muslim)


Senang bukan untuk mengikuti sunah baginda saw. Kehidupan baginda penuh dengan teladan termasuklah dalam kehidupan berumah tangga baginda yang dibangunkan atas dasar yang kukuh berdasarkan nilai-nilai murni dalam Islam. Sebenarnya banyak lagi sifat-sifat romantis Nabi Muhammad yang boleh kita jadikan teladan dalam berumah tangga ( err.....i mean bagi yang dah kahwin la...haha!! ), barulah perkahwinan tersebut kekal ke alam syurga, insyaAllah. Kalau korang nak tahu lagi bagaimana sifat-sifat kemuliaan nabi dalam alam rumah tangga yang lain silalah klik link di bawah ini, mungkin korang juga praktikkan untuk meniti alam perkahwinan nanti, hehe!! :



http://psipum.org/sisi-kehidupan-rasulullah-saw-sebagai-suami/



Dah klik? Macam mana pendapat korang? Nabi kita sangat sweet dan romantis kan? ~_~ Sampai di sini dahulu entri aku buat kali ini, semoga berjumpa lagi dalam post-post yang akan datang, selamat berpuasa dan terima kasih kerana membaca. ^_~






July 3, 2013

Setahun Di Bumi Kenyalang (Part 1)

Setahun Di Bumi Kenyalang Sarawak (Part 1)



Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian. Alhamdulillah pada tanggal 18 Jun 2013 yang lalu aku secara rasminya telah menamatkan pengajian aku sebagai pelajar tahun pertama di UNIMAS. Banyak sekali perkara yang telah berlaku sejak kali pertama aku datang ke sini setahun yang lalu. Bermula dengan tak tahu apa-apa perkara langsung mengenai bumi kenyalang ini, aku sudah mula dapat menyesuaikan diri dengannya dan tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa aku sendiri sudah jatuh cinta dengan tempat ini...wakaka!!!
Sesungguhnya setahun yang dilalui sebagai pelajar universiti amat mematangkan aku untuk menghadapi dunia yang mendatang. Dalam masa setahun juga banyak tempat-tempat menarik sekitar Kuching telah aku lawati. Kepada mereka yang tidak pernah datang ke Sarawak, berikut adalah antara tempat-tempat menarik untuk korang pergi jelajah:

1) Kuching Waterfront:

Terletak di tengah-tengah bandar Kuching, tempat ini adalah tempat yang wajib dilawati sekiranya korang datang ke Sarawak. Antara perkara menarik yang boleh korang buat di sini adalah menaiki river cruise merentasi Sungai Sarawak. Buaya ada tak? Hehe...kalau korang nasib baik mungkin boleh nampak la spesies tu semasa naik river cruise ni tapi setakat ni tak adalah lagi kes orang terserempak dengan buaya di waterfront tu. Kalau nak naik kapal yang cantik dan siap boleh makan-makan dekat atas tu, korang kena belanja lebih sikit tapi kalau nak naik bot-bot kecik untuk merentasi Sungai Sarawak ni, tambangnya hanya
RM 0.50 satu kepala. Apa yang ada di seberang? Haa...di situlah tempat tumpuan pelancong dari luar untuk mendapatkan kek lapis Sarawak dan ikan terubok masin. Aku tak pernah beli lagilah ikan terubok tu tapi kek lapis tu adalah jugak sebagai buah tangan sebelum pulang ke semenanjung. Harga tak mahal pun, satu kek lapis tu harganya dalam RM 10 je...kalau korang beli banyak, dia akan bungkus dalam kotak lagi untuk korang bawak balik nanti.

Belakang tu adalah Bangunan Dun Sarawak



Kalau naik bot kecik ni harganya RM 0.50 sekali naik

Kek Lapis Sarawak, yummy2 ^_^

2) Kolam Air Panas:

Bagi yang sudah jemu mandi di kolam-kolam biasa, apa kata korang beranikan diri jejakkan kaki ke kolam air panas yang terdapat di sekitar Kuching. Selain baik untuk kulit, badan korang juga akan rasa sangat segar selepas mandi di kolam itu. Tapi hati-hati, jangan terus terjun sebab korang sendiri akan menderita kepanasan nanti, hahaha!!! Turun perlahan-lahan dan celup badan korang satu persatu, mula-mula memang panas tapi bila dah lama sikit, pasti korang akan dapat menyesuaikan badan korang dengan suhu air di kolam tersebut. Kalau di Kuching ni, ada dua dah kolam air panas yang dah well establish iaitu Kolam Air Panas Panchor dan Kolam Air Panas Annah Rais.


