THE BEST GUARDIAN AND PROTECTOR IS ONLY ALLAH
Banner created with MyBannerMaker.com

Pages

Check This Out!!

August 10, 2012

Lailatul Qadar, Rahsia Malam Penuh Berkat


Assalamualaikum, hari ni dah masuk hari ke 21 kita berpuasa, bagaimana puasa angpa tahun ini? Lebih bermakna atau sama ja macam tahun-tahun yang lepas? Sedar tak sedar dah dekat sebulan kita berpuasa, tak lama lagi bulan yang penuh berkat ini akan berlalu, entah kita akan jumpa lagi tak dengannya tahun depan, wallahua'lam...sekarang pun dah masuk fasa terakhir bulan ramadan, aku rasa semua dah tahu apa yang terkandung dalam 10 malam terakhir ramadan ni kan? Ya...tepat sekali!! 10 markah untuk anda!! Ia terkandung lailatul qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan, apa rahsia di sebalik malam istimewa ini? Ayuh kita singkap sebentar, zass.....

MALAM LAILATUL QADAR | RAHSIA MALAM ISTIMEWA DISEMBUNYIKAN AGAR MUKMIM BUAT AMAL TANPA PILIH MALAM TERTENTU | RAMADAN, bulan penuh keberkatan dan dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan iaitu 83 tahun. Malam lailatul qadar yang dicari setiap kali Ramadan adalah anugerah terbaik dalam kehidupan manusia. Sedarkah kita Allah telah memuliakan umatnya pada malam lailatul qadar yang mempunyai kelebihan kerana malam itu menyaksikan turunnya al-Quran al-Karim.

Menurut pandangan sebahagian ahli tafsir, al-Quran diturunkan sekali gus ke Baitulizzah di langit kedua pada malam lailatul qadar. Manakala al-Quran diturunkan ke bumi dan diterima oleh Rasulullah SAW melalui Jibril sebagai wahyu beransur-ansur selama 23 tahun. Bagi orang yang beriman, malam itu adalah peluang untuk mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadah. Bahkan mereka berlumba-lumba bangun di malam hening dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah.


Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (lailatul qadar). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatul qadar itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadar, ayat 1-5)

Memasuki fasa ketiga bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, marilah kita gunakan peluang dan tawaran berharga ini bagi menambah bekalan akhirat. Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir bulan Ramadan yang mempunyai banyak kelebihannya.

Lailatul qadar malam ditunggu-tunggu mereka yang menginginkannya kerana berlaku pada satu malam saja sepanjang tahun. Beruntung siapa yang memperolehnya dan rugi yang melepaskannya. Selain kelebihan beramal, malam Lailatul Qadar juga memperjelaskan segala urusan hidup manusia dengan penuh hikmah.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. Padanya dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku. Iaitu perkara dari sisi Kami; sesungguhnya Kamilah yang mengutus Rasul-rasul. Sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah jugalah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Dukhan, ayat 3-6)

Berdasarkan ayat itu, sesetengah ulama berpendapat Allah telah menentukan rezeki, qada’ dan qadar ke atas segala makhluk-Nya selama setahun. Justeru, tidak pelik mengapa rahsia kedatangannya di sembunyikan Allah kepada kita.
Menurut Imam al-Razi, antara rahsia disembunyikan malam lailatul qadar supaya umat Islam dapat membesarkan keseluruhan malam bulan Ramadan tanpa memilih malam tertentu saja.

Bimbang umat Islam tidak berusaha merebutnya dengan amal ibadat walaupun ditetapkan malam tertentu, atau pun dia melakukan maksiat pada malam itu sehingga mendapat kemurkaan Allah. Supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari lailatul qadar sehingga mampu memperbanyakkan ibadat lalu memperoleh pahala daripada kesungguhannya itu. Melahirkan umat yang menghidupkan malam Ramadan dengan harapan bertemu lailatul qadar sehingga meningkat amal solehnya.

Lailatul qadar mengukur kekuatan iman dan takwa umat Islam selama ini. Walaupun ulama berbeza pendapat dalam menentukan waktunya, namun pendapat paling kuat berdasarkan hadis diriwayatkan Aisyah bermaksud:

 “Cari malam lailatul qadar di malam ganjil 10 hari terakhir Ramadan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Persoalan timbul di sini ialah bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan lailatul qadar? Rasulullah SAW menggariskan beberapa langkah kepada umatnya supaya berusaha sedaya upaya mendapatkan lailatul qadar ini.

