THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

August 2, 2012

Top 5 Rancangan Kanak-Kanak Tak Berfaedah Di Tv Malaysia

Assalamualaikum,

memandangkan aku dah berhenti kerja sekarang jadi aku memang banyak masa terluang di rumah,
tapi selalunya dari pagi sampai petang adik-adik aku yang kuasai tv kat rumah tu sebab depa nak tengok rancangan-rancangan kartun terutamanya kat Astro Ceria...tapi kalau ada cerita aku nak tengok aku akan rampas je remote control dari adik aku tu, agak kejam jugak la aku ni. Sebenarnya ada benda aku tak puas hati dengan beberapa rancangan kanak-kanak yang ada di Malaysia ni.

Berdasarkan pemerhatian aku selama aku cuti panjang ni, aku dapat rasakan ada beberapa rancangan di televisyen Malaysia ni tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan patut dihentikan terus penyiarannya. Di sini aku boleh berikan top 5 rancangan kanak-kanak yang tidak berfaedah yang ada di Malaysia ni, check it out, zasss....

Nombor 5 :


Berada di tangga kelima dalam carta rancangan sampah di Malaysia, Idola Kecil!!! Rancangan yang konon-kononnya nak mencungkil bakat terpendam kanak-kanak di Malaysia ni sebenarnya tidak bermanfaat sama sekali dan hanya menggalakkan kanak-kanak berangan untuk menjadi superstar walaupun mereka masih bertatih di sekolah rendah.


Nombor 4:

Berada di tangga keempat dalam carta ini adalah rancangan kendalian Aznil Haji Nawawi iaitu Tom Tom Bak!! Aku memang tak suka dengan rancangan ini kerana menurut pemerhatian aku rancangan ini menyasarkan golongan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun untuk menjadi seorang penghibur. Memang bagus usaha Pak Nil untuk cungkil bakat-bakat terendam @ terpendam dalam diri mereka tapi pendedahan berlebihan terhadap hiburan pada usia sebegini amatlah tidak sesuai dengan proses pembesaran mereka yang lebih memerlukan bimbingan asas agama yang kukuh agar mereka mampu membesar menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. 

Nombor 3:


Phineas & Ferb menduduki tangga ketiga dalam carta aku kali ini. Sebenarnya aku jarang sangat tengok cerita kartun ni sebab rumah aku tak ada Astro Disney Channel. Tapi hari tu Astro buat promosi yang semua channel boleh ditonton jadi pastinya adik-adik aku tak lepaskan peluang untuk membuka channel Disney. Salah satu rancangan yang sempat aku tengok dengan adik-adik aku ( aku suka tengok kartun jugak ) adalah rancangan di atas. Berdasarkan apa yang aku tengok rancangan ini amatlah tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak terutamanya di Malaysia. Rancangan ini banyak menjurus kepada hubungan pergaulan bebas antara lelaki & perempuan. Malah adegan ciuman antara watak utama juga tidak dipotong oleh pihak Astro. Mungkin terlepas pandang atau sengaja membutakan mata, wallahua'lam. Nasib baik tak langgan Astro Disney Channel. =_=


Nombor 2:


Ini juga antara cerita yang pada aku memberikan pengajaran yang tidak baik pada penontonnya, Asari Chan. Cerita ni selalu dimainkan di Astro Ceria dan adik aku sebagai kipas susah mati  ( die hard fan )  Astro Ceria pastinya tak terlepas dari tonton cerita ini. Bagi aku cerita ni teruk kerana watak utamanya iaitu Asari sering berkelakuan tidak senonoh dan tidak sesuai dengan karakternya sebagai seorang budak perempuan. Dia sering bergaduh dengan kakaknya dan juga sentiasa dengki dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Kadang-kadang pakaian yang ditonjolkan dalm cerita ini juga tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak malah orang dewasa sekalipun. Pokoknya, cerita ni bawa pengaruh tidak baik pada para penontonnya.

Nombor 1:


Inilah pemenang carta rancangan tak bermanfaat di Malaysia pada pandangan aku, Hagemaru!! Kenapa ya aku cakap cerita budak comel ni boleh jadi juara carta aku ni? Banyak sangat sebabnya, jangan tertipulah dengan wajah comel budak botak ni. Dia ni aku boleh cakap budak paling licik pernah aku jumpa sepanjang aku tengok cerita-cerita kartun di tv. Dia taklah jahat tapi nakalnya tu boleh buat hati mendidih jugaklah. Pandai buat helah, dengki pada orang, pembuli binatang & sanggup buat apa saja untuk capai apa yang dihajati, itulah sifat si Hagemaru ni. Tambah menjengkelkan lagi, mak dan ayahnya juga berperangai dua kali lima dengan si anak. Nasihat aku kalau nak tengok cerita ni tengoklah sebab ceritanya memang kelakar tapi pengajaran yang ada dalamnya memang kosong...kosong...sesuai la untuk bagi yang dah boleh bezakan antara baik dan buruk tapi untuk yang hingus masih meleleh tu, bimbingan dari yang lebih memahami amatlah diperlukan untuk menonton rancangan ini. 

Sekian terima kasih kerana membaca, jika ada yang tak puas hati silakanlah suarakan, ini hanya berdasarkan pemerhatian aku sahaja, pandangan angpa aku tak tau macam mana sebab citarasa masing-masing tak sama. Jumpa lagi dalam entri seterusnya =)




6 comments:

Anonymous said...

apa ko merepek ni ha

hafiz said...

minta maaf jika anda tidak suka dengan entri ini tapi macam yang saya tuliskan di atas, ini berdasarkan pandangan dan pemikiran saya sendiri, saya faham jika ada yang tidak suka kerana masing2 ada pandangan sendiri..terima kasih atas komennya =)

Femmy said...

everyone have their own style of thinking. nice entry.

hafiz said...

thanx zul fahmi :e

Anonymous said...

setuju banyqk cerita kartun merapu dan tak membina jiwa dan mendidik insan.

HafizulHukmi said...

masuk 2020 Hagemaru jugak astro ceria ambil balik siar semula

The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)