  • Kolam Air Panas Panchor:




Kolam Air Panas Panchor ni dah selalu sangat aku pergi sebab aku ada projek di kolam air panas ini bersama ENACTUS UNIMAS untuk meningkatkan lagi jumlah pengunjung dan perkhidmatan yang disediakan di kolam air panas tersebut. Kami dah rancangkan pelbagai aktiviti untuk menaikkan lagi nama kolam air panas ni agar setanding dengan kolam air panas lain dekat Malaysia. Inilah antara perkara yang telah kami buat di kolam air panas itu:


Cheer-Up Panchor



Kerja-kerja membuat board Panchor


Customer Testimonial Board



Board AJK Kolam Air Panas Panchor



Kajian Lumut


Alhamdulillah, semakin lama semakin ramai pengunjung yang datang berkunjung ke Kolam Air Panchor ini, jadi kalau korang jejak kaki ke Kuching, singgah-singgah sitok jugak...hehe!! Kalau ada rezeki mungkin kamek jumpa kitak dekat sitok nanti!!





  • Kolam Air Panas Annah Rais: 



Kolam Air Panas Annah Rais ini juga salah satu daya tarikan pelancong di Sarawak, aku berkunjung ke sini akhir tahun lepas bersama rombongan ENACTUS UNIMAS untuk buat perbandingan antara kolam air panas ni dengan Kolam Air Panas Panchor. Ternyata kemudahan di kolam air panas Annah Rais ni lebih baik berbanding di Kolam Air Panas Panchor. Namun, apabila melihat perkara itulah, tekad kami lebih naik lagi untuk terus memajukan Kolam Air Panas Panchor. Bila korang jejakkan kaki ke sini, korang boleh pilih sama ada nak mandi air sejuk atau air panas. Apa yang menariknya dekat sini, kolam air panasnya terletak di tengah-tengah air terjun yang sejuk tu, pelik bukan tapi itulah kuasa Allah, subhannallah!!


Bersama Pihak Pengurusan Annnah Rais

Air di kolam ni sangaaat panaasss!!!

Lepas mandi air panas, berendam pulak dekat air terjun

Begitulah antara tempat-tempat menarik yang telah aku jejaki sepanjang setahun di sarawak, mesti ada yang tanya, eh banyak ni je ke tempat yang ang dah pergi? Hehe...sebenarnya ada lagi tempat menarik lain yang aku nak kongsikan dengan korang semua tapi untuk entri kali ini cukuplah sebanyak ini dulu aku tunjuk dekat korang, nanti ada masa aku share lagi tempat-tempat lain yang aku dah pergi dekat Sarawak ni. Bumi ciptaan Allah ini terlalu luas. Apa gunanya dijadikan bumi ini jika kita sebagai khalifahnya tidak meneroka dan menjelajah. Jika dilihat daripada sudut keimanan terhadap semua ciptaan-Nya yang sempurna dan indah, fikiran dan perasaan akan menjadi tenang. Orang beriman semakin bertambah imannya setiap kali melihat kejadian alam yang memperlihatkan kelainan. Firman Allah yang bermaksud:

"Kau tidak melihat sekali-kali pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah, sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" (Surah Al-Mulk, ayat 3)

Pergilah menjelajah dan kagumi serta bersyukurlah atas segala keindahan alam yang dijadikannya, juga bersyukurlah kerana kita masih ada mata untuk melihat keindahan alam ini. Kisah ini akan bersambung, insyaAllah, terima kasih kerana membaca, wallahua'lam. :-)


(To be continued........)

July 1, 2013

Berakhirnya Riwayat Penderhaka Pertama Langit!!!!!!

Berakhirnya Riwayat Penderhaka Pertama Langit!!!!!!



























Assalamualaikum dan salam sejahtera, sekali lagi kita berjumpa dalam entri kali ini, syukur alhamdulillah. Korang selalu tak baca Majalah Mastika? Aku tiap-tiap bulan mesti wajib beli majalah ini walaupun dalam keadaan kesempitan wang yang kronik. Kalau di semenanjung harganya cuma RM 4.00 tapi bila dah duduk di Sarawak ni, harga Majalah Mastika ni boleh naik sampai RM 5.50!! Sangat mahal... tapi orang cakap kalau dah gila tu apa pun sanggup redah!!  Aku tak kisah berhabis banyak duit untuk buku sebab aku memang minat membaca, samalah macam orang kaki shopping, tak kisah sebanyak mana duit habis asalkan dapat apa yang dia nak. Korang pasti ada yang pernah dapat baucer buku baru-baru ni kan? Adakah 90% daripada baucer tu korang habiskan dengan membeli bahan-bahan bacaan? Kalau tanya aku, ya, aku habiskan hampir semua baucer buku tu untuk membeli buku-buku yang aku nak walaupun aku jeles dengan kawan-kawan aku yang menggunakan baucer tu untuk beli barang-barang lain macam kasut dan sebagainya.
Kenapa aku pilih untuk tulis tentang majalah Mastika kali ni? Sebab aku ada benda menarik yang nak dikongsikan hasil pembacaan aku daripada majalah ni. Ada yang kata, "kenapa kamu baca mastika? Itu majalah sampah la, tak berfaedah langsung!!!" Aku yang dengar pun agak terkilan bila dengar macam tu tapi ramai yang tak tahu kebaikan majalah mastika ni. Ini adalah satu kisah yang aku ambil daripada majalah "sampah" ni... :

