THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

December 30, 2013

Projek Pemurnian Manga 7: Pemuda Yang Rindukan Syahid

Projek Pemurnian Manga 7: Pemuda Yang Rindukan Syahid

Assalamulaikum dan salam sejahtera, aku mencari kesempatan di sebalik kesempitan waktu untuk menulis sesuatu juga dalam blog ini kerana aku ingin ini menjadi entri terakhir bagi tahun 2013. Memandangkan sekarang dah masuk musim peperiksaan akhir bagi kebanyakan universiti di Malaysia, aku tidak akan menulis panjang kerana aku juga nak belajar sebab nak hadapi final nanti, please pray for me and I will do the same for you guys, aamiin ya rabbal 'alamin. Baiklah, kalau stress study, apa kata luangkan masa korang sebentar untuk membaca Projek Pemurnian Manga aku yang ke 7: Ganjaran Berjuang Di Jalan Allah.









































Begitulah sedikit sebanyak yang mampu aku kongsikan dalam projek manga aku kali ini. Kisah ini diinspirasikan dari cerita seorang sahabat nabi iaitu Khalid Al-Walid yang sangat mendambakan syahid namun tidak berhasil mendapatkannya. Badannya penuh dengan parut akibat peperangan namun dia tidak juga mati kerana itu. Sehinggalah pada saat kematiaanya, sewaktu dia terlantar sakit di rumahnya,  sahabatnya datang menziarahinya dan memberitahunya agar tidak bersedih, sahabatnya berkata kepadanya, "Wahai Khalid Al-Walid, janganlah engkau bersedih kerana engkau tidak mendapatkan syahid, bukankah Rasulullah menggelarkanmu sebagai Pedang Allah. Pedang Allah itu tidak akan patah dan kerana itulah kau tidak pernah tewas di medan peperangan. Bergembiralah wahai sahabatku." Tidak lama selepas itu sakit Khalid Al-Walid semakin teruk dan akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya. Namun janji Allah itu pasti buat hambanya yang sentiasa bejuang menegakkan kalimah tauhid di dunia ini. 

Anas ra berkata : Rasulullah SAW bersabda : Siapa yang minta mati syahid dengan sungguh-sungguh, akan diberi-Nya,walaupun ia tak mati terbunuh. (Riwayat Muslim.)

Semoga kita dapat mengambil manfaat daripada kisah ini walaupun disampaikan dalam bentuk yang santai sahaja. Begitulah berakhirnya entri terakhir bagi tahun 2013 ini. Aku memohon segala keampunan sekiranya sepanjang aku menulis dalam blog ini ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kepada yang bakal menduduki peperiksaan akhir, bittaufiq wannajah aku ucapkan dan aku juga mohon doa dari kalian juga untuk peperiksaan final yang bakal aku hadapi kelak. Jazakallah kerana membaca, jumpa lagi dalam entri seterusnya, entri tahun 2014 pula, wallahu'alam. ;)



komik asal: Naruto
idea asal: Masashi Kishimoto
sumber: www.mangareader.com





December 14, 2013

Kenapa Pula Dengan Waktu Malam??

RAHSIA MALAM



 ♪ Heningnya suasana malam,
Ketenangan malam mendamaikan jiwa,
bukti kebesaranNya Yang Esa,
Yang Maha Kuasa.
Malam bagaikan ada tersimpan,
sejuta rahsia.....malam....
dihiasi bintang-bintang,
keindahan tiada taranya.
Malam membawa kegelapan,
selimuti alam semesta. ♪


Assalamualaikum dan salam sejahtera, lagu di atas ini adalah lagu dendangan kumpulan Nasyid Hijjaz yang bertajuk Malam. Lagu ini memang sedap didengar dan jika dihayati betul-betul sangat indah maknanya. Bahagian yang paling menarik dalam lirik ini adalah bila dia sebut "Malam bagaikan ada tersimpan, sejuta rahsia...." Benar, malam memang penuh dengan rahsia yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia dan hanya Allah yang mengetahui tentangnya dengan amat mendalam.