Menurut Imam Bukhari dan Muslim, Saidatina ‘Aisyah meriwayatkan yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan amal ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam ibadah) dan uzlah dari isteri-isterinya.”

p/s: aku juga masih berjuang untuk bangun di malam hari untuk mencari lailatul qadar, harap- 
harap berhasillah pencarian aku pada tahun ini...semoga angpa semua pun sama jugak, amiin.






ARTIKEL INI MERUPAKAN PETIKAN BERITA HARIAN ONLINE | AGAMA | 23 OGOS 2011 | DARI HIZBUR RAHMAN | PERKONGSIAN ARTIKEL INI ADALAH UNTUK MANFAAT BERSAMA DAN SEMOGA KITA MENDAPAT HIDAYAH DARINYA. AMIN





August 4, 2012

Projek Pemurnian Manga Versi Mohamad Hafiz Vol. 2: Jangan Bercouple

Projek Pemurnian Manga Versi Mohamad Hafiz Vol. 2: Jangan Bercouple

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

syukur hari ini aku berjaya menyiapkan sekali lagi projek yang lama terpendam dalam fikiran aku ni untuk diterjemahkan dalam blog ini, kalau dulu aku buat tentang kewajipan jihad fisabilillah, kali ini kita lihat kesungguhan Naruto melepaskan apa yang sangat disayanginya semata-mata mahu mencari reda Allah, Subhanallah. Ayuh kita saksikan, baca dari kanan ke kiri ya.










Sesungguhnya Allah berfirman dalam Al-Quran:

"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya."
(Al-Mujaadalah 58:22)


Begitulah sedikit sebanyak yang mampu aku buat untuk olah komik Naruto ini, ambillah mana-mana pengajaran yang bermanfaat darinya, segala kekurangan aku mohon maaf, semoga berjumpa lagi dalam entri seterusnya, arigato gozaimaso kerana membaca. =)

Karya Asal : Masashi Kishimoto
Karya Second Hand : Abdul Majid Abd. Aziz
Karya Third Hand : Mohamad Hafiz bin Ishak
Sumber : Unixmanga


August 2, 2012

Top 5 Rancangan Kanak-Kanak Tak Berfaedah Di Tv Malaysia

Assalamualaikum,

memandangkan aku dah berhenti kerja sekarang jadi aku memang banyak masa terluang di rumah,
tapi selalunya dari pagi sampai petang adik-adik aku yang kuasai tv kat rumah tu sebab depa nak tengok rancangan-rancangan kartun terutamanya kat Astro Ceria...tapi kalau ada cerita aku nak tengok aku akan rampas je remote control dari adik aku tu, agak kejam jugak la aku ni. Sebenarnya ada benda aku tak puas hati dengan beberapa rancangan kanak-kanak yang ada di Malaysia ni.

Berdasarkan pemerhatian aku selama aku cuti panjang ni, aku dapat rasakan ada beberapa rancangan di televisyen Malaysia ni tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan patut dihentikan terus penyiarannya. Di sini aku boleh berikan top 5 rancangan kanak-kanak yang tidak berfaedah yang ada di Malaysia ni, check it out, zasss....

Nombor 5 :


Berada di tangga kelima dalam carta rancangan sampah di Malaysia, Idola Kecil!!! Rancangan yang konon-kononnya nak mencungkil bakat terpendam kanak-kanak di Malaysia ni sebenarnya tidak bermanfaat sama sekali dan hanya menggalakkan kanak-kanak berangan untuk menjadi superstar walaupun mereka masih bertatih di sekolah rendah.


Nombor 4:

Berada di tangga keempat dalam carta ini adalah rancangan kendalian Aznil Haji Nawawi iaitu Tom Tom Bak!! Aku memang tak suka dengan rancangan ini kerana menurut pemerhatian aku rancangan ini menyasarkan golongan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun untuk menjadi seorang penghibur. Memang bagus usaha Pak Nil untuk cungkil bakat-bakat terendam @ terpendam dalam diri mereka tapi pendedahan berlebihan terhadap hiburan pada usia sebegini amatlah tidak sesuai dengan proses pembesaran mereka yang lebih memerlukan bimbingan asas agama yang kukuh agar mereka mampu membesar menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. 