Sangkakala terakhir ditiupkan dan semua penduduk dunia pun mati. Allah menitahkan Malaikat Izrail turun ke bumi untuk menghabiskan nyawa iblis laknatullah. Izrail pun turun dengan rupa yang amat menakutkan. Apabila Izrail sampai kepada iblis, lalu diherdiknya iblis sehingga pengsan iblis laknatullah itu. Sebaik sahaja iblis tersedar malaikat Izrail mengherdik iblis sekali lagi. "Kini aku rasakan kepadamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya orang yang telah engkau sesatkan seluruh abad sepanjang engkau hidup. Inilah hari kematianmu! Ke mana lagi engkau hendak lari wahai iblis?" herdik Izrail.
Iblis berasa amat takut lalu melarikan diri sehingga ke Timur dunia. Namun sekelip mata sahaja Izrail muncul di hadapan matanya. Iblis cuba melarikan diri dengan menyelam ke dalam laut pula. Namun sekali lagi Izrail dapat menemuinya dengan sekelip mata. Berlarilah iblis mengelilingi dunia namun usahanya sia-sia. Akhirnya iblis kepenatan dan berputus asa. Iblis berlari mendapatkan kubur Nabi Adam a.s. "Wahai Adam!!! Disebabkan engkaulah aku ditimpa laknat Allah dan dihalau dari syurga. Aduhai sekiranya aku tidak dijadikan alangkah baiknya," ratap iblis sambil disaksikan Izrail yang sudah bersedia untuk mencabut nyawanya.
Iblis bertanya kepada Izrail: " Apa minuman dan seksa yang akan dikenakan kepadaku?" Izrail pun menjawab dengan suara bak halilintar: "Engkau akan diberi minuman daripada neraka Ladha. Diseksa dengan seksaan yang berlipat kali ganda lebih pedih daripada ahli neraka lain yang telah engkau sesatkan!"
Iblis terlalu takut sehingga berguling-guling dan meraung sekuat-kuatnya. Iblis berlari pula berulang-alik dari timur ke barat kerana kehilangan punca. Maka selepas itu turunlah pula malaikat Zabaniyyah yang bertanggungjawab menjaga neraka untuk membantu Izrail. Zabaniyyah pun menghalang iblis dengan tombak-tombak berapi daripada neraka Ladha. Selepas itu tubuh iblis ditikam dengan tombak berapi itu dari serata arah. Tersungkurlah iblis dalam keadaan sakaratulmaut.
Kemudian datanglah Adam a.s dan Siti Hawa untuk melihat sendiri keadaan iblis yang telah menyesatkan mereka berdua sehingga tercampaknya mereka daripada syurga. Setelah mendapati iblis dalam keadaan nazak, Nabi Adam a.s dan Siti Hawa pun berdoalah kepada Allah: "Ya Allah Ya Tuhan kami. Sesungguhnya dikau telah menyempurkan nikmatMu terhadap kami!" Maka setelah itu berakhirlah riwayat penderhaka pertama langit.

Begitulah sedikit sebanyak kisah yang mampu aku kongsikan hasil pembacaan aku dalam majalah Mastika ni. InsyaAllah selepas ini, banyak lagi kisah-kisah menarik yang ingin aku kongsikan daripada majalah no. 1 Malaysia ni. Kisah di atas ambillah pengajaran dan ingat selama mana pun kita hidup kita pasti akan merasai mati kerana itulah tujuan kita hidup di dunia ni, untuk mati.  Tapi bagi muslim, hidup kita bukan hanya untuk mati tapi sebagai ladang bekalan untuk kita bercucuk tanam bagi dibawa ke akhirat kelak. Seperti iblis, hidupnya sangat panjang bermula dari sebelum terciptanya Adam a.s sehinggalah dunia ini berakhir. Namun iblis hanya mensia-siakan nyawanya yang panjang itu untuk melakukan kemungkaran kepada Allah tanpa sedikit pun rasa mahu bertaubat. Ingat jangan jadi seperti iblis, manfaatkan masa kita hidup ini untuk menambahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah dan berdakwah di jalanNya. Ingat juga, hidup di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal selama-lamanya. Selamat menunaikan ibadah puasa 1434 Hijrah!! Kalau ada umur yang panjang insyaAllah kita akan berjumpa dalam entri ramadhan pulak nanti. Assalamualaikum, terima kasih kerana membaca, wallahua'lam. ^_^

Sumber: Mastika, Kitab Tanbihul Ghafilin
The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)