Kegelapan yang dibawa oleh malam itu sendiri menyembunyikan pelbagai perkara di sebaliknya sama ada baik ataupun buruk. Ada sahaja manusia di dunia ini yang berselindung dengan kebaikan pada siang hari namun bertukar watak pada malam hari. Jenayah berleluasa pada malam hari kerana sunyinya keadaan pada malam hari. Malam juga sering dikaitkan dengan keluarnya entiti-entiti menakutkan berbanding waktu siang. Mungkin jika mereka keluar pada siang hari maka orang akan menyangka mereka hanya seorang manusia yang pelik dan tidak siuman? Hahaha!! Aku sendiri tidak suka keluar pada malam hari melainkan jika ada urusan sahaja dan jika berada di luar rumah pada waktu malam sebaiknya kita serahkan keselamatan kita pada Allah kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang ada di sebalik kegelapan malam itu. Namun adakah kita perlu takut apabila tibanya waktu malam? Teruskan pembacaan, insyaAllah korang tak takut dan akan lebih menghargai waktu malam yang korang ada selepas ini.

Setiap apa yang ada di dunia ini pasti ada pasangannya. Seperti lelaki dan wanita ditakdirkan bersama, maka begitu juga kisah antara siang dan malam yang dijodohkan untuk saling melengkapi sesama lain. Allah menjadikan siang masa untuk manusia bekerja dan mencari rezeki manakala malam pula adalah masa untuk berehat dan mendambakan diri kepadaNya. Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa di sebalik penciptaan malam dan siang itu adalah tanda-tanda kekuasaanNya bagi mereka yang mahu berfikir. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelasnya apabila tiba malam hari akan munculnya bintang-bintang dan bulan yang menghiasi langit malam dan menjadikan ianya begitu indah untuk dihayati. Bagi mereka yang meyakini dan mencari kewujudan Sang Pencipta, mereka akan membuat rumusan bahawa tiada manusia biasa yang dapat menjadikan keajaiban sebegitu rupa melainkan Tuhan. Firman Allah dalam Surah Al-Qasas ayat 73:

Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya. 

Malam juga amat istimewa kerana terdapat kelebihan yang tersendiri berbanding dengan waktu siang. Selain waktu untuk berehat selepas seharian bekerja pada siang hari, malam juga dapat digunakan untuk beribadat kepadaNya dan waktu yang amat digalakkan untuk kita melakukannya adalah pada waktu sepertiga malam iaitu kira-kira pada pukul 2 atau 3 pagi waktu Malaysia. Bayangkan di saat ramai manusia yang terlena di atas tilam melayani mimpi-mimpi indah mereka, kita pula bangun semata-mata untuk mendekatkan diri kepadaNya. Sesungguhnya amatlah besar kurnia Allah bagi mereka yang sanggup meninggalkan kesenangan diri dan mahu mendekatiNya. Pada waktu inilah waktu yang paling mustajab untuk kita memohon sesuatu daripada Allah dan sudah pasti Allah akan mengurniakannya seiring dengan satu hadis Nabi Muhammad saw:

Daripada Abi Hurairah (semoga Allah meredhainya), beliau berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda:“Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir, (kemudian) Dia berfirman, ‘Barang siapa berdoa kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan, barang siapa meminta kepada-Ku, niscaya akan Aku berikan, dan barang siapa memohon ampun kepada-Ku, niscaya akan Aku ampuni.’”

(Hadis Riwayat Muslim)


Wahai sahabatku, sesungguhnya malam itu merupakan satu rahmat dan kurnia dari Allah bagi sekalian manusia. Ramai yang tidak menyedarinya dan membiarkan malamnya hanya dilalui dengan perkara yang sia-sia. Ayuh, selepas membaca entri aku yang tidak seberapa ini, kita muhasabah semula diri kita, adakah kita memanfaatkan sepenuhnya kebaikan waktu malam yang Allah beri pada kita ini? Jika kita mensia-siakan kurniaanNya ini, ingatlah bahawa ini mungkin malam terakhir kita dapat melihat keindahan bintang yang menghiasi langit kerana mungkin tiada lagi malam bagi kita di dunia ini pada esok hari melainkan malam pertama pula di alam barzakh yang penuh dengan debaran dan persoalan daripada Malaikat Munkar dan Nakir. Hmm, benarlah malam itu tersimpan sejuta rahsia di sebalik pengetahuan manusia.