Nombor 3:


Phineas & Ferb menduduki tangga ketiga dalam carta aku kali ini. Sebenarnya aku jarang sangat tengok cerita kartun ni sebab rumah aku tak ada Astro Disney Channel. Tapi hari tu Astro buat promosi yang semua channel boleh ditonton jadi pastinya adik-adik aku tak lepaskan peluang untuk membuka channel Disney. Salah satu rancangan yang sempat aku tengok dengan adik-adik aku ( aku suka tengok kartun jugak ) adalah rancangan di atas. Berdasarkan apa yang aku tengok rancangan ini amatlah tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak terutamanya di Malaysia. Rancangan ini banyak menjurus kepada hubungan pergaulan bebas antara lelaki & perempuan. Malah adegan ciuman antara watak utama juga tidak dipotong oleh pihak Astro. Mungkin terlepas pandang atau sengaja membutakan mata, wallahua'lam. Nasib baik tak langgan Astro Disney Channel. =_=


Nombor 2:


Ini juga antara cerita yang pada aku memberikan pengajaran yang tidak baik pada penontonnya, Asari Chan. Cerita ni selalu dimainkan di Astro Ceria dan adik aku sebagai kipas susah mati  ( die hard fan )  Astro Ceria pastinya tak terlepas dari tonton cerita ini. Bagi aku cerita ni teruk kerana watak utamanya iaitu Asari sering berkelakuan tidak senonoh dan tidak sesuai dengan karakternya sebagai seorang budak perempuan. Dia sering bergaduh dengan kakaknya dan juga sentiasa dengki dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Kadang-kadang pakaian yang ditonjolkan dalm cerita ini juga tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak malah orang dewasa sekalipun. Pokoknya, cerita ni bawa pengaruh tidak baik pada para penontonnya.

Nombor 1:


Inilah pemenang carta rancangan tak bermanfaat di Malaysia pada pandangan aku, Hagemaru!! Kenapa ya aku cakap cerita budak comel ni boleh jadi juara carta aku ni? Banyak sangat sebabnya, jangan tertipulah dengan wajah comel budak botak ni. Dia ni aku boleh cakap budak paling licik pernah aku jumpa sepanjang aku tengok cerita-cerita kartun di tv. Dia taklah jahat tapi nakalnya tu boleh buat hati mendidih jugaklah. Pandai buat helah, dengki pada orang, pembuli binatang & sanggup buat apa saja untuk capai apa yang dihajati, itulah sifat si Hagemaru ni. Tambah menjengkelkan lagi, mak dan ayahnya juga berperangai dua kali lima dengan si anak. Nasihat aku kalau nak tengok cerita ni tengoklah sebab ceritanya memang kelakar tapi pengajaran yang ada dalamnya memang kosong...kosong...sesuai la untuk bagi yang dah boleh bezakan antara baik dan buruk tapi untuk yang hingus masih meleleh tu, bimbingan dari yang lebih memahami amatlah diperlukan untuk menonton rancangan ini. 

Sekian terima kasih kerana membaca, jika ada yang tak puas hati silakanlah suarakan, ini hanya berdasarkan pemerhatian aku sahaja, pandangan angpa aku tak tau macam mana sebab citarasa masing-masing tak sama. Jumpa lagi dalam entri seterusnya =)




The ET Smileys - Complete List:


smile:)
laugh:D
lol:O
rotfl:r
sad:(
wink;)
tongue:P
straight:|
blush:$
kiss:k
angry:@
love:L
devil:v
daydream:d
sweat:f
cry:c
wow:o
sick:~
nerd8|
cool8)
bow:b
dance:e
inverted:i
hug:h
confused:/
laughxD
smile^_^
stunnedo_O
muahaha:vD
straight:||
deadxP
frustrated>.<
et!:et
rock on\m/
heart<3
broken<\3

angel:angel
raise brow:brow
party:party
on fire:fire
frozen:ice
musical note:tone
rainbow:rainbow

vote up:tup
vote down:tdown
star:star
robot:robot
kitten:kitten
MJ:mj

Labels

Aku (13) Buku (3) carta (1) contest (1) Filem (1) jiwang (3) kenangan (1) Lawak (1) Manga (2) Motivasi (2) PALESTIN (3) Projek Manga (7) rohani (16) umum (5)