Alhamdulillah aku sudah pun siap menulis entri ini, terima kasih sangat-sangat kerana membaca dan diharap dapatlah diambil sedikit manfaat dari entri yang tidak seberapa ini. InsyaAllah kita jumpa lagi dalam entri akan datang, entri terakhir tahun 2013!!!! Arigato gozaimaso!!! Wallahua'lam. ;)










November 30, 2013

Ada Apa Dengan Waktu Senja??

Ada Apa Dengan Waktu Senja??



Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kita dipertemukan dalam entri seterusnya ini. Aku sebenarnya sedikit rushing ingin menyiapkan entri kali ini kerana nak kejar masa sebelum pukul 12 tengah malam 1.12.13 sebab aku nak sekurang-kurangnya ada satu post dalam bulan November ini. Sekarang jam menunjukan pada pukul 10.40 malam (sewaktu aku menaip) dan aku ada sejam lebih sahaja lagi sebelum masuknya bulan Disember.

Aku ada satu soalan untuk korang, kalau bercerita tentang waktu senja apa yang terlintas di fikiran korang?Orang dulu-dulu mesti marah kalau ada anaknya yang masih berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kan? Larangan ini masih lagi popular dan masih digunakan sehingga ke hari ini terutamanya bagi mereka yang ada anak-anak kecil termasuklah dalam keluarga aku sendiri. Semua pintu dan tingkap pula habis ditutup seolah-olah ada benda yang mahu dihalang daripada masuk ke dalam rumah. Larangan ini sebenarnya bersesuaian dengan satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

" Bila hari telah senja , laranglah anak-anak keluar rumah kerana ketika itu syaitan berkeliaran .. satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka . Kuncilah pintu dan sebut nama Allah kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang terkunci . Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah . Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama Allah , sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya dan padamkan lampu ( ketika hendak tidur ) . "


Belakangan ini, aku dapati semakin ramai yang tidak menghormati masuknya waktu senja ataupun nama glamournya waktu Maghrib. Televisyen-televisyen di Malaysia semakin galak menyiarkan drama-drama Melayu pada waktu sebegini. Bermula dengan fenomena drama Hingga Hujung Nyawa, I Love You Mr Arrogant dan sekarang Suamiku Playboy ( aku tak tengok tapi aku masih ambil tahu perkara-perkara macam ni...haha!!) menyebabkan semakin ramai umat Islam di Malaysia ini yang tidak mengendahkan masuknya waktu Maghrib kerana terlalu leka dengan keasyikan drama-drama ini. Itu bagi yang dewasa. Mungkin ada yang terlepas pandang juga bagaimana kanak-kanak juga dilalaikan dengan kartun-kartun pada waktu senja ini seperti Doraemon dan Crayon Shin Chan yang sudah bertahun-tahun disiarkan di kaca televisyen.

Itu perkara yang melibatkan televisyen, bagaimana pula dengan mereka yang berniaga pada waktu senja dan akhirnya terlepas solat Maghrib semata-mata nak mencari keuntungan dunia? Lebih menyedihkan jugak, pada waktu itu jugalah ramai umat Islam yang datang berkunjung ke pasar malam kerana alasan mereka pada waktu seperti itulah yang paling sesuai untuk ke pasar malam, sekiranya menunggu sebelum Maghrib tidak ada feeling pasar malam di situ ( aku pun tak faham apa feeling yang mereka maksudkan) ataupun barang yang mereka inginkan akan habis sekiranya keluar selepas Maghrib. Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya pada waktu-waktu senja sebeginilah waktu untuk syaitan keluar bermain. Syaitan sebenarnya terlalu aktif pada waktu senja. Jika seseorang itu tidur pada waktu senja, syaitan akan mudah masuk ke dalam mimpinya dan mulalah mengingau tak tentu pasal nanti. Elak ler tido waktu ni sebab waktu ni, manusia berada dalam fasa peralihan..dan sangat lemah pada period ini dan kerana itulah, mudah benar benda-benda yang tak sepatutnya masuk ke dalam badan kita..

Hadis:

Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja." (Muslim) 


Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat Maghrib. Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya. Seharusnya waktu Maghrib yang singkat itu diisi dengan perkara-perkara yang melibatkan kerohanian seperti solat, pengajian Al-Quran dan mendengar kuliah. Prinsip aku sendiri dalam hidup, aku tidak akan balas mesej (sekiranya ada yang menghantar la, haha!!!)  pada waktu Maghrib. Aku akan tunggu sekurang-kurangnya selepas Isyak untuk balas mesej tersebut kecuali jika perkara tersebut benar-benar penting untuk dijawab ( nasib la Isyak di Sarawak ni awal XD).

Aku rasa cukup setakat ini dahululah entri aku kali ini. Semoga perkongsian yang aku tuliskan di sini bermanfaat untuk mereka yang membacanya. Ingat, jangan sia-siakan waktu Maghrib tau, itulah antara waktu solat yang paling singkat untuk kita lakukan. Terima kasih kerana membaca. Semoga berjumpa lagi dalam entri seterusnya...wallahua'lam.








October 20, 2013

Setahun Di Bumi Kenyalang (Part 2)

Setahun Di Bumi Kenyalang Sarawak (Part 2)



Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar kalian yang membaca blog ini? Alhamdulillah kita bertemu semula setelah hampir sebulan aku mendiamkan diri daripada menulis apa-apa dalam blog ini. Beginilah rutin hidup yang terpaksa dilalui oleh seorang pelajar universiti yang sentiasa sibuk dengan assignment dan perkara-perkara lain berkaitan kampus. Jika kita pandai membahagikan masa pasti hidup kita akan lebih terurus namun jika tidak menderita jugaklah nak uruskan semua benda sekaligus lagi-lagi bagi mereka yang suka buat kerja last-last minit, haha!! Aku pun masih lagi mencari jalan macam mana nak uruskan masa memandangkan semester ini merupakan antara semester paling sibuk berbanding semester yang lepas-lepas, tapi tips yang pernah aku dengar untuk kendalikan situasi macam ini adalah kita kena tahu keutamaan kita di mana. Kalau nak senang lagi faham, Bahasa Inggerisnya berbunyi, "you should know which one is your priority", hehe!!

Entri kali ini aku akan sambung kisah setahun aku di bumi kenyalang sebagai pelajar Universiti Malaysia Sarawak. Pada bahagian pertama dahulu aku dah ceritakan kisah Kuching Waterfront, Kolam Air Panas Panchor dan Kolam Air Panas Annah Rais, bagi yang terlepas kisah-kisah tersebut boleh klik link yang aku sediakan ini. http://therememberguardian.blogspot.com/2013/07/setahun-di-bumi-kenyalang-part-1.html
Ini adalah tempat lain yang telah aku jejaki sepanjang berada di sini:

------> Kampung Gayau, Sri Aman:




Anyway, selain tempat-tempat tersebut, aku juga telah ke sebuah kampung yang yang terletak di Sri Aman, kira-kira dua jam perjalanan dari Kuching, apa yang aku buat di sana? Hehehe, pengalaman yang sangat tidak dapat dilupakan, aku telah menyertai ENACTUS UNIMAS untuk mengadakan satu bengkel Bahasa Inggeris di sana. ENACTUS adalah satu kelab di UNIMAS yang banyak melakukan kerja-kerja sukarelawan untuk membantu meningkatkan lagi taraf hidup komuniti di satu-satu kawasan tersebut. Kalau nak cerita pasal ENACTUS rasanya akan lari tajuk pulak nanti, jadi rasanya itu pun dah cukup untuk buat masa ini. Biarlah gambar yang berbicara tentang aktiviti kami di sana. ^__~

1) Permulaan perjalanan:


Sesi menunggu kenderaan untuk ke sana, muka mengantuk lagi ni. XD



Tengok muka pun dah tahu, kakak ni dah tak sabar menunggu!

Rupanya yang kami akan naik pacuan empat roda ke sana, first time ni, huhu!!

Abang Wak, driver yang sangat baik hati bawa kami ke sana
Kedatangan kami disambut oleh orang kampung.  ^__^


Sebelum kami memulakan bengkel English itu, kami terlebih dahulu melawat ke sekolah tempat mereka belajar. Memandangkan pada waktu itu merupakan musim cuti sekolah maka tiada sesiapa pun di sekolah tersebut dan kami bebas untuk meneroka kawasan persekitarannya.

2) Sesi melawat Sekolah kebangsaan St Leo, Gayau:


Bilangan murid yang sangat sedikit, senanglah cikgu yang dapat sini, hehe!!

Siapa boleh tolong tafsir pantun ini?? ^__~
Para guru sehari

Perpustakaan mereka, sangat kecil!! =_=

Setelah puas menjelajah sekolah tersebut, kami masuk ke kampung untuk mencari murid-murid kami. Memandangkan hari itu merupakan cuti sekolah, ramailah antara mereka yang berada di rumah masing-masing.

3) Sesi mencari murid-murid:




Pencarian bermula!! ^__^

Misi ini membawa kami sebuah rumah panjang.


Mereka sangat ramah!! ^__^
"Adik sini sekejap."


Adik2 ni comel giler, korang tak tengok rupa kakak mereka lagi, pergh, cair!!

Akhirnya mereka dikumpulkan!!

Akhirnya setelah puas berjalan mencari murid, kami pun bahagikan mereka mengikut umur masing-masing dan mereka akan diletakkan bersama para guru sehari tadi. ^__~

4) Sesi English Workshop:


Pembahagian murid dan guru.


Debaran seorang guru, senyuman itu hanyalah bagi menutup rasa bimbang!!

Our president, a very dedicated teacher, hehe!!
Comel betul cikgu-cikgu ni, haha!!



Kami ajar apa yang kami mampu, ini sesi nyanyi lagu knee, head, shoulder.


Kadang-kadang rasa macam syok sendiri pun ada!! XD XD




Murid-murid aku dan Cikgu Hazim

Cikgu Tabita Tata, hehe!!

Cikgu dengan murid sama saiz, haha!!

Setelah berhempas pulas mencurahkan segala ilmu yang kami tahu tentang Bahasa Inggeris ini, kami mengadakan sedikit sesi gotong royong membersihkan sekolah bersama murid-murid tersebut dan seterusnya game yang paling dinanti, perlawanan bola sepak murid + cikgu, bukan nak bangga tapi aku score dua gol dalam match tersebut, sekali rasa macam CR pun ada, haha!!

5) Sesi gotong royong dan bermain bola sepak:

Tiada gambar yang diambil, gotong royong tu tak apalah tak ada gambar, tapi gambar aku score gol pun tak ada, adoi!! Agaknya semua sibuk bermain masa tu sampai tak sempat nak snap gambar. Ruginya!!! Hahaha...haha...haa!! =_=


Muka penat selepas jaring dua gol, percayalah!!! Hehe!!
Bergambar kenangan sebelum pulang ke UNIMAS.


Begitulah berakhirnya kisah aku di Kampung Gayau, Sri Aman. Sehinga hari ini, jika aku kenangkan kembali kisah ini, aku akan tersenyum sendiri memikirkan bagaimana aku mampu menjadi seorang guru dalam waktu sehari sahaja dan mengajar kanak-kanak di sana. Orang cakap bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, maka segalanya akan menjadi mudah, mungkin itulah yang menjadikan tugas kami semua begitu lancar di sana tanpa timbul apa-apa masalah pun. Melihat pada murid-murid di sekolah itu, menjadikan aku berfikir sejenak, alangkah beruntungnya mereka yang tinggal di semenanjung yang sekolahnya begitu hebat dan serba canggih berbanding murid-murid yang aku temui di sini. Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 23:

“Katakanlah: “Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati”. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.” 

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan jangan menggunakan nikmat yang Tuhan berikan ke arah keburukkan. Jangan pula disangka mereka ini tiada masa depan kerana selalunya kesusahan itulah yang menjadikan mereka lebih tabah dan bersemangat untuk mengubah takdir hidup mereka ke arah yang lebih baik. Aku rasa cukuplah sampai di sini dahulu entri untuk kali ini, kisah aku di Sarawak ini akan bersambung, insyaAllah, terima kasih kerana membaca, wallahua'lam. :d

(To be continued........)

P/S: With < MiKe >  ^___~